CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kes Buli MRSM Kuantan Tiada Unsur Gengsterisme

15-8-2022 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1929| Komen: 13

Description: Berdasarkan dakwaan kes buli terhadap pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Kuantan di sini, polis mengesahkan tiada sebarang elemen gengsterisme dipercayai wujud dalam kes tersebut.
Berdasarkan dakwaan kes buli terhadap pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Kuantan di sini, polis mengesahkan tiada sebarang elemen gengsterisme dipercayai wujud dalam kes tersebut.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dapatan itu hasil siasatan awal yang dijalankan polis berhubung laporan daripada ibu kepada mangsa pelajar terbabit.

Menurutnya, polis turut membuat siasatan susulan mengesan hantaran berkaitan kes itu yang telah dimuat naik pemilik akaun lama sosial Facebook, Nazira Mohamed.



“Kita sudah merakam percakapan mereka yang terlibat seperti guru-guru, pelajar-pelajar MSRM dan termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan kes itu. Jadi, siasatan awal juga mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterism dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Wan Mohd. Zahari berkata, pihak polis menerima dua laporan daripada ibu mangsa dan warden MSRM berhubung kes itu.

“Kes tersebut  disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan akibat perbuatan khianat. Susulan itu juga, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang hantaran dan perkongsian yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan sewajarnya adalah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, terdahulu, seorang wanita dalam hantaran di laman Facebooknya mendakwa berlaku perbuatan khianat dan gengsterism terhadap pelajar di MRSM Kuantan.

Dalam hantarannya itu, wanita tersebut mendakwa wujud budaya gengsterisme di sekolah itu apabila baju sekolah anak diconteng dan rambut juga digunting ketika tidur.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-8-2022 02:22 PM
Jiwa kacau?


Quote KamikuP 15-8-2022 03:20 PM
Sian mak dia... beria2 up citer kat fb hujung2 dah tau citer sebenar terus senyap.
Moga ok semuanya yaach
Quote Taktahu18 15-8-2022 09:59 PM
Kesian MRSM kuantan kena kecam
Quote ultra78 15-8-2022 11:25 PM
So dah tutup la kes ni? Anak tu tukar ke sekolah harian?
Quote cikkilata 15-8-2022 11:53 PM
Status anak tidak dpt dikenalpasti sbb fb mak dia dh hilang dr radar ptg td..
Quote Perawankota 16-8-2022 03:31 AM
Anak Buah aku sanggup tolak offer masuk mrsm.
Tapi mak dia bangga lah sebab kt sekolah harian, anak jadik pelajar terbaik tingkatan, tokoh sukan/ko-ku, dapat biasiswa LG..

Quote piahsemah 16-8-2022 06:53 AM
cikkilata replied at 15-8-2022 11:53 PM
Status anak tidak dpt dikenalpasti sbb fb mak dia dh hilang dr radar ptg td..

Maknya dah delete akaun fb ker
Sempat tak minta maaf terbuka dkt mrsm
Quote piahsemah 16-8-2022 06:53 AM
KamikuP replied at 15-8-2022 03:20 PM
Sian mak dia... beria2 up citer kat fb hujung2 dah tau citer sebenar terus senyap.
Moga ok semuanya  ...

Kesian ank dia,takut ada  masalah mental health
Jgn la dimarahi pula ank nya nnt
Quote juruterra 16-8-2022 08:41 AM
sian anak tu, seeloknya mak keluarkan anak tu dr mrsm sbb rasanya satu sekolah dh tak suka kat budak tu sebab burukkan nama sekolah. sanggup ke berdepan dgn warden, seniors, batchmates.... keluarkan je la kak, ko jaga sendiri anak ko lagi better sementalah anak ko pun mcm ada masalah
Quote green~tea 16-8-2022 08:42 AM
Malu nyehhh sendiri viral hencap skolah, hujung2 ko penyebab anak tu stress sebenarnya
Quote pekanwoohoo 16-8-2022 08:47 AM
Kesimpulannya anak beranak ada masalah mental ke ni? Ni mesti kes mak bodoh masa sekolah, tak pernah dapat peluang nak masuk sekolah berasrama. Lepas tu paksa anak masuk sekolah macam tu kononnya nak bagitahu anak bijak pandai. Puihhhh punya mak.
Quote ketambangkang 16-8-2022 09:27 AM
aku masih pelik bab rambut kena gunting beramai2 tu je
Quote awanysss 16-8-2022 10:16 PM
piahsemah replied at 16-8-2022 06:53 AM
Maknya dah delete akaun fb ker
Sempat tak minta maaf terbuka dkt mrsm

dekat comment fb mak dia before this ada org letak gmbr notes anak dia tulis mak bapak kau selalu pukul kau kan..
yg tu tkde pulak mak dia nak upload..
mak dia lg mental dr anak.. kesian anak dia..
dia buat cerita utk dia keluar dr asrama, tp mak dia pandai sgt g viralkan camtu..
tak sedar diri.. jenis mak ayah lepas kat cikgu utk jaga anak..

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071606 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top