CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Lain Syok berasmara, Houskeeping Pula Tak Tukar Cadar- Penginap Hotel Tidur Dengan Darah Dan Air Mani

19-9-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4609| Komen: 41

Description: Sempena cuti umum hujung minggu baru-baru ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Sempena cuti umum hujung minggu baru-baru ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Sebagaimana kelazimannya, sudah pasti rata-ratanya memilih untuk menginap di hotel bukan sahaja kerana inginkan keselesaan, tetapi kemudahan yang disediakan seperti kolam renang bisa menjadi tarikan untuk kanak-kanak.

Namun apa yang tidak enak, kecoh di media sosial mengenai rungutan para pelanggan hotel kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan serta tahap kebersihan bilik mereka.


Foto: mStar

Seorang pelayar baru-baru ini berkongsi pengalaman ngeri apabila bilik yang ditempahnya tidak dikemas dengan teliti sehinggakan jelas kesan tompokan cecair seperti darah dan air mani pada cadar.


"Hari tu ada housekeeping buat complain fasal guest. Jadi hari ni saya nak complain pada housekeeping dan guest.

"Boleh tak korang buat kerja tu jujur amanah? Ini macam bilik tak berkemas, tak tukar cadar dan sarung bantal.

"Apa perasaan dapat bilik yang penuh dengan darah? Saya sampai hotel pukul 3 pagi. Sampai-sampai memang tak check dah bilik, terus tidur sebab letih... dengan anak-anak dah tidur.

"Esoknya saya perasan tilam penuh darah. Saya terus call housekeeping dan panggil manager mereka. Rasa macam geli dan mimpi ngeri malam tu tidur dengan darah.

"Bayangkan kalau darah tu ada virus atau kuman," tulis pelayar berkenaan dalam coretan yang dikongsikan di laman Facebook Hotel Review Malaysia.




Apa yang lebih mengecewakan wanita berkenaan, perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku kerana hotel yang diinapnya bukanlah standard hotel bajet.

"Manager hotel dah minta maaf dan akan siasat hal itu. Kalau setakat habuk-habuk ke saya boleh terima lagi. Ini darah! Bukan hotel bajet ya," kongsinya.

Bagaimanapun pelayar berkenaan tidak menyatakan lokasi hotel tersebut dan bila kejadian itu berlaku.

Tidak hanya menegur pihak hotel, pelayar berkenaan turut menegur sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab apabila tanpa segan silu meninggalkan 'bukti' selepas berasmara.




"Tak geli ke kau tinggalkan bekas-bekas darah dekat tilam tu? Dah tahu cadar hotel warna putih, yang kau selok (galak) sangat nak malam pertama atas tu dah kenapa?

"Dengan ada tompokan darah dan air mani... otak ada ke tak ada? Lepas tu kau tinggal je bilik dengan kesan-kesan darah kau. Tak malu ke orang tengok? Geram!

"Tak fasal aku tidur dengan kesan darah kau dekat situ.

"Pengajaran selepas ini... tak kisahlah check-in pukul berapa, memang kena check dulu tilam sebelum tidur. Pertama kali dapat bilik macam ni," konsginya.


Foto: mStar

Pelayar tersebut turut memuat naik beberapa keping gambar keadaan cadar biliknya yang mempunyai tompokan darah dan cecair dipercayai air mani.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama, selain ada di antara mereka yang memberi saranan setiap kali melangkah masuk ke bilik hotel.

"Mereka (pelanggan) memang berseronok sampai tak ingat dunia. Panc** sana sini ya. Housekeeping tak salin cadarlah tu.

"Benda pertama saya buat apabila masuk bilik ialah ambil gambar, round semua sampai toilet, selak selimut, bawah bantal, check laci, wardrobe, fridge. Barulah guna bilik tu... sebabnya saya jenis geli je, walaupun lima bintang.

"Saya ex-hotelier. Cuma nak bagi advice, apabila check-in hotel tak kiralah hotel berbintang lima atau tidak. Check dulu linen dalam bilik tu dan sila bilas dulu cawan, sudu dalam bilik tu guna air panas. Seeloknya bawa tuala mandi sendiri untuk kegunaan dalam bilik dan swimming pool.

