CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Orang Tua' Itu Akan Bertemu PM - Tegas Zahid

19-8-2015 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 10360| Komen: 74

Description: beliau akan memastikan "orang tua" yang mendalangi gerakan menggulingkan kerajaan bersemuka dengan Perdana Menteri....
Oleh Fyruz Hanna

sumber imej: kualalumpurpost


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan "orang tua" yang mendalangi gerakan menggulingkan kerajaan bersemuka dengan Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu bila pertemuan baru akan diadakan tapi saya akan pastikan pertemuan itu berlaku," kata Zahid.

"Orang Tua" itu sepatutnya bertemu Najib di kediaman peribadinya namun tidak kelihatan seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan "orang tua" itu yang sekaligus mencetuskan spekulasi kewujudan identiti tersebut.


Sabtu lalu, Zahid mendakwa seorang MP Umno terlibat dalam komplot "menggulingkan" kerajaan persekutuan, dengan berusaha mendapatkan akuan berkanun dari MP BN dan pembangkang bagi membuktikan mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat. -CARI Infonet.
15

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 18-8-2015 08:04 PM
Zahid serah info plot guling k'jaan pada polis

6:17PM - 18 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/309041



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau telah menyerahkan maklumat berhubung gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya dah serahkan maklumat pada polis untu membuat siasatan dan peguam negara untuk buka kertas pertuduhan (kemudiannya)," katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, kemudian membersihkan nama anggota parlimen termasuk timbalannya Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang dikaitkan dengan gerakan itu.

"Tapi tak ada sorang pun dari 20 nama yang terpapar dalam blog yang telah didekati untuk tandatangan SD (akuan bersumpah).

"Saya nak sahkan tiada dari 20 orang itu tandatangan . Maka clear (bersih) nama mereka," katanya.

Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendakwa "orang tua" daripada pemimpin Umno itu sedang mengumpul akuan bersumpah itu untuk menunjukkan tidak menyokong kepada Najib.
Quote msxx 18-8-2015 08:08 PM
Die nk kasi hint sp ni? Tun M ke? Adoila, dh2 la tu bwk meroyan TPM br, dalang sulu dl belum dedah lg
Quote Orange1 18-8-2015 08:09 PM
Bangsatt sekorr ni kan belum jd pm  dah menjadii2 perangai belagakkk tunjuk kuasa dia, klu ada pakatan gulingkan pm pun ianya legal, yg dia duk takutkan semua org tu tak salah guna kuasa ke
Quote ekod79 18-8-2015 08:10 PM
Mp dan org tua, ku li la sape lg, mahathir dah bkn mp
Quote hanalisa 18-8-2015 08:15 PM
yelah terpaksa la menggelupur kan, kalo PM diguling kau TPM pun terguling sama kan..

masing-masing rambut dah tak berapa nak hitam, sibuk dok ngata orang lain TUA..
Quote dockers 18-8-2015 08:16 PM
ko ni dah kenapa zahid ,bukan nak guling kerajaan tapi nak sorang tu turun jer. klu betul turun untung le ko
Quote Kittie 18-8-2015 08:18 PM
Tadi tgk dia kat TV, tak habis2 sal pendatang, pendatang, pendatang. Kemaruk tul nak bawa masuk pendatang byk2.
Quote chazey 18-8-2015 08:28 PM
Ini orang tua Zahid betul2 mahu cari gaduh la.
Quote Orange1 18-8-2015 08:28 PM
#teamorangtuaitu
Quote MatDeghem 18-8-2015 08:30 PM
issue 1MDB sudah selamat di tenggelamkan.....sekarang macam2  cerita di timbulkan oleh zahid komedi
Quote daun_getah 18-8-2015 08:33 PM
dia org ni sume tak tengok Tanah kubur ke?
Quote EJALTI 18-8-2015 08:39 PM
20 ahli BNBBC tidak bersalah, kata Zahid

OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 18 August 2015 6:22 PM

http://www.themalaysianinsider.c ... bersalah-kata-zahid


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menyerahkan semua maklumat yang ada berkenaan plot menggulingkan kerajaan kepada polis dan 20 orang ahli Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan terlibat tidak terbabit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.

20 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dituduh sebuah blog cuba menggulingkan kerajaan tidak bersalah seperti didakwa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau menyerahkan semua maklumat yang ada padanya berkenaan plot itu kepada siasatan polis dan 20 orang anggota Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang disebut-sebut itu didapati tidak terbabit.

"Tiada satu pun daripada nama yang diterbitkan di blog itu didekati bagi menandatangani akuan bersumpah.

"Saya mahu sahkan yang tiada seorang pun daripada mereka menandatanganinya. Jadi, bersihkan nama mereka," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, ditanya sama ada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah terlibat dalam plot itu, Zahid yang juga menteri dalam negeri itu  enggan memberi jawapan berterus terang.

"Saya serahkan kepada polis untuk mengenal pasti individu itu dan melakukan siasatan," katanya.
– 18 Ogos, 2015.
Quote AbukRokok 18-8-2015 08:49 PM
Kittie replied at 18-8-2015 08:18 PM
Tadi tgk dia kat TV, tak habis2 sal pendatang, pendatang, pendatang. Kemaruk tul nak bawa masuk pend ...

mesti citer yg postif positif je kan?
sorry la dah lama tak tengok tv

Quote bluehedgehog 18-8-2015 08:50 PM
Bila indon jd pemimpin...sombong je la...
Quote jengkoil 18-8-2015 08:55 PM
Champion kategori halusinasi...

ari tu janji nak bagi bukti gred A..

ni ada ada org nak jumpa..sampai ke sudah x nampak btg idung..
...tggu la..mesti ada next episode. .cerita maya apa lagi nak kuar..
Quote Sandal 18-8-2015 08:57 PM
Koya. Tak sampai sbulan jadi TPM dah blagak.
Quote Kittie 18-8-2015 09:03 PM
AbukRokok replied at 18-8-2015 08:49 PM
mesti citer yg postif positif je kan?
sorry la dah lama tak tengok tv

Kittie dgr cenggitu cenggitu jer, tak fokus sgt sbb dok main ternet, dia ckp pasal permohanan permit online la apa la. Kittie dok tunggu cerita baby panda tuh sebenarnya.
Quote lostnfaun 18-8-2015 09:12 PM
AbukRokok replied at 18-8-2015 08:49 PM
mesti citer yg postif positif je kan?
sorry la dah lama tak tengok tv

Dia ckp lepasni nnt permohonan pendatang asing kne bt online...cara manual dah takde nak elak rasuah katanya.. Untung la vendor yg bt sistem online tue..
Quote mrseller 18-8-2015 09:33 PM
kecoh la kau komedi.bila bangla nak masuk?

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060561 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top