CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengata Pembantu Rumah Tak Biasa Solat, Iqbal Zulkefli Dituduh Sebar Aib

14-9-2022 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1734| Komen: 9

Description: Iqbal Zulkefli mendapat teguran oleh netizen selepas dikatakan telah menyebarkan aib pembantu rumahnya, Indah yang dikatakan tidak biasa menunaikan solat.
Iqbal Zulkefli mendapat teguran oleh netizen selepas dikatakan telah menyebarkan aib pembantu rumahnya, Indah yang dikatakan tidak biasa menunaikan solat.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Iqbal yang dilihat sedang membelikan telekung buat pembantu rumahnya itu mengakui tidak perlu untuk memaksanya solat secara mendadak.

Foto: IG

“Belikan pembantu rumah kain telekung. Memandangkan Indah tidak biasa solat, saya rasa kita tidak perlu memaksa dia terlalu mendadak. Setuju?” tulis Iqbal.

Di ruangan komen, seorang warganet yang dikenali sebagai @aide.russelya telah memberikan teguran kepada Iqbal yang dikatakan menyebarkan aib pembantu rumahnya itu.




“Beli telekung untuk pembantu rumah tak payah lah up video..And mengatakan pembantu tak solat perlu ke? Aib orang tu En Iqbal,” tegur seorang netizen

Tidak berdiam diri, Iqbal kemudian menjelaskan bahawa dia sudah berbincang dengan pembantu rumahnya itu sebelum melakukan rakaman dan Indah berada dalam keadaan baik ketika bergurau.




“Indah ok saja sambil bergurau je pun. Fikir logik takkan dia tak pernah solat langsung. Sebelum rakam pun kita bincang dulu.”

Apa pendapat anda? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 14-9-2022 06:05 PM
friska xnak ngurat dia ke?
Quote missyL 14-9-2022 08:40 PM
Abes semua bende nk di content kn
Quote rosedemon 14-9-2022 08:52 PM
kebal ni cute jadi aku maleh nk kutuk
Quote marlow 14-9-2022 08:56 PM
Bila bertuhankan sosial media jd mcm nie la. Semua benda nk dijadikan content.
Quote slyfynx 14-9-2022 09:19 PM
Eh, perlu ke mende ni bukak thread?
Quote buapakperut 14-9-2022 09:21 PM
Memang la dia ok dh ko majikan die, indon lak tu. Btw takyah la bergambo hisap pacifier mcm org terencat
Quote buapakperut 14-9-2022 09:22 PM
CiliPadiSedap replied at 14-9-2022 10:05 AM
friska xnak ngurat dia ke?

Org tua takda gigi ja maukan friska
Quote wolfheart 14-9-2022 09:35 PM
Tergelak pulak masa dorg bergurau pasal rotan.
Quote ciksom 14-9-2022 09:36 PM
Perlu ke dia ni kat gossip tempatan?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.065345 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top