CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rancangan TV Dikecam Siar Babak 5 Remaja Berkhatan

22-9-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2894| Komen: 27

Description: Sebuah rancangan televisyen Korea diselar selepas menyiarkan adegan remaja lelaki berkhatan.
Sebuah rancangan televisyen Korea diselar selepas menyiarkan adegan remaja lelaki berkhatan.

Rancangan berjudul Mr House Husband menerusi saluran KBS2 memaparkan lima remaja lelaki belasan tahun bertemu pakar bedah untuk menjalani prosedur tersebut.



Foto: KBS

Episod yang disiarkan pada 17 September itu juga menyaksikan bekas pemain besbol, Hong Seung Heon dan anak remajanya serta beberapa rakannya berbicara mengenai kebimbangan mereka sebelum menjalani prosedur berkhatan.

Turut dipaparkan, adegan menunjukkan kumpulan remaja itu kesakitan selepas pembedahan, selain riak muka panik yang dirakam secara dekat (close up).



Foto: KBS

Di media sosial, penonton meluahkan kritikan selepas menonton episod berkenaan dengan rata-ratanya mempersoalkan bagaimana rancangan tersebut boleh 'terlepas' untuk disiarkan.

Berikutan kemarahan ramai terhadap episod kontroversi tersebut, penerbit program berkenaan tampil bersuara dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kami bertujuan memberi pendedahan kepada para ibu bapa mengenai subjek berkhatan, dan melalui perbualan, ia cuba menunjukkan kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak mengenainya.


Foto: KBS

"Mereka juga bersetuju untuk menyiarkan prosedur tersebut dalam rancangan televisyen.

"Namun rancangan itu membuatkan penonton tidak selesa, dan untuk itu, kami memohon maaf," demikian kenyataan yang dikeluarkan. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-9-2022 11:56 AM
kenapa...ada 'penampakkan'...ke???
Quote orglama 22-9-2022 12:28 PM
Skuau replied at 22-9-2022 11:56 AM
kenapa...ada 'penampakkan'...ke???

sebab tak nampak la kot
Quote Cokoro 22-9-2022 12:33 PM
Dorg terkejut kut
Quote Roan 22-9-2022 12:33 PM
KBS.. Padan Muka #Blink
Quote pooh~key 22-9-2022 01:50 PM
Betul ke kerat kulup boleh menyebabkan ereksi tak mencapai tahap maksimum dari segi saiz dek?
Quote zjen 22-9-2022 03:59 PM
dengar citer bebird Kpop smallest in the world ....  mebi yahudi teach them potong dpt besar kot
Quote Artemesiaa 22-9-2022 04:03 PM
Mereka belum lihat apa yang dipapatkan bila tiba musim berkhatan ditanah air di arus perdana dan waktu perdana siarannya
Quote honeybee1802 22-9-2022 07:34 PM
Isk..isk...depa lom tgk air mata kejantanan kanak2 jantan di nusantara ni...they all ni full bius ke apa buat dlm ot bagai...
Quote CiliPadiSedap 22-9-2022 08:53 PM
kulup korea liat nak potong kena guna pisau tajam dan batang pisang

Quote Suchi 22-9-2022 08:59 PM
Oh org korea sunat juga yaaa, oklaaa acik2 yg minat korea tu don wori laaa bab yinni
Quote Tinot7 22-9-2022 10:14 PM
pooh~key replied at 22-9-2022 01:50 PM
Betul ke kerat kulup boleh menyebabkan ereksi tak mencapai tahap maksimum dari segi saiz dek?

mana hang dpt maklumat ni? dan kulup tu amender, foreskin ka?
Quote Jitu 22-9-2022 10:20 PM
teringat dulu2 budak2 kumpul ramai2 bersunat dgn tok mudim
takde guna bius pun
Quote pooh~key 23-9-2022 01:21 AM
Tinot7 replied at 22-9-2022 10:14 PM
mana hang dpt maklumat ni? dan kulup tu amender, foreskin ka?

Just pernah terbaca somewhere kat mana komen2 ummah kat facebook kot akak tak ingat sisthur. Yes sis, kulup as in foreskin sis.
Quote Tinot7 23-9-2022 01:35 AM
pooh~key replied at 23-9-2022 01:21 AM
Just pernah terbaca somewhere kat mana komen2 ummah kat facebook kot akak tak ingat sisthur. Yes s ...

For you kaka, iols sanggup membaca menda2 yg tak berpekdah..

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3881635/

We identified 10 studies, which described a total of 9317 circumcised and 9423 uncircumcised men who were evaluated for the association of circumcision with male sexual function. There were no significant differences in sexual desire (odds ratio (OR): 0.99; 95% confidence interval (CI): 0.92–1.06), dyspareunia (OR: 1.12; 95% CI: 0.52–2.44), premature ejaculation (OR: 1.13; 95% CI: 0.83–1.54), ejaculation latency time (OR: 1.33; 95% CI: 0.69–1.97), erectile dysfunctions (OR: 0.90; 95% CI: 0.65–1.25) and orgasm difficulties (OR: 0.97; 95% CI: 0.83–1.13). These findings suggest that circumcision is unlikely to adversely affect male sexual functions. However, these results should be evaluated in light of the low quality of the existing evidence and the significant heterogeneity across the various studies. Well-designed and prospective studies are required for a further understanding of this topic.

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23937309/

Conclusion: The highest-quality studies suggest that medical male circumcision has no adverse effect on sexual function, sensitivity, sexual sensation, or satisfaction.
Quote mawarika 23-9-2022 02:22 AM
Ioilss suka pulak berkhatan ni. Utk kebersihan mmg bagus la. Sbb mimpi ngeri tgk anak sdara punya.. doc siap bg pencerahan. Ni ler benda yg kita nak buang n bersihkan.. eeww acaner leh kotor gitewwww.
Quote pooh~key 23-9-2022 06:56 AM
Tinot7 replied at 23-9-2022 01:35 AM
For you kaka, iols sanggup membaca menda2 yg tak berpekdah..

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/art ...

Wow akak kagum dengan kau sisthur. Kohkohkohkohkoh. Oh okay lah kalau macam tu sisthur. Kalau tak, riso akak sis.
Quote chandrahusin 23-9-2022 08:23 AM
Ummah Yahudi pun ramai berkhatan ye
bukan islam je
Quote Belibis 23-9-2022 08:55 AM
Skuau replied at 22-9-2022 11:56 AM
kenapa...ada 'penampakkan'...ke???

Sebab penampakan siput sedut la tu..cer pisang tanduk..semua tersenyum girang.
Quote Decaffeinated 23-9-2022 09:21 AM
Korea Selatan sunat sbb nak jadi american.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051939 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top