CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pening Nabil Nak Kena 'Control' Kak Lina Yang Tak Terkawal Di Konsert Gegar Vaganza

20-9-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3431| Komen: 15

Description: Konsert Gegar Vaganza yang memasuki musim ke sembilan telah membuka tirainya semalam ternyata sedikit berlainan daripada lapan musim sebelum ini.Bukan daripada pesertanya sahaja yang dipilih daripada ...
Konsert Gegar Vaganza yang memasuki musim ke sembilan telah membuka tirainya semalam ternyata sedikit berlainan daripada lapan musim sebelum ini.

Bukan daripada pesertanya sahaja yang dipilih daripada penyanyi-penyanyi hebat antaranya Tomok, Roy Kapilla serta Jaclin Victor, malah pemilihan pengacaranya juga menjadi perhatian ramai.


GEMPAK

Sebelum ini, gandingan Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah meletakkan konsert tersebut berada pada tempatnya sekarang, namun kali ini sedikit berbeza apabila Jihan yang sedang berpantang selepas melahirkan anak digantikan dengan telatah Elly Mazlien.

Jika episod terdahulu, kepetahan Nabil serta gerak gerinya sering ‘dipantau’ oleh Jihan, namun kali ini Nabil pula terpaksa mengambil tugas itu apabila Elly atau Kak Lina dilihat terlalu aktif.

Ramai pengguna media sosial menyifatkan gandingan pengacara kali ini ibarat buku bertemu ruas.





“Puas hati aku tengok GV kali ni, biasa kita akan rasa geram sahaja dengan tindak tanduk Nabil. Kali ini dia pula kena jaga Kak Lina Pom Pom.

“Banyak minggu lagi Nabil kena jaga Kak Lina, merasalah awak Nabil selama ini Jihan ada,” ujar Zura Fezura.

“Aktif sangat Kak Lina semalam, macam nak over shadow Nabil, nak caras kerja Jihan. Apa- apa pun guna peluang yang ada sebaik mungkin.

“GV ini program lain daripada yang lain, memang terhibur tapi janganlah ada dua juara pula nanti,” kata Fara Nadia. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plasminas 20-9-2022 01:03 PM
seronok tengok kak lina, happy betul, bukan dibuat2....i is terhibur
Quote buragazz 20-9-2022 01:25 PM
Aku dalam GV ni punchline paling aku tak leh lupa si Capang boleh sambut komen juri tak ingat sapa.. klu Vibrato kurang tukar bateri.. tapi GV9 punya opening ada satu lagi tambahan.. "Kalau jihan dia sayang laki dia.. dia buat anak.. klu tok ram dia sayang datin.. dia buat hal" aku ngan adik aku tergolek ketawa... lahanat punya Nabil..
Quote kikilalapooh 20-9-2022 03:30 PM
buragazz replied at 20-9-2022 01:25 PM
Aku dalam GV ni punchline paling aku tak leh lupa si Capang boleh sambut komen juri tak ingat sapa.. ...

Hahahhaa nasib baik tokram sporting. gelak je bila nabil cakap centu.
Quote mizruncing 20-9-2022 03:44 PM
baru sempat tgk td kat you tube. nasib laa blh tgk full tak mcm sebelum ni sekerat2 je. tq astro gempak (kot). terhibur tgk kak lina. mmg ngam laa ganti jihan
Quote rayna_raynes 20-9-2022 05:38 PM
buragazz replied at 20-9-2022 01:25 PM
Aku dalam GV ni punchline paling aku tak leh lupa si Capang boleh sambut komen juri tak ingat sapa.. ...

Aku suka part "Aku ni Hajiiiii...."
Lepas tu kak lina jawab "Aku ni Saripahhhhhh"

berdekah


Quote DianaSaksen 20-9-2022 05:56 PM
Dlm mls behave jer kak Lina
Sebab co host ngan shaarnaaz kot
Ngan nabil habislah Dua 2x jenis masuk air
Quote September14 20-9-2022 09:23 PM
Mmg thibur dgn kepom… aku ulng 4 kali part ada lgu ada lgi tu… cuma 1 je lah gedik tu ok cuma xyh gedik dgn laki jer
Quote SANKURIANG 20-9-2022 09:43 PM
Kepom kena kurangkan sikit masuk air tu....takut orang meluat dgn gaya dia tu, banyak minggu lagi ni...simpan sikit ye kepom. Tapi Kepom memang bagus la....biar nabil payah sikit nak kontrol kepom, selalu jihan yg kena kawal si nabil.
Quote Bihungoreng 20-9-2022 10:01 PM
Iols cam kureng sikit dengan pengacaraan kepoms ni..
Quote Acikgomen 20-9-2022 10:07 PM
Go kepom goooo

Kalini acik tgk gv bukan sbb contestants tapi sbb kak kepom
Quote alien88 20-9-2022 10:08 PM
iolls ok jah dgn Kak Lina.. lawak pon boleh tahan, baru Nabil tau, selalu Jihan kena control dia
tak boleh blah masa part ada lagu ada lagi, Nabil cakap esok dia ada radio, nak habiskan cepat2
Quote dudaberhias 20-9-2022 10:12 PM
iols minat jah kak kepommmm jadi hos kalini... janji terhibur penonton semua walaupun memang dia over... dekat indonesia tu pun over je hos2 dia tapi terhibur dan lawak rancangannya...

dah tu takkan nak awalina dengan si nab huda jadi hos... terus keras kejung gv kalini...

tup tup semua acik2 marhaen dah kalih tengok channel animal planet...
rating animal planet jadi lagi tinggi ujung2 berbanding GV...
Quote ketambangkang 22-9-2022 02:35 PM
"kau jgn pergi sana, nanti cameraman ikut..muka aku tak masuk tv" berdekah la part tu
Quote black_handbag 22-9-2022 03:13 PM
yes i rasa kak kepom menghiburkan. dia mmg berbakat jadi host, lebih berbakat dari menyanyi. i suka je kalau dia ganti jihan terus. jihan ni nampak kurang cerdik. kak kepom ni nampak la cerdik sikit dari jihan tu
Quote afie_m 22-9-2022 03:25 PM
aku yg dah lama tak tgk GV ..terhibur bila tgk..
lupa setiap hari apa ya GV ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054987 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top