CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru, Pensyarah Fotokopi Buku Teks Atau Buku Rujukan Kena Bayar Royalti

15-8-2022 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1418| Komen: 6

Description: Isu karya penulis dan penerbit tempatan yang disalin tanpa kebenaran akan dapat ditangani melalui langkah yang sedang dibuat oleh Malaysia Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC).
Isu karya penulis dan penerbit tempatan yang disalin tanpa kebenaran akan dapat ditangani melalui langkah yang sedang dibuat oleh Malaysia Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC).


Ketua Pegawai Eksekutif MARC Berhad, Ahmad Hussein Tajuddin berkata, masalah karya yang disalin tanpa kebenaran ini sudah lama berlaku sehingga menyebabkan kerugian kepada penulis dan penerbit tempatan.


Gambar hiasan

Menurutnya, lebih membimbangkan adalah amalan itu sering berlaku di peringkat sekolah serta universiti membabitkan guru dan pensyarah sekali gus melanggar Akta Hak Cipta 1987.

"Ramai dalam kalangan guru dan pensyarah yang melakukan fotokopi buku teks atau buku rujukan untuk diagihkan kepada pelajar dengan alasan buku tersebut agak mahal di pasaran.

"Kami bukan nak hentikan mereka daripada buat salinan semula, tetapi kami mahu jadikan ia sah dengan syarat mereka kena bayar royalti.

"Jika ia tidak diatasi, akan menyebabkan kerugian kepada penulis dan penerbit apatah lagi sekarang ini jualan buku menurun yang ditambah dengan masalah fotokopi ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

MARC ditubuhkan pada 2021 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diberi kuasa mengutip royalti karya sastera, seni, imej dan ilustrasi dan mengeluarkan lesen penggunaan tersebut bagi pengguna di Malaysia.

MARC turut disokong oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mapim), Persatuan Aktivis Komik Malaysia (Pekomik), dan Persatuan Buku Gambar Kanak-Kanak Malaysia (MYCPB) serta sedang berbincang untuk melibatkan bersama Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ).

Beliau berkata, kutipan royalti itu akan diagihkan kepada ahli di bawah MARC Berhad berdasarkan tadbir urus badan perlesenan yang telus dan akauntabiliti.

"Jika di peringkat sekolah atau universiti kerajaan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi harus membayar royalti ini. Buat masa ini kita telah mengadakan perbincangan dengan mereka dan maklum balas yang diterima baik.

"Perkara sama juga kita buat secara terus kepada pihak swasta seperti sekolah antarabangsa dan sebagainya yang mana sebelum ini ada melakukan fotokopi terhadap sebarang buku dan lukisan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan MARC akan mengadakan Seminar Kebangsaan Managing Copyright in Malaysia Education pada Khamis bagi memberi kefahaman mengenai keburukan menyalin semula tanpa kebenaran ini.

"Kita jemput wakil pihak kementerian, swasta, universiti, tadika dan sekolah supaya mereka faham apa fungsi dan kenapa royalti ini perlu dibayar," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 15-8-2022 06:26 PM
Halah, bukan penulis pun yang menikmati royalti itu tetapi penerbit. Penerbit bertambah kaya penulis bertambah miskin. Padan muka Malaysia penulis hebat-hebat sudah pupus. Majalah kartun Ujang sekalipun tidak terkecuali.
Quote jalfa 15-8-2022 06:47 PM
Kat u dulu ada lec buat duit camni.nak nak buku dr oversea
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2022 07:08 PM
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo org tua masuk bilik ade tompok2 merah. Walaupun xde tradisi tu. Sape xnk projek mlm tu jugak kalo benda dh ade dpn mata. Halal plak tu. Hehehe.....
Quote Adrif 15-8-2022 10:51 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-8-2022 07:08 PM
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo or ...

ko salah thread ni jaannngggg
Quote esbok 16-8-2022 09:12 AM
Rasa dari zaman aku dah, lecturer aku suruh beli buku. Takde dia nak ngulur2, kau nak pandai kau cari buku tu.

Decision atas student la, apa dia buat untuk dapatkan. Tu belakang cerita.
Quote jas7512 16-8-2022 09:14 AM
I mmg x galakkan anak murid i fotostat...sian kat penulis sbb i pun penulis juga..xde duit pinjam buku kat library..jgn malas

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065350 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top