CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Rindu Nak Buat Konsert Solo Di KL

15-8-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2468| Komen: 25

Description: Rindu membuatkan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna berhasrat mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur.Perasaan itu timbul selepas melihat industri muzik tempatan kembali rancak dengan pelbagai acara ...
Rindu membuatkan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna berhasrat mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur.

Perasaan itu timbul selepas melihat industri muzik tempatan kembali rancak dengan pelbagai acara persembahan.



IG Yuna

Namun, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai berkata, perancangan tersebut bergantung kepada masa, apatah lagi dia sedang sibuk dengan pembikinan album baharunya.

“Kalau boleh saya nak buat persembahan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) seperti yang pernah saya lakukan dulu. Saya memang ada perancangan ke arah itu, tapi segalanya bergantung kepada keadaan.


“Harapnya konsert tersebut dapat dijalankan tahun ini juga, tapi kami masih mencari masa yang sesuai. Saya agak sibuk ketika ini dengan pembikinan album terbaru,” katanya.


IG Yuna

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi penyanyi, Aizat Amdan, semalam.

Dalam pada itu, Yuna memaklumkan, dia perlu memberikan tumpuan kepada konsert jelajahnya yang akan diadakan di beberapa lokasi sekitar Amerika Syarikat (AS).

“Insya-Allah, saya akan adakan mini tour di AS pada awal November nanti. Jelajah tersebut hanya berskala kecil di lokasi seperti di Seattle, Portland, San Francisco, Los Angeles, New York dan Boston.


IG Yuna

“Saya rasa penting sangat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Saya memang sudah lama tunggu nak beraksi di sini. Rindu juga nak imbau lagu lama, terutama lagu berbahasa Melayu.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan lagu baharu. Saya faham tidak mudah orang suka lagu baharu, jadi kita akan rancang projek ini sebaiknya,” ujarnya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-8-2022 10:56 PM
harap plan sebaiknya

dunia sekarang ada musim kemarau dan musim banjir kilat

kot la sekali tarikh konsert tu musim banjir, haa berenang masing-masing

lagi2 ni dah pertengahan bulan Ogos.. tinggal berapa bulan je balance 2022 ni

September, Oktober, November, Disember.. prepare bot siap2, emergency bagpack, etc. abang viva takut tak dapat selamatkan semua.

tiberhh dari topik konsert ke topik banjir, gituuu
Quote sleepandream 15-8-2022 11:22 PM
kenapa mesti nak dewan plenary yach... buatla venue lain yg tak pernah buat lagi...
bz buat album bukan alasan utk berkonsert yach....
Quote silampumeja 15-8-2022 11:51 PM
sleepandream replied at 15-8-2022 03:22 PM
kenapa mesti nak dewan plenary yach... buatla venue lain yg tak pernah buat lagi...
bz buat album bu ...

Zepp tu tempatbaru kan.. ok tak... Plenary eat dia sempit ya.. tapi nasib coushioning jugak... So tak sakit punggung. Kalau IB, walu lebar seat dia, sakit punggung bila duk lama..
Quote ashcroft86 16-8-2022 12:01 AM
silampumeja replied at 15-8-2022 11:51 PM
Zepp tu tempatbaru kan.. ok tak... Plenary eat dia sempit ya.. tapi nasib coushioning jugak... So  ...

Zepp punya capacity lebih kecik. kurang 600 dari Planery hall KLCC. sebab tu kot. IB 1500 je kot. Kite xde yang 5000pax eh venue? axiata ngn melawati terlalu besar untuk Yuna ni. penyanyi bernombor boleh la isi 10k. Teringin nak tengok malaysian isi stadium macam brits dok isi Wimbledon klu konsert or event. Klu Yuna nak wat konsert, most probably akan pergi. banyak kli terlepas klu konsert sheols.
Quote dejure 16-8-2022 01:39 AM
Konsert kat us berapa ribu yg dtg? Ke ratus aje.?ke konsert kat us tu setakat nyanyi kat kelab or mall aje?
Quote dua_chzy 16-8-2022 04:22 AM
Jangan nyanyi lagu2 made in US ko. Tak minat akak. Eh macam la akak pergi konsert ko.
Quote cm_vungtau 16-8-2022 07:12 AM
Artis2 ni sibuk aje nak buat konsert kat US, padahal tah berapa orang aje yang datang. Tahapa2. Perasan sangat boleh tembus market Amerika
Quote Tembikaigoreng 16-8-2022 07:47 AM
Dengan anting² kat hidung.... Ishk³ gadis semasa betul
Quote Denco 16-8-2022 08:31 AM
knp kat sini? ko dh sendu ke kat us
Quote meah_kelabu 16-8-2022 09:09 AM
dia ni kdang2 nampak bitter sngt dgn msia
tp hujung2 masih mengharap duit org mesia nk support konset dia
ape2la yuna
Quote hayrin86 16-8-2022 09:32 AM
dua_chzy replied at 16-8-2022 04:22 AM
Jangan nyanyi lagu2 made in US ko. Tak minat akak. Eh macam la akak pergi konsert ko.

Taknah langsung dgr lagu-lagu buatan luar Malaysia melainkan anisong.. Kalau musim Olimpik dan Piala Dunia lagu "Reach" nyanyian Gloria Estefan..

Quote uori 16-8-2022 09:36 AM
sejak balik oversea dah jarang merempan kat media sosial, tapi hujung2 hadap peminat kat sini jugekkk
Quote pembacagosip 16-8-2022 09:39 AM
suka yuna masa baru2 masuk industri selendang shawl dulu....

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta?
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya kumengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Quote jalfa 16-8-2022 09:43 AM
Mesti rengsa tgk aina bedul pon leh sold out kaniols level usa kot
Quote missyL 16-8-2022 10:04 AM
dejure replied at 16-8-2022 01:39 AM
Konsert kat us berapa ribu yg dtg? Ke ratus aje.?ke konsert kat us tu setakat nyanyi kat kelab or ma ...

Terfikir jgk
Harap yuna bole share crowd photos.

Klo so so je baik balik msia je yuna
Quote cm_vungtau 16-8-2022 10:07 AM
Artis kpop pun try hard sangat nak tembus America tapi last2 konsert kat Asia jugak yang sold out. Lepas tu buat la konsert kecik2 kat macam2 American town, world tour katanya
Quote MadameOnion 16-8-2022 10:10 AM
mesti bosan konsert dia kan? semua mendatar je
Quote babelina 16-8-2022 10:13 AM
dia nie cam dh jauh naw dari asal.. rajin meroyan pn ye.. dh x follow ig dia dh..
Quote dekmieDandy 16-8-2022 10:45 AM
dia ada kat KL lagi kan.? nanti konsert billie eilish 18/08/2022 ni agak-agak dia buat opening act tak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069490 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top