CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Dia Bukan Orang Industri" - Nasha Aziz Sedang 'Berkawan', Sudah 9 Bulan Kenal

23-9-2022 10:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14198| Komen: 239|Original author: Tatod

Description: Pelakon, Nasha Aziz, 51, mengesahkan dia sedang berkawan dan dalam fasa mengenali jejaka yang enggan didedahkan identitinya.
Sumber Utusan


Pelakon, Nasha Aziz, 51, mengesahkan dia sedang berkawan dan dalam fasa mengenali jejaka yang enggan didedahkan identitinya.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, dia dan lelaki tersebut saling mengenali sejak sembilan bulan lalu.


"Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan.

"Dia bukan orang industri tetapi yang seronoknya dia beragama Islam," katanya.

Desas-desus Nasha yang juga seorang model itu dilamun cinta mula tersebar selepas dia dikatakan menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Sumber mStar

Mengulas perkara tersebut, Nasha tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu.

"Ia dihantar oleh seseorang yang menyayangi saya. Orang yang menghargai kita dengan hantaran bunga, itu pada saya simbol cinta.

"Saya dilamun dan mencari cinta setiap hari. Ia bukan datang daripada lelaki atau wanita sahaja, tetapi semua.

"Hantaran bunga itu simbolik untuk saya mengingati dia mungkin? Saya jenis yang fokus dan bertanggungjawab. Mungkin dia ingin menarik perhatian saya dengan cara itu," katanya.


Menjawab mengenai status terkini hubungan dengan lelaki berkenaan, kata Nasha, buat masa ini mereka belum merancang untuk ke fasa seterusnya.

"Itu kewajipan, apabila diberi rezeki, kita kena tahu arah tuju. Insya-Allah, semestinya yang baik-baik," jawabnya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-9-2022 10:28 AM
Gambar pakai topi putih tu pelik muka dia. Dedulu lawa dia ni kan?
Quote rosannazmia 23-9-2022 10:34 AM
Lawa x makeup lagi dlm vid tik tok tu.. bila makeup jadi tukar bangsa plak.. terinagt acik2 sociaalite kaukasian kat beverly hills ,NY or London, dr white ladies dah jadi asian women lak.. gitu perubahan acik2 kaya bila tua
Quote supernaturalee 23-9-2022 10:39 AM
hidung hidung hidung



Quote ..maksu 23-9-2022 10:41 AM
muka pakai botox okey paham.... tapi body dia mcm mana dia buat eah kulit tak kedut umur 51? tengok tangan dia tegang je ada ke botox letak kat tangan
Quote missbigrockstar 23-9-2022 10:46 AM
Lepas putus dgn iman tang dulu, takda dengar dia kapel dgn sapa2. Harap kali ni jadi jodoh nasha buat peneman hari2 tua. Berkawin umur banyak pun romantik juga mcm acik ella dan nek salmiah. Bahagia happy ja
Quote samshik 23-9-2022 11:01 AM
..maksu replied at 23-9-2022 10:41 AM
muka pakai botox okey paham.... tapi body dia mcm mana dia buat eah kulit tak kedut umur 51? tengok  ...

Die mkan salmon, protein ngan putih telur n salad sajork.. Sehari setahun je die mkn nasi.. Tu pun ari raya.. Mampoo??
Quote Mulotkoyak 23-9-2022 11:03 AM
..maksu: muka pakai botox okey paham... ...
vit C and kologen
Quote kikilalapooh 23-9-2022 11:03 AM
missbigrockstar replied at 23-9-2022 10:46 AM
Lepas putus dgn iman tang dulu, takda dengar dia kapel dgn sapa2. Harap kali ni jadi jodoh nasha bua ...

kalau dia jadi kawin dgn iman tang iols suka sangattt. taktau kenapa rasa dorang sesuai sangat <3
Quote shailyvelera 23-9-2022 11:08 AM
semoga berjodohan hendaknya....Aamiin
Quote afie_m 23-9-2022 12:01 PM
semoga ada jodoh..
Quote Buritan 23-9-2022 12:03 PM
LadyCarefree replied at 23-9-2022 10:28 AM
Gambar pakai topi putih tu pelik muka dia. Dedulu lawa dia ni kan?

Dia ni bila nak tua dan gemokk..
Quote tikusmontok 23-9-2022 12:08 PM
kikilalapooh replied at 23-9-2022 11:03 AM
kalau dia jadi kawin dgn iman tang iols suka sangattt. taktau kenapa rasa dorang sesuai sangat

Bukan dgn faizal husin ke?
Quote cap_ayam 23-9-2022 12:09 PM
Camtik aaa Nasha Aziz
Quote lasagna 23-9-2022 12:10 PM

nose job nose job nose job
Quote missyL 23-9-2022 12:16 PM
Pelik nau hidung die

Pg la btolkn kt korea
Quote lasagna 23-9-2022 12:20 PM

muka lama tanpa nose job n cucuk2 tu rse lagi lawo kot dedolu.. huhu.. ok lanje sket.

NA.png
Quote cap_ayam 23-9-2022 12:27 PM
lasagna replied at 23-9-2022 12:20 PM
muka lama tanpa nose job n cucuk2 tu rse lagi lawo kot dedolu.. huhu.. ok lanje sket.

Aduh manisnya semoga berjodohan lah Nasha Aziz.. boleh pi travel ke pegi haji ke dengan suami
Quote coconico 23-9-2022 12:32 PM
mata tertarik tengok cincin di jari nya, besar diamond nya. diamond betul kerrr.... tapi cantik la
Quote kechikchomel 23-9-2022 12:38 PM
sepahtu selalu panggil dia jadi cameo.
manjahhh betul dia berlakon

Lihat semua komen(239)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074764 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top