CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Tahun Kena 'Stalk' Sebelum Remaja Mati Ditembak Lelaki Pedo

15-8-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1627| Komen: 8

Description: Seorang remaja perempuan di Turki maut ditembak lelaki pedofil yang mengekorinya sejak tiga tahun lalu.
Seorang remaja perempuan di Turki maut ditembak lelaki pedofil yang mengekorinya sejak tiga tahun lalu.

Suspek, Selim Tekin, 28, menembak Beyza Dogan, 16, pada bahagian leher selepas menceroboh masuk ke dalam rumah gadis itu sebelum menembak dirinya sendiri dengan pistol.



Tekin (kiri) dan Beyza

Mirror UK memetik kenyataan keluarganya di Istanbul berkata, Tekin mengekori Beyza sejak gadis itu berusia 13 tahun.

Bagaimanapun, selepas keluarga melaporkannya kepada polis, Tekin menceroboh masuk ke rumah mereka dan menembak leher Beyza, 16, pada 6 Ogos.


Kemudian dia menembak dirinya, lapor media tempatan.

Kedua-duanya pada mulanya terselamat daripada tembakan itu tetapi meninggal dunia selepas beberapa jam dibawa ke hospital, iaitu Beyza pada 8 Ogos dan Tekin, keesokannya.


Bapa mangsa sekadar memberitahu media tempatan bahawa Tekin pertama kali berhubung dengan anak perempuannya di Instagram (IG).

Dia percaya Tekin memburu anak perempuannya kerana menolak lamarannya.

Menurut media tempatan, Tekin berdepan pertuduhan penderaan seksual kanak-kanak dan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur.

Dia juga tertakluk kepada perintah sekatan tanpa had yang melarangnya menghubungi mangsa.

Media tempatan melaporkan Tekin menghabiskan masa yang singkat dalam tahanan tetapi dibebaskan ketika siasatan.

Dia juga dikatakan menculik Beyza sebanyak lima kali dan sebelum ini, pernah memecah masuk ke dalam rumah keluarga itu.

Pembunuhan wanita adalah masalah yang semakin meningkat di Turki, terutamanya selepas negara itu secara rasmi keluar dari Konvensyen Istanbul pada Julai tahun lalu.

Menurut Laporan Data Tahunan 2021 yang diumumkan oleh We Will Stop Femicide Platform, seramai 280 wanita dibunuh oleh lelaki, pada tahun lalu, manakala 217 wanita ditemukan mati secara mencurigakan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-8-2022 02:59 PM
Bahaya orang metal macam ni
Quote margo20 15-8-2022 04:20 PM
Uish kalau aku pindah terus tak duduk dah situ
Quote Dalcott 15-8-2022 04:29 PM
pedo giler
Quote Suchi 15-8-2022 04:34 PM
Kesiannya sampai 5 kali dah dia culik, tp takde tindakkan apa2 ke?
Budak pompuan tu mesti sengsara je hidup selama ni akhirnya dia mati gak ditangan penculik pedo tu
Quote Decaffeinated 15-8-2022 05:00 PM
overdose kebab ka apa ni

Quote matchstick 15-8-2022 05:17 PM
Takut kalau ada org minat or obsess dgn Kita tapi Kita takde perasaan malahan benci dgn org tu..perasaan nye umpama terpijak tahi anjing jah. Suweii..tak pasal2 hilang nyawa. Di tanah air pun dh ada beberapa kes anak dara org hilang nyawa disebabkan jantan mental mcm gini
Quote duri_durians 16-8-2022 09:49 AM
kesiannya semoga adik tenang di sana.. mcm tu la undang2 stalking. tak mampu buat apa. hujung2 tunggu pompuan tu physically attacked atau mati kna bunuh je.
Quote Bedah.Cun 16-8-2022 09:51 AM
Dasar jantan perogol! Sial

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.434452 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top