CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

15 Tahun Sepi Tak Menyanyi- Haida Hasnan Selesa Menjanda, Sibuk Di Bengkel

22-9-2022 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5094| Komen: 36

Description: Selepas 15 tahun menyepikan diri daripada dunia nyanyian, Haida Hasnan akhirnya kembali melepaskan rindu peminat dengan menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
Selepas 15 tahun menyepikan diri daripada dunia nyanyian, Haida Hasnan akhirnya kembali melepaskan rindu peminat dengan menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).


Bercakap mengenai 'kehilangannya' sebelum ini, Haida atau nama sebenarnya Siti Haida Hasnan, 44, memberitahu dia bukanlah membawa diri kerana merajuk, sebaliknya sibuk menumpukan perniagaan dan sudah menetap di Melaka.

Foto: Harian Metro

"Tak merajuk tapi anak-anak sedang membesar, dapat peluang perniagaan... cubalah! Sebenarnya pada tahun 2017 sudah setkan dalam diri nak meniaga.

"Bukan sebab bosan menyanyi tetapi terfikir sampai bila nak menyanyi memandangkan kita pun tiada lagi sumber rezeki tetap yang lain. Tambahan pula dunia dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu," katanya kepada mStar.


Sementara itu, Haida berkata dia meneroka pelbagai cabang perniagaan seperti katering termasuklah sebagai pengurus acara, namun kini dia mula beralih dalam perniagaan membaiki kereta dan motosikal.

"Saya try and error! Saya mencuba katering, organize event, paling last sekali buat workshop... bengkel kereta dan motor. Alhamdulillah, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu perniagaan yang bergerak sampai sekarang.

"Ceritanya kereta saya asyik rosak dan selalu hantar baiki, kemudian saya kenal dengan beberapa orang mekanik lalu tercetus idea untuk buka bengkel sendiri.

"Bengkel saya terletak di Taman Kota Laksamana. Sekarang ni apabila saya fokus kepada GV9, ia diuruskan oleh mekanik senior yang dipercayai," katanya.

Foto: MStar

Bercakap mengenai soal peribadi, Haida berkata dia selesa bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak sejak lapan tahun lalu.

"Setakat ini saya masih selesa begini. Mungkin proses kehidupan membuatkan saya sudah terbiasa. Bila kita ada anak-anak yang semakin membesar, kita bahagia dan gembira dengan mereka.

"Saya okay sahaja, anak-anak pun memahami, kalau ada (jodoh)... adalah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-9-2022 02:44 PM
Dulu pernah dengar citer, dia pernah nyanyi kt club kt Kuantan demi kelangsungan hidup..

Apapon, semoga ko bertemu jodoh yg baik..
Quote black_handbag 22-9-2022 03:06 PM
ibu tunggal rupanya. ramai GV tu ibu tunggal ye.. jac, xila amzah, dan acik haida
Quote chilly 23-9-2022 04:02 AM
black_handbag: ibu tunggal rupanya. ramai GV  ...


Jgn lupa tom tom bak
Quote lasagna 23-9-2022 08:23 AM
ohhh lama dah jd ibu tunggal, ye laa dah lama menyepi dr dunia hiburan kan, idok ler tau cerita sheol ni. slamat maju jaya!
Quote chandrahusin 23-9-2022 08:35 AM
Haida ni yg nyanyi Pelamin Anganku Musnah ye?
Mcm leh tahan GV kali ni
tapi ku takde Astro
Quote areyam 23-9-2022 08:37 AM
chandrahusin replied at 23-9-2022 08:35 AM
Haida ni yg nyanyi Pelamin Anganku Musnah ye?
Mcm leh tahan GV kali ni
tapi ku takde Astro

Lain tu.... Haida popular lagu HAJAT..
Quote bulalof 23-9-2022 08:39 AM
chandrahusin replied at 23-9-2022 08:35 AM
Haida ni yg nyanyi Pelamin Anganku Musnah ye?
Mcm leh tahan GV kali ni
tapi ku takde Astro

yg tu Azie.
Quote supernaturalee 23-9-2022 08:42 AM
chandrahusin replied at 23-9-2022 08:35 AM
Haida ni yg nyanyi Pelamin Anganku Musnah ye?
Mcm leh tahan GV kali ni
tapi ku takde Astro

Pelamin Anganku Musnah dgn Kau Tetap Di Dalam Anganku nyanyian asal Azie

Angan-angan plak Raja Ema







Quote chandrahusin 23-9-2022 09:17 AM
areyam replied at 23-9-2022 08:37 AM
Lain tu.... Haida popular lagu HAJAT..

oo.. okay tau lagu Hajat tu
lagu tu pun sedap
Quote chandrahusin 23-9-2022 09:23 AM
bulalof replied at 23-9-2022 08:39 AM
yg tu Azie.

Itu lah dh salah pulop
Quote chandrahusin 23-9-2022 09:24 AM
supernaturalee replied at 23-9-2022 08:42 AM
Pelamin Anganku Musnah dgn Kau Tetap Di Dalam Anganku nyanyian asal Azie

Angan-angan plak Raja Em ...

Hahahaha
Semua lagu best2 tu
Klasik Nasional mmg ada lagu2 tu semua
Quote prince_marhaen 23-9-2022 10:02 AM

tom tom bak bercacah tattoo tu kahwin ke? rebut-rebut laki orang sampai pijak-pijak orang pregnant, tahu-tahu dia ada anak khenss...tahu-tahu mengaku single besarkan anak...  
Quote supernaturalee 23-9-2022 10:18 AM
chandrahusin replied at 23-9-2022 09:24 AM
Hahahaha
Semua lagu best2 tu
Klasik Nasional mmg ada lagu2 tu semua

selalu dgn Klasik ea
kdg cari2 stesen ade la jgk singgah



Quote Belibis 23-9-2022 11:31 PM
chandrahusin: Haida ni yg nyanyi Pelamin Ang ...

Tu azi..
Quote hyie 24-9-2022 12:18 AM
tak, masalahnya haida hasnan dengan nadia hasnan AF tu, diorang ni adik beradik ke idok? muka pon macam ada iras2
Quote lucky_peace 24-9-2022 09:10 AM
iols baru tahu lagu hati ini telah dilukai kris dgn ajai tu, nyanyian asal haida ni, tajuk biarkanlah.. ajai as komposer mula2 bg kt haida, then duet dgn kris.
Quote rogayahtop 24-9-2022 03:14 PM
baru je dgr dr bilik sbelah dkt karaoke haritu
ramai artis yg tak brp popular tp sedap bila dengar dah tua2 ni. haritu dgr lagu Khadeeja dlm kereta kawan ingatkan retis baru rupanya dah puluh tahun jugak.
Quote fadz84 24-9-2022 03:36 PM
lucky_peace replied at 24-9-2022 09:10 AM
iols baru tahu lagu hati ini telah dilukai kris dgn ajai tu, nyanyian asal haida ni, tajuk biarkanla ...

Haah tajuk lagu tu Biarkanlah, dlm album kedua dia.. byk gak lagu best cm Besar Kemungkinan, Jauh Terkenang Kenang tp popular cm Hajat n Manis Masa Bercinta.. pastu Haida ni terus hilang dari Industri hiburan..
Quote asfaz 24-9-2022 04:11 PM
black_handbag replied at 22-9-2022 03:06 PM
ibu tunggal rupanya. ramai GV tu ibu tunggal ye.. jac, xila amzah, dan acik haida

3 org ibu tunggal tp sorang aje yang asik hint2 lelaki idaman

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068348 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top