CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajak Shiro Dah Penat Sertai Pertandingan Lawak

15-8-2022 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2609| Komen: 19

Description: Ajak Shiro mengumumkan tidak mahu lagi beraksi di pentas lawak yang menglibatkan permarkahan juri.
Ajak Shiro mengumumkan tidak mahu lagi beraksi di pentas lawak yang menglibatkan permarkahan juri.

Pelawak dengan nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 36, memaklumkan dia sudah puas menyertai pertandingan lawak sebelum ini dan tidak mahu lagi persembahannya itu dinilai oleh juri.



Berita Harian

“Beberapa tahun sebelum ini saya dah buat keputusan yang saya tak nak masuk pertandingan yang melibatkan komen-komen juri.

“Sebab saya rasa saya dah penatlah untuk itu, takkanlah setiap tahun saya kena bagi juri nilai diri saya, selama 10 tahun mereka nak nilai saya.


“Jadi saya rasa itu punca saya tidak berada atas pentas lawak sekarang tapi kalau ada jemputan untuk buat lawak atas pentas mungkin saya akan datang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajak turut memuji content lawak yang dilakukan oleh personaliti media sosial, Ryan Bakery yang dilihat lebih dekat dengan masyarakat dan tidak menyentuh mana-mana pihak.



Untuk rekod penyampai radio Suria FM ini pernah menjadi Juara Raja Lawak musim keenam dan Juara Maharaja Lawak Mega 2018 bersama rakan gandingannya iaitu Shahrol.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-8-2022 04:52 PM
Bagus le kalau gitu. Byk gelak tak elok utk
Quote azimodin 15-8-2022 06:34 PM
Ajak ni elok berlakon je la.  Xyah nak join pertandingan lawak. Siapa yg meragui bakat berlakon ajak boleh try tengok keluarga instafamous... ada satu episod tu dia jadi lupa diri/kurang ajar, memang rasa nak hempok je muka dia. Episod lain jadi suami reen rahim yg tergedik2 memang menjadi
Quote Nizleen86 15-8-2022 06:38 PM
Baguih la..pertandingan lawak tu semua pun dah outdated. Tak relevan. Lawak ntah dari berapa belas tahun lepas.
Quote one_aiman 15-8-2022 06:38 PM
tak serasi ngan partner baru la tu
Quote auntyonion 15-8-2022 06:40 PM
Ajak ni berlakon best..kelakor dua berlakon dgn reen rahim..dgn zara zya pn kelakor.. expression on point..ok la
Quote ezacbee 15-8-2022 06:41 PM
Bosan asyik muka korang je masuk pertandingan. Elok la stop dulu. Muak tau.

Padahal aku xtengok pun

Quote shiraloveyou 15-8-2022 07:50 PM
Ajak berlakon pun best udah2 ler masuk pertandingan lawak yang tak berapa lawak tu
Quote ReginaGeorge 15-8-2022 08:37 PM
Ryan bakeri dengan kau tu jauh beza ok.
Quote DianaSaksen 15-8-2022 08:41 PM
Ajak Dan sharol lawak dorang lebih kepada nasihat..yg ni aku Respek
Bagi peluang kepada bakat baru
Paling menyampah c Ali puteh
Bagi spoil aku nak tengok mls
Quote edoraixora 15-8-2022 08:42 PM
Eloklah...org pun bosan nanti, bagi can pelapis baru pulak
Tapi kumpulan ubi-fad sharif & nami, dalam muzikal lawak superstar3, lawak namateyyyy
Quote hangdenim 16-8-2022 02:02 AM
Bagi PELAWAK, ajak ni ada laaa rupa sikittt. Jadi baik buat telemovie/series, ada value sikit.
Quote belacan_gurl 16-8-2022 02:42 AM
Ajak berlakon ok...tak kayu..yg citer dia jadi suami kepada isteri yg tak pandai masak tu best...natural je .xde kekok
Quote Perawankota 16-8-2022 03:13 AM
Jadi pelakon dgn penysmpai radio jer lah ajak.. Tgk Johan tu, jadi penyampai radio je skang pon kaya raya
Quote takayama 16-8-2022 04:45 AM
bgslah mcm tu ajak, cukuplah jd penyampai radio dan berlakon aje
Dia berlakon bgs x kayu dan lawak bershj
dgn zara zya tu mmg lawak dan sekrg dg  reen rahim then 2 org pelakon remaja pun ngam
X silap ada satu lg drama dia pun akan keluar yg ada faizal hussein tu sebg bos x silap
Yg msh nk dok berlagak atas pentas berlagak tu biar ajelah
Quote ketambangkang 16-8-2022 09:23 AM
Ajak ni ok, buat lawak pon tak terjerit2 sgt
Quote hayrin86 16-8-2022 09:42 AM
KamikuP replied at 15-8-2022 04:52 PM
Bagus le kalau gitu. Byk gelak tak elok utk

Kan.. Aku sendiri bukannya orang yang suka ketawa hatta tgk benda yang menggeletek hati.. Banyak lagi benda yang boleh menghilangkan stres..

Quote sunquick 16-8-2022 10:47 AM
ok je dia ni berlakon... melawak pon ok
buat ajak...teruskan je dengan kerjaya yg sedia ada ni
uols pon ada platform sendiri kan...
pertandingan lawak2 tu ..tak payah le..
biarkan je muka2 baru yg masuk..
Quote tipah89 16-8-2022 11:47 AM
aku suka je tengok dia ni berlakon, sgt neutral ok, watak serius ke, apa ke semua boleh bawak. xyah kot da join competiotion mcm tu dah. jadi pelakon n penyampai radio je pun ok.
Quote tobobon 16-8-2022 01:23 PM
takayama replied at 16-8-2022 04:45 AM
bgslah mcm tu ajak, cukuplah jd penyampai radio dan berlakon aje
Dia berlakon bgs x kayu dan lawak b ...

Dah kluar kat awesome tv uolss..bukan drama..sitkom... dak dak ofis..amy mastura pun ada berlakon sekali

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.129517 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top