CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kedai Makan Haqiem Rusli Dikutuk, "Ada Yang Cuba Jatuhkan Periuk Nasi Saya"

16-8-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2589| Komen: 13

Description: Haqiem Rusli sebak apabila mengenangkan ada pihak yang ingin menabur pasir dalam periuk nasinya dengan memuat naik video negatif mengenai restoran yang diusahakan olehnya.
Haqiem Rusli sebak apabila mengenangkan ada pihak yang ingin menabur pasir dalam periuk nasinya dengan memuat naik video negatif mengenai restoran yang diusahakan olehnya.


Haqiem turut mengambil pendekatan untuk tidak mudah 'melatah' dengan kritikan netizen yang terbabit apabila menjadikan kedainya viral sekitar Ramadan lalu.

Foto: IG

"Apabila mengulas mengenai isu ini, saya sebak kerana mengenangkan ada yang cuba ingin menjatuhkan periuk nasi saya. Namun saya anggap ini adalah ujian buatnya.

"Jika individu itu ikhlas untuk menegur untuk penambah baikan, dia seharusnya menegur kami menerusi mesej peribadi dan sebagainya. 


"Pada pendapat saya, itu bukan medium yang betul hendak menegur. Pada saya, menegur kena ada caranya. Jika saya yang dulu, pasti saya sudah 'melatah'. Namun, Alhamdulillah… Saya bukan lagi sebegitu dan mudah untuk melantun apabila ada isu sebegini," kata Haqiem.


Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Tik Tok, netizen yang mengunjungi kedai makan tersebut terpaksa makan dalam keadaan gelap serta panas.

Sementara itu, sejak mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, setiap perkara yang dilakukan Haqiem dan isterinya, Anis Sofea pasti akan menyorot perhatian ramai.

Semua sifat budiman Haqiem terserlah menerusi sebuah video tular memaparkan penyanyi Mimpi itu menyahut cabaran menyolek wajah isterinya.



Namun, apa yang menarik perhatian ialah cara komunikasi pasangan muda itu bila bersama.

Tidak kurang juga ada yang menjadikan pasangan tersebut sebagai contoh sekiranya sudah mendirikan rumah tangga kelak.


"Alhamdulillah…Saya berada dalam fasa gembira ketika ini. Tidak dinafikan, sejak bergelar suami, status itu banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dalam setiap perkara," kata Haqiem.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 16-8-2022 12:00 PM
to review yang restoran kau provide bad service. perbaiki je lah servis kau tak yah lah nak keluar statement orang nak jatuh kan kau yada yada
Quote DeLuna85 16-8-2022 12:20 PM
Takde Siapa nak jatuhkan. Customer Tak puas hati tu sila ambil perhatian.
Quote Udangpetai 16-8-2022 12:25 PM
Periuk nasi jatuh, baiki or beli baru je lah. Apa benda nak marah. Biasa lah meniaga. Takkan hari2 nak indah je.
Quote saaya 16-8-2022 12:32 PM
Cuba ambik positif dan perbaiki segala kelemahan yang ada. Inilah dia, bukan nak cakap apa, kebanyakan Melayu berbisnes suka sangat kata orang nak tutup periuk nasi dia walhal kau punya bisnes tu tak seindah mana pun.
Quote intan244 16-8-2022 11:36 PM
omg too negative la. sbb tu business x maju. siapa engkau untuk org dengki.gitu
Quote hasniey 17-8-2022 12:18 AM
Kedai dia yg amik booking terlebih smpai xcukup meja kan.
Dah tau fully booked masih terima pelanggan dh kenapa?lepastu org mkn jauhhh dia g tumpang meja kt kedai mne tah.xde lampu xde kipas
Quote anony-mous 17-8-2022 12:48 AM
Dia ni mmg poyo dari awal jd retis kan? Entah la kenapa acik2 porem ramai betul suka dia ni
Quote Carcosa 17-8-2022 12:57 AM
Bila org comment je, dia consider tutup periuk nasik. Bila org comment je, dia kata ada cara nak tegur
Eh pegi mampos lah kau pengkid. Semua nak rainbows and butterflies je, baik kau mampos mereput dlm tanah. Tu pun taktau, kena seksa ke tak.
Dah lama jadi retis pun, tak pandai2 lagi.
Dok umah diam2 la, ulit bini kau yg batak retis + Keknis version AliBaba
Quote encikWawad 17-8-2022 07:42 AM
macik petir melaka pun di viral orang as biadap and all
aman2 meniaga berpulluh tahun tak bengkrap
sooo diq qiqie mesti hati keras wokey
Quote gekkou 17-8-2022 08:37 AM
typical org melayu
asal kena tegur je kata nk jatuhkan
nk tutup periuk nasi
kang orang tu PM ke DM ke
meroyan juga post kata fitnah
nk berniaga tapi bodoh
Quote bottombikini 17-8-2022 08:46 AM
ayat standard org melayu mesti menuduh org nak jatuhkan dia
pastu kalau org komplen depan2, sentappp


Quote LadyCarefree 17-8-2022 08:56 AM
Cepatlah melingkop restoran ni sama seperti bisnes2 dia yg sebelum2 ni semua.
Quote adeqbun 17-8-2022 08:58 AM
sedap ke idok..kalau x sedap..sndri yg jatuhkan laaa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055471 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top