CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Penerbit Bangga Filem Gadis Jolobu Berjaya Tembusi Pasaran China

28-8-2022 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3238| Komen: 18

Description: Syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd melakar sejarah apabila memeterai perjanjian dengan tiga platform OTT terbesar di China dengan menayangkan fi ...
Syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd melakar sejarah apabila memeterai perjanjian dengan tiga platform OTT terbesar di China dengan menayangkan filem pertama, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.


Tiga platform OTT terbesar menjadi pilihan iaitu Bestv, Youku dan Yongoo.

Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, berkata kejayaan menembusi pasaran China dapat mempromosikan filem dan budaya Malaysia ke peringkat global.

Foto: Media Hiburan

Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta bakal ditayangkan di Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei Darussalam, tidak lama lagi.


“Kami tidak menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia sahaja, sebaliknya menyasarkan beberapa negara luar termasuk Asia Tenggara.

“Dalam keadaan industri pawagam yang baru mahu pulih selepas lebih dua tahun terkesan dengan pandemik, sasaran tidak hanya bertumpu dalam negara.

“Jadi, platform OTT di China adalah pilihan terbaik kerana mempunyai liputan lebih meluas berbanding pawagam,” katanya yang turut melancarkan Gadis Jolobu The Movie menerusi platform penyiaran digital tele-virtual OTT di Malaysia, Get Play.

Tambah Saraleana, China mengehadkan rakyat ke pawagam, malah, hanya 40 filem antarabangsa dibenarkan ditayangkan dalam tempoh setahun dalam musim pandemik.

“Jadi, langkah terbaik dengan memilih platform OTT kerana ia juga menjadi trend seluruh dunia. Selain itu, setiap daerah di China mempunyai saluran televisyen (TV) sendiri.

“Jadi, keputusan menayangkan filem Gadis Jolobu The Movie di platform OTT adalah langkah terbaik, buat masa ini,” katanya lagi.

Filem Gadis Jolobu The Movie yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menampilkan bintang senior, Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan memperkenalkan bakat baharu, Ahirine Ahirudin selaku teraju utama.

Menerusi perbincangan rangkaian OTT, Saraleana berkata, pihaknya mendapat maklum balas cukup positif apabila pembekal OTT mengagumi keindahan kawasan perkampungan yang ditonjolkan dalam filem Gadis Jolobu The Movie.

Saraleana berkata, ada pembekal OTT berpandangan Malaysia sebuah negara moden, membangun dan hanya dikelilingi bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

“Di China mempunyai banyak kampung, namun, pembekal OTT cukup kagum dengan keindahan kampung, budaya dan tradisi di Malaysia selepas menonton pelan pemasaran filem.

“Tarikan filem Gadis Jolobu The Movie lebih kepada sinematografi. Disebabkan itu, kami tidak memaparkan jalan cerita berat, malah, penggunaan dialek Negeri Sembilan dan adat juga terlalu banyak ditonjolkan kerana enggan penonton luar keliru.

“Bagaimanapun, saya mengakui proses memasukkan sari kata agak mencabar kerana penggunaan dialek Negeri Sembilan dalam filem,” katanya.

Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie kini boleh ditonton menerusi platform Get Play bermula hari ini. Tawaran istimewa diberikan kepada pengguna platform Get Play antara 26 Ogos hingga 8 September depan.

Mengulas mengenai platform Get Play berkonsep baharu, Saraleana berkata, penonton hanya membayar setiap kandungan seperti membeli tiket di pawagam.

“Setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan sebagai inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciwelireng 28-8-2022 02:11 PM
Hmmmmmmm
Quote September14 28-8-2022 05:05 PM
Penerbit lawa urban tp nper buat filem hero org tua hattan lak tu.. xleh nak hadam
Quote izat123 28-8-2022 05:20 PM
Ya ya je kutipan 4juta. Lately local film main claim je semua filem kutipan juta juta hahaha. Kalau dulu boleh juga check finas update every week kutipan filem local.
Quote kitmal 28-8-2022 05:36 PM
MMMM boleh lah nak sedap hati
Quote Adrif 28-8-2022 08:34 PM
entoh ler.. asal dengar nama tajuk filem ni, yang aku ingat, diorang saman pengkritik filem
Quote fadz84 28-8-2022 08:48 PM
izat123 replied at 28-8-2022 05:20 PM
Ya ya je kutipan 4juta. Lately local film main claim je semua filem kutipan juta juta hahaha. Kalau  ...

Kannn... Sape ntah tgk film ni sampai kutipan 4juta.. skrg finas dh x update jumlah kutipan film kat website dorg ye?
Quote KamikuP 29-8-2022 03:41 PM
Tngok tajuk pun tak hingin meolls nak tengok
Quote AnnaSendin 29-8-2022 08:51 PM
Eiii tolonglah ader class sikit nak buat citer adat perpatih nieyh. Drama Haryati rtm dolu lagi best walaupon drama sajork.
Quote dekmieDandy 30-8-2022 10:34 AM
fadz84 replied at 28-8-2022 08:48 PM
Kannn... Sape ntah tgk film ni sampai kutipan 4juta.. skrg finas dh x update jumlah kutipan film k ...

yang finas tu selalu nampak update filem yang dia bagi grant je rasanya

suspicous betol filem ni 4 juta

tak trigger amla ke kan
Quote lasagna 30-8-2022 11:22 AM
ada ke org cinos tanah besar mainland nk tgk cite camni?
dah ler menjatuhkan martabat ppuan melayu katanya.
Quote izat123 31-8-2022 11:30 PM
fadz84 replied at 28-8-2022 08:48 PM
Kannn... Sape ntah tgk film ni sampai kutipan 4juta.. skrg finas dh x update jumlah kutipan film k ...

Takde. Last dulu few years before covid still ada. Rasanya 2019 dah stop kot. Dulu every week hsri rabu diorang update kutipan filem yang tayang under skim wajib tayang. Tak boleh lah produser nak gebang. Zaman sekarang tengok produser dulu gebang kutipan juta juta. Entah siapa nak sahkan pum tak tahu haha. Kalau macam Mat Kilau dengan Air Force tu logik jelah lagi tengok memang ramai pun beli tiket. Gadis Jolobu ni tah siapa je tengok plus tak sampai dua minggu tinggal dua panggung je yang still tayang (kat seremban satu melaka satu) which is a really bad sign lepastu nak claim kutip 4 juta lol.

Mengaku jelah filem kau flop.
Quote izat123 31-8-2022 11:31 PM
dekmieDandy replied at 30-8-2022 10:34 AM
yang finas tu selalu nampak update filem yang dia bagi grant je rasanya

suspicous betol filem ni  ...

Dulu update semua filem yng tayang under skim wajib tayang (which is mot local films except for a few indie/self fund film je). Sekarang takde dah.
Quote abbyves1 10-9-2022 11:01 AM
dulu pakcik mantap kali, agak lain adek data hk ni
Quote faturwida6 16-9-2022 07:08 PM
planet128 merupakan website agen slot gacor populer yang terpercaya dan permainannya yang lengkap.
Quote Fly_over 8-2-2023 06:54 AM
uols dah tgk ke cite ni? mmg hauk ke cerita dia?
Quote bunga78 19-2-2023 12:16 AM
jshshshshh sbb kat malaysia takde org nak tgkkk
Quote ashilalat 19-3-2023 09:59 PM
Tak minat nak tgk

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.155877 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top