CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkomunikasi Secara Seksual, Kes Safiey Ilias Dipindah Ke Mahkamah Sesyen Ampang

15-8-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1907| Komen: 8

Description: Usahawan kosmetik, Safiey Ilias hadir di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini bagi sebutan kes atas dua pertuduhan melibatkan perlakuan berunsur seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun m ...
Usahawan kosmetik, Safiey Ilias hadir di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini bagi sebutan kes atas dua pertuduhan melibatkan perlakuan berunsur seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun melalui laman Instagram.


Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 28, hadir di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob selepas kesnya dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang.


IG Safiey

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim memaklumkan usahawan kosmetik itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Mac lalu.


Jelasnya, hari ini ditetapkan untuk sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Sesyen Ampang dan pihaknya memohon tarikh sebutan seterusnya untuk serahan dokumen.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan. Safiey diwakili oleh peguam Harjeet Singh Sidhu.

Pertuduhan pertama, Safiey didakwa berkomunikasi secara seksual melalui platform Instragram dengan mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun.

Pertuduhan kedua, pempengaruh (Instafamous) itu didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payu dara di hadapan remaja lelaki tersebut bagi maksud seksual.

Safiey didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu kira-kira pukul 9 pagi, 9 Jun 2021 di rumahnya di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperutukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 15(a)(i) akta yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kes itu mendapat perhatian umum ekoran laporan polis dibuat oleh seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi pada 9 Jun 2021 selepas beliau bimbangkan aksi lucah yang dipamerkan oleh usahawan kosmetik itu.


Utusan

Safiey yang menggunakan akaun Instgram, ‘safieyilias94’, turut mempertontonkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada remaja terbabit ketika sesi sidang video tersebut.

Laporan itu dibuat bertujuan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap usahawan kontroversi itu yang menggunakan saluran Instagram Live miliknya sebagai platform untuk melakukan antunan seksual (sexual grooming) ke atas pengguna media sosial remaja.

Sehari kemudian, usahawan kosmetik tersebut ditahan dan selanjutnya direman selama tiga hari sehingga 13 Jun 2021. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 15-8-2022 08:32 PM
Pelajar pintar yang tak street smart macam sajat.
Quote Kurex 16-8-2022 07:43 AM
Gambar 1st mcm mahayam dgn anak jagaan
Quote KamikuP 16-8-2022 09:00 AM
Dia taknak terjun jambatan bunuh diri ke?
Quote babelina 16-8-2022 09:46 AM
x silap kes nie yg dia buat live tu ye.. ada 2 org kn.. sorg tu nyah dari klang..
Quote babelina 16-8-2022 09:46 AM
x silap kes nie yg dia buat live tu ye.. ada 2 org kn.. sorg tu nyah dari klang..
Quote coco 16-8-2022 10:20 AM
banding dia ngan sajat.  nampak dia ni lagi mentally ill
Quote buragazz 16-8-2022 03:01 PM
Aduhai Safiudin..Safiudin.. macam2 hal ko ni..
Quote Nenasketum 16-8-2022 03:41 PM
Kesian family dia ni. Gay sexual groomer rupanya, paedo pun ya jugak.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054720 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top