Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan atau lebih dikenali dengan nama DDNK telah menamatkan zaman dudanya bersama Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari. Disebabkan perkahwinan itu, banyak pula dakwaan yang negatif terhadap Ernie yang tidak sedap didengar. Menerusi satu posting Caprice di Instagram, terdapat satu video yang menunjukkan Dato Dr. Nazri Khan memohon agar netizen tidak mengecam isterinya.
"Assalamualaikum. Salam sayang. Kepada semua warga netizen Malaysia. Saya DDNK, Datuk Dr Mohd Nazri Khan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua komen-komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya. "Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku dalam alam maya. Saya mohon kepada warga netizen untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya, Tuan Erni supaya dia tidak dikecam. Dia masih lagi berumur 25 tahun, seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku". "Dan kita minta mudah-mudahan, semua orang doakan perkahwinan kami.. insyaAllah lebih bahagia, lebih tenang. Mudah-mudahan kita akan terselamat dari sebarang tribulasi" katanya Dalam posting terdahulu pula, Caprice ada berkongsi video ketika berjumpa dengan pasangan ini dan video tersebut mendapat perhatian ramai kerana isteri DDNK dilihat mencampak bantal kerana kecewa didakwa perampas oleh sesetengah pihak. Caprice menerusi caption mengatakan yang dia telah buntu untuk menasihati mereka berkenaan kontroversi yang melanda. "Perampas? Cap jam (buntu) tak tahu macam mana nak nasihat.. @ernierossmerie_ and @datodrnazrikhan.official" Walaubagaimanapun, video berkenaan telah pun dipadam. Apapun, tak perlu lah kita nak kecam dan tuduh yang bukan-bukan. Doakan saja yang baik-baik untuk DDNK dan pasangannya kerana jodoh, rezeki, ajal maut semuanya telah ditentukan olehNya. - CARI
|