"Saya pun bekas housekeeping dulu. Pernah kemas satu bilik, buka saja pintu bau darah. Paling teruk sampai tembus kena tilam, sarung bantal, paling penuh dekat cadar. Dah macam tempat pembunuhan dah," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 19-9-2022 12:45 PM
skang mmg cmni ke apa
lau duk hotel lebih 2 hari pun
tgk cadar sume dia xganti pun
pergi kemas2 kan je
kang bile komplen, kata nnt tuka nnt tuka
sampai mampos ke cekout pun xde tukar
cas nk mahal2
Quote pooh~key 19-9-2022 12:47 PM
Boleh tak buat kerja tu jujur amanah dek? Haaa ni akak tolong jawabkan bagi pihak pekerja dek!

Nak suruh kerja jujur amanah sis? Boleehhhhj…. Tapi bayarannya kena jujur amanah jua dekkkk!

Sekian akak tolong jawabkan bagi pihak dekkk…
Quote honeybee1802 19-9-2022 12:55 PM
Hotel tu pun 1 la...org dah byr..tukar la cadar sarung bantal tu...takkan nak tido bekas air liur basi org...eiiii
Quote krustykrab 19-9-2022 12:58 PM
Yg benang satu lg, pekerja komplin penat, yg benang ni guest komplin hotel kotor.
Quote Highflyer19 19-9-2022 01:01 PM
Patut tukar nama jd Disgusting Hotel
Quote SWORKS27 19-9-2022 01:06 PM
minggu lepas, aku p stay hotel 5 star d kl..yg ada view klcc..skli tgk kat sofa tepi tingkap view klcc, bertompok sana sini Kesan mani kering..musibat betul
Quote jalfa 19-9-2022 01:07 PM
Ntah ntah darah dia
Quote prettyuglybabe 19-9-2022 01:08 PM
yang orang sebelum tu pun, tak geli ke tido atas bekas kotoran sendiri?
Quote jas7512 19-9-2022 01:13 PM
Fuuh..nasib baik sepjg tdo kat hotel..xde dpt pengalaman ngeri camni walaipun hotel 3 bintang...
Quote pooh~key 19-9-2022 01:20 PM
krustykrab replied at 19-9-2022 12:58 PM
Yg benang satu lg, pekerja komplin penat, yg benang ni guest komplin hotel kotor.

Akak salahkan management dan tokey hotel nak bolot kekayaan sorang2 sis. Yang merana pekerja dan pengunjung sis.
Quote pooh~key 19-9-2022 01:20 PM
SWORKS27 replied at 19-9-2022 01:06 PM
minggu lepas, aku p stay hotel 5 star d kl..yg ada view klcc..skli tgk kat sofa tepi tingkap view kl ...

Mandarin oriental kah itteww sisthor?
Quote shernazz 19-9-2022 01:25 PM
Komplen aje uols kalau ada ape2
Iols paling worst adalan best western..
Menu western dia mcm harom...daging kering
Baik iols masak daging allana je
Quote krustykrab 19-9-2022 01:37 PM
pooh~key replied at 19-9-2022 01:20 PM
Akak salahkan management dan tokey hotel nak bolot kekayaan sorang2 sis. Yang merana pekerja dan p ...

Betul la tu..charge satu nalam punya la mahal..tp dpt taik
Quote SWORKS27 19-9-2022 01:47 PM
pooh~key replied at 19-9-2022 05:20 AM
Mandarin oriental kah itteww sisthor?

identiti hotel dirahasiakan.....
Quote hyie 19-9-2022 01:48 PM
iols speku:

1. hotel tak cukup staf
2. staf pemalas
Quote Mahathirina 19-9-2022 01:55 PM
Jangan2 air mani & darah housekeeping sendiri.  Ada staf hotel 6 bintat penah kasi tau aku rata2 kuli hotel sendiri yang tak tahan tengok katil bilik2 VIP tu.  Ada suami ke takda suami ke semua pakat lenjan dulu sebelum kasi kemas.  Itu je peluang dorang nak memantut sedap2 pun.
Quote bulalof 19-9-2022 02:08 PM
hotel line, antara nampak dan tak nampak, ada sisi gelapnya.......
Quote ciksom 19-9-2022 03:07 PM
Acara pecah dara ke sampai keluar darah tu
Quote cattiecute 19-9-2022 03:08 PM
baru 2 minggu lepas ke melaka stay kat hotel *os *erah. Sekali dapat bilik siap pakej bantal ada bentuk kepala orang lagi. selimut jangan kata la. berselerak macam baru lepas romen
dah 1 hal kena p call panggil orang kemas. kena tunggu pulak. kita ni dah la check in pun lambat lagi nak kena tunggu.
setan betul

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056674 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top