CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri Ashraf Sinclair Dicium Penyanyi Muda Atas Pentas

24-8-2022 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2386| Komen: 6

Description: Konsert Bunga Citra Lestari baru-baru ini menjadi perbincangan warganet di media sosial kerana terdapat seorang penyanyi muda mencium isteri Allahyarham Ashraf Sinclair ini ketika berada di atas penta ...
Konsert Bunga Citra Lestari baru-baru ini menjadi perbincangan warganet di media sosial kerana terdapat seorang penyanyi muda mencium isteri Allahyarham Ashraf Sinclair ini ketika berada di atas pentas. 


Di acara hujung minggu lalu yang diadakan di Singapura itu, Bunga atau lebih sinonim dengan nama BCL menjemput beberapa penghibur lain di konsertnya.


IG BCL

Dua daripadanya ialah Ariel NOAH dan Ray Prasetya yang baru-baru ini diperkatakan secara meluas. 

Dalam salah satu aksinya, terlihat Ray mencium pipi Bunga Citra Lestari.


Apa yang dilakukannya bagaimanapun mendapat cemuhan netizen yang menganggap perlakuan Ray tidak sopan.

“Awak masih muda,  dengan orang yang lebih tua haruslah sopan. Hormati perempuan tu! Mungkin dia nak marah, tak elok sebab dia atas pentas,” kata netizen.

“Jaga sikap. Tidak manis dan tidak sopan untuk mencium wanita. BCL adalah wanita yang dihormati. Tidak boleh seperti itu,” jelas akaun trd**** itu.

“Tak sopan cium sambil lewa, cuma bcl yang saya terkejut. Lain kali jaga sikap awak,” jelas akaun yur*** itu.

“Orang ni cium Bcl. Tak sopan,” jelas akaun **** merah itu.

“Kenapa tak sopan sangat bro,” jelas akaun lain.


Twitter Detik

Bunga Citra Lestari ketika itu juga kelihatan terkejut apabila tiba-tiba dicium Ray dan segera memukul bahu lelaki itu. 

Difahamkan, Ray atau nama penuhnya Muhammad Raynald Ray Prasetya merupakan wakil finalis Idola Cilik 3 dari Jakarta.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 24-8-2022 07:31 PM
Mana datang lagi isteri,kalau dah suami pun allahyarham..ni namanya balu.
Quote esbok 24-8-2022 07:58 PM
Belibis replied at 24-8-2022 07:31 PM
Mana datang lagi isteri,kalau dah suami pun allahyarham..ni namanya balu.

benar sangat nih, dah macam bangkit dari..
Quote prince_marhaen 25-8-2022 09:15 AM
BUNGA juga perlu disiram dan disemai baja ....gittewwww....
Quote babelina 25-8-2022 09:18 AM
biasala.. nk nama naik.. nk diperkatakan.. tu buat mcm tu..
Quote hayati_hassan 25-8-2022 12:50 PM
suami dia dah lama meninggal dunia
maseh lagi ada connection ker ?
kalu anak sudah semestinya
apa punya bebal netizen
Quote Raline 25-8-2022 01:41 PM
SANGAP punya pasal la ni...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049335 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top