CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Berlumba Kejar Ilmu, Tapi Mana Akhlak Masa Menegur Elyana?' - Umie Aida

15-8-2022 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3775| Komen: 26

Description: Pelakon Datin Seri Umie Aida tampil menegur sikap masyarakat dan pengguna laman sosial terhadap komen yang ditujukan kepada penyanyi Elyana.Ia susulan tindakan Elyana yang mengambil keputusan untuk ti ...
Pelakon Datin Seri Umie Aida tampil menegur sikap masyarakat dan pengguna laman sosial terhadap komen yang ditujukan kepada penyanyi Elyana.


Ia susulan tindakan Elyana yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab hingga menjadi bualan hangat warganet.


Kredit foto: FB

Umie menerusi hantaran di Facebook berkata, setiap manusia diberikan ujian pelbagai cara.

"Saya pernah berkerjasama dengan Elyana dalam filem Dukun. Masya-Allah, dia memang ada 'strong character', 'simple', merendah diri dan hormat orang. Memang tiada masalah bekerja dengan Elyana. 'Miss you' dik.


"Jangan merasa kita sudah sempurna maka kita terus menerus memberi teguran dengan kata-kata yang memberi impak negatif hingga mengganggu jiwa manusia lain. Hormati bila seseorang sudah berkeluarga," katanya.

Dalam masa sama, Umie berharap teguran yang ingin diberikan perlu selari dengan ajaran Islam.



"Adab menegur dalam Islam penuh kasih sayang. Kalau kita orang luar yang tak pernah kenal dengan orang yang kita ingin tegur, sebaiknya buat solat sunat mendoakan dia. Dia sini ujian yang lebih berat adalah kita. Sejauh mana pandangan dan tugas kita memandang hamba-Nya yang sedang diuji sedangkan Allah lagi menguji hati kita. Allahuakbar.

"Di mana akhlak kita zaman sekarang? Kita berlumba-lumba mengejar ilmu sedangkan kita tidak mengamalkan apa yang kita belajar," katanya.

"Sebarkan kebaikan walaupun kita bukan baik tetapi kita nak menjadi baik. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan reda Allah SWT. Dan sama-sama kita berdoa dengan rahmat diberikan pengakhiran yang baik husnul khotimah. Allah pelihara hati kita dari sifat yang menjauhkan dari rahmat Allah SWT," katanya.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Diriku Tapak Sulaiman itu mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan kontroversi melanda dirinya.

Elyana, 35, berkata, selagi dia menjelaskan selagi itulah macam-macam cerita yang dirasakannya tidak masuk akal akan timbul.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 15-8-2022 06:30 PM
Iyerrr acik. Macamlah acik tak pernah post curhat mengutuk ex bff sundirik. Walaupon tak mention nama, tapi ummah boleyh speku. Siap kaka acik mencerca ex bff ittuew.
Btw, iols tatap side acik dalam kes ittuew kerna iols anti-pencaras.
Quote irish_ieka 15-8-2022 09:18 PM
yelah acikkk terpaling solehah sekaliiii ya
Quote uori 15-8-2022 09:22 PM
hujung-hujung salah netijen jugakkkkk
Quote miss_perfect 15-8-2022 09:22 PM
Elyana ada berlakon dalam Dukun? Kenapa tak ingat pun.
Quote airmineral 15-8-2022 09:23 PM
kawan² yg berilmu tu tolong la pimpin kawan² yg kureng..
ni sikit² nak salahkan netizen, mcm sdr xde salah pulak
Quote ReginaGeorge 15-8-2022 09:33 PM
airmineral: kawan² yg berilmu tu tolong l ...
Semua salah netizen. Diorang ni ahli syurga.
Quote she 15-8-2022 09:47 PM
Dah tu netizen nerakawan takkan nak pandang saja
Ketar2 jari nak mengomen

Dek Umie kan dah jadi solehah
Kakaknya sebok belajar ereb
Yang adik pun dah bertudung
So kebal neraka lah kekdahnya

Hujung2 netizen juga salah hahahaha
Quote reporter_kalut 15-8-2022 10:26 PM
Oh begitu...
Quote Belibis 15-8-2022 10:32 PM
miss_perfect: Elyana ada berlakon dalam Duku ...

Babak ujung2 jer..kelahiran anak dukun kalau tak silap.
Quote Nnoor2 15-8-2022 10:33 PM
Umi aida ni mengutuk menyindir Erra Fazira apa kurangnya...Si Erra tu diam je tapi dia beriya2 burukkan Erra...
Quote Nenasketum 15-8-2022 10:35 PM
Hamboih, retis suma fefeeling maksum. Orait, netizen lah yang dok melangok citer lakonan ko. Ko dah jadik politaik jugak ke?
Quote che-cikL 15-8-2022 10:54 PM
miss_perfect replied at 15-8-2022 09:22 PM
Elyana ada berlakon dalam Dukun? Kenapa tak ingat pun.

Watak anak Faizal Hussein yg rebellious, lari tak dapat dikesan yg rupanya ada kaitan dgn dukun tu.
Quote dudaberhias 15-8-2022 11:09 PM
amboiii laki engko sendiri pun ko tak dapat sekolahkan lagi.. sibuk pasal netizen...
netizen ni senang je takyah layan... lain kali belajar macam artis luar negara tu... buat bodoh je.. tak pernah pun deorang sibuk pasal netizen2...
Quote bellaamsar 15-8-2022 11:15 PM
Nampak seram pulak el dlm gamba atas tu
Quote sleepandream 15-8-2022 11:25 PM
kadang2 tohan menguji kita dengan ujian orang lain.... aaagitewww
Quote MissVixen 15-8-2022 11:37 PM
Hahahaha. Kalau bab dia kutuk erra dulu takpe. Kenapa tak bincang bertentang empat mata je?

Quote jiji85 16-8-2022 06:20 AM
sukati kau la.janji dah lepas tggjwb menegur.
Quote Nnoor2 16-8-2022 07:02 AM
bellaamsar replied at 15-8-2022 11:15 PM
Nampak seram pulak el dlm gamba atas tu

Ada iras mona fendi sekali pandang
Quote 3chanceno 16-8-2022 07:57 AM
Percubaan nak 'up' kan nama yang dah frozen  cuba cerita bab dagu ko tu pulak

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058568 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top