CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Order Nasi, Dapat Lauk Tambahan Lipas Goreng

20-9-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1991| Komen: 21

Description: Sudahlah perut lapar, menunggu hidangan pun lama... tiba-tiba makanan yang sampai mempunyai 'lauk' tambahan yang tidak dipesan.
Sudahlah perut lapar, menunggu hidangan pun lama... tiba-tiba makanan yang sampai mempunyai 'lauk' tambahan yang tidak dipesan.

Pastinya hati berasa hampa sekali gus hilang selera makan.

Begitulah situasi yang dialami sesetengah rakyat Malaysia apabila mereka ingin menjamu selera di premis makanan.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang pelayar Facebook berkongsi gambar hidangan nasi goreng yang diterimanya dengan kapsyen 'ini udang kan?'.


Foto: FB

Jika diamati gambar tersebut, kelihatan haiwan seperti seekor lipas tanpa kulit turut digoreng bersama nasi berkenaan.


Malah warnanya juga kemerahan dan berminyak seperti warna nasi goreng yang dihidangkan.

Susulan perkongsian yang menggelikan itu, warganet tampil dengan pelbagai reaksi lucu dan mengiyakan persoalan yang ditimbulkan.

"Kalau dah masak jadi merah, betul tu udang. Kupas kulit dia pastu kunyah perlahan-lahan... nanti bagitahu rasa apa.

"Udang darat tu... betul dah, mungkin udang laut tak ada stok.

"Awak pesan nasi goreng seafood? Dia salah ambil tu, terambil 'landfood'.

"Limited edition, jarang-jarang customer dapat," demikian komen beberapa netizen.

Menyusuri ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang pernah menerima 'lauk tambahan' seumpama itu.

Malah kebanyakannya mengaku, hanya menyedari kewujudan bendasing itu selepas makanan hampir habis dimakan.

"Relaks, saya dapat nasi goreng USA lalat... memang terbaik.




"Saya pernah juga hirup sup. Nampak udang terbang dan terus muntah kat longkang tepi kedai... hantar semula kat pekedai, dia patah balik bawa sup sama dan cakap tadi tu kulit bawang. Tapi kulit bawang tu ada misai dan kaki.

"Beli tomyam, percuma tisu. Konon-konon nak buat surprise ada pelanggan, sorok tisu dalam kuah.

"Saya pernah kena, pesan mi sup. Dah sampai hirupan yang terakhir, ada ulat gonggok cantik dia bergulung... terus pening kepala.

"Sama... tauke kedai ni baik hati sangat, dia siap bagi extra udang crispy," luah beberapa netizen berkongsi pengalaman menerima 'makanan tambahan' yang tidak dipesan.

Melihatkan kejadian seumpama itu sering berlaku dan didedahkan di media sosial, ramai yang mengambil keputusan untuk makan di rumah.

Malah ada yang menyatakan mereka sanggup memasak sendiri walaupun tubuh penat dengan tugasan seharian.

"Salah satu faktor tak makan kat kedai. Rela masak sendiri walaupun penat.

"Itu yang tak berapa gemar makan kat kedai.

"Masak sendiri kat rumah tak ada terjumpa benda yang tidak sepatutnya," ujar beberapa warganet lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-9-2022 06:34 PM
mesti rangup tu
Quote intan244 20-9-2022 08:24 PM
tula, nampak crispy sgt.
Quote Orix 20-9-2022 08:47 PM
anggap jela belalang
Quote margo20 20-9-2022 09:12 PM
Da masak kan so its safe to eat [em:22:]
Quote eragon 20-9-2022 09:20 PM
kedai tu tak charge kan lauk lipas tu ?
Quote greantea 20-9-2022 10:17 PM
Udang kan spisis lipas tp dalam air. Jd xde beza la kan.
Tp hakak x sanggup
Quote mesmerize 20-9-2022 10:29 PM
Geli aku euw lipas dah la suka merayap kat tempat2 kotor.. yucks
Quote Adrif 20-9-2022 11:03 PM
weiiiii hilang selera aku sebulan dua ni..

makhluk ni antara makhluk perosak paling dasyat atas muka bumi ni,
mana boleh naik atas pinggan..
Quote Jitu 20-9-2022 11:16 PM
pengotor
Quote Highflyer19 20-9-2022 11:20 PM
Nasi goreng lipas...
Quote Nnasda53 21-9-2022 10:49 AM
Nampak cantik pulak warna lipas tu .
Geli geleman tgk lipas.
Quote Gingerly 21-9-2022 11:04 AM
Cengkerik tew..
Quote Kurex 21-9-2022 11:10 AM
Iola pun pernah kena. Dah nak habis baru perasan ada lipas. Mungkin sebab lipas tu iols kekal comel
Quote venom1 21-9-2022 11:14 AM
Edited by venom1 at 21-9-2022 11:15 AM

Joe's Apartment tersenyum sinis



Quote supernaturalee 21-9-2022 11:24 AM
greantea replied at 20-9-2022 10:17 PM
Udang kan spisis lipas tp dalam air. Jd xde beza la kan.
Tp hakak x sanggup : ...

serious ar udang tu spesis lipas????
Quote greantea 21-9-2022 02:59 PM
supernaturalee replied at 21-9-2022 11:24 AM
serious ar udang tu spesis lipas????

Cockroach of the sea is a slang term often used for sea scavengers. These include shrimps, lobsters, sea mussels, and prawns. Some even refer to jellyfish as the Cockroach of the sea. Moreover, shrimps, prawns, and lobsters resemble cockroaches very closely; therefore, some use the term out of this context.

sumber dari gugel
bukan la spesis sama cuma term tu jek
Quote supernaturalee 21-9-2022 03:51 PM
greantea replied at 21-9-2022 02:59 PM
Cockroach of the sea is a slang term often used for sea scavengers. These include shrimps, lobsters ...

adehhh
kdg mmg perasan pun nk seakan klu duk perati bhgn bwh yg part kepala tu



Quote kakikuDibibirmu 21-9-2022 03:57 PM
supernaturalee replied at 21-9-2022 03:51 PM
adehhh
kdg mmg perasan pun nk seakan klu duk perati bhgn bwh yg part kepala tu

Dalam mazhab Hanafi memang tak halal makan udang, macam ulat katanya, persis dengan ummah suci yehudi yang tidak makan ketam, udang, lobster, udang galah, udang harimau, tak kosher katanya sebab bentuk peliaq sangat, geleman katanya
Quote afie_m 21-9-2022 03:58 PM
nasib lah perasan..dah lah warna sama ngan nasi goreng tu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060437 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top