CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKN Kedah Mohon Maaf 'Jururawat Menyusahkan Pesakit'

15-8-2022 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2351| Komen: 18

Description: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memohon maaf berhubung kesilapan memberikan tarikh janji temu pengambilan sampel darah, yang menjadi tular di media sosial sejak 12 Ogos lalu.Pengarah Kesihatan Ke ...
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memohon maaf berhubung kesilapan memberikan tarikh janji temu pengambilan sampel darah, yang menjadi tular di media sosial sejak 12 Ogos lalu.


Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, JKN memandang serius perkara itu dan siasatan awal mendapati, pengadu telah diberi tarikh janji temu yang salah untuk mengambil sampel darah bagi ujian makmal.


TikTok

Menurutnya, tarikh yang diberikan ialah 5 Ogos 2022 jatuh pada hari Jumaat iaitu cuti hujung minggu di negeri Kedah.

"Bagaimanapun, sampel darah pengadu telah diambil dua hari selepas kejadian iaitu pada hari Ahad, 7 Ogos 2022," katanya menerusi satu kenyataan.


Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah menghubungi pengadu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku di mana permohonan maaf berkenaan telah pun diterima baik.

"Jabatan Kesihatan Negeri Kedah amat kesal dengan perkara ini sehingga menyebabkan pengadu berdepan kesulitan," katanya.

Jelas Othman, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden agar langkah penambahbaikan dapat diambil bagi mengelakkan ia berulang.



Jumaat lalu, satu video berdurasi 2 minit 44 saat telah dimuat naik seorang pengguna di aplikasi TikTok memaparkan kesulitan yang dihadapi setelah tarikh diberikan untuk pengambilan sampel darah di sebuah makmal di negeri ini, adalah salah.

Pengadu dalam video tersebut menjelaskan pada awalnya telah memohon penukaran tarikh lain memandangkan jatuh pada hari dia bekerja, namun diarahkan akur pada tarikh ditetapkan.



Bagaimanapun, kehadiran wanita itu mengikut tarikh diberikan mendapati, makmal tidak beroperasi dan ditutup pada Jumaat.

Video terbabit mendapat lebih 139,000 tontonan, 705 komen dan 3,453 tanda suka.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 15-8-2022 02:06 PM
Nurse pun...kalau xnak keje..ko berhenti je..Ada ramai nurse yg masih status kontrak tu
Quote dua_chzy 15-8-2022 02:14 PM
Teguran melalui aduan tu sebenarnya bagus supaya kita boleh betulkan hapa yang tak betul. Akak ni pon kalau takda orang sound, harus hidup dalam comfort zone manjang.
Quote UMMI_MAI 15-8-2022 02:38 PM
alaa...kut nurse tersalah tulis date ... tak cek dulu meh hari apa ...kalo dah hari jumaat sah2 klinik tutup, mungkin boleh call klinik date sebelum tu , re confirm
Quote ulamalu 15-8-2022 02:42 PM
Selalu bila nurse bagi appt terus check calendar kat hp, kot clash dgn apa2 event yg dah di set-up, dan2 tu terus minta tukar date.

Yg komplen ni org tua ke, x reti check kalendar.
Quote Thunderclouds 15-8-2022 02:54 PM
Yg dok kata kt tukang complaint tu xcheck dulu la hapa la hgpa tgk x video ataih tu? Ni pesen 2x5 mindset mcm misi yg p set appointment hr jumaat tu. Dh gtau tarikh tu hr jumaat,cuti. mati2 suruh jgk mai hr jumaat.
Quote glump 15-8-2022 04:45 PM
Biasanya appointment ambik darah 7 Hari sebelum jumpa doktor. Kalau datang appointment sehari awal pun misi marah.
Baru nie kena ambik darah 2 Kali kena minum air gula tu..utk test gula dalam darah suruh buat dalam bulan puasa. Pi kat nurse yg susun appointment tu reschedule. Ok .tapi Kita Tak faham borang ujian darah tu..bila jumpa doktor ujian tu cuma ujian gula semata which I score 5.5..ujian kolestrol dia Tak buat..sedih tau ambik darah sampai 2 tabung ..so kenalah datang ambik darah lagi bulan November.tak lah nak up kat tik tok yer.
Quote Skuau 15-8-2022 06:36 PM
sepatutnya..klinik dan spital..kena 'buka' temujanji amik sampel darah dan temujanji dgn doktor...pada sabtu dan ahad.Hari lain semua orng kerja...bila masa boleh pi spital,klinik..mana majikan nak bagi...
Quote clarizsa 15-8-2022 06:46 PM
Dia dh argue dgn nurse ngokngek tu tp kena marah n nurse tu bertegas nk bagi tarikh tu jugak
Yg pengadu pun bendul ikut juga tarikh jumaat tu ntahlah
Sama2 kurang peka mungkin
Quote caprut 15-8-2022 06:46 PM
Nurse bingai btul. Baru dapat pindah balik negeri ke? Aku ni kalau pesakit tu mmg btl pndai2 la aku kaver tanpa minta maaf walau pun awal2 da gaduh mcm org betul. Haha

Nurse2 kasi appt pon susah. Ni belom sruh amek darah bdk especially bdk baru lahir byk alasan
Quote caprut 15-8-2022 06:47 PM
Skuau replied at 15-8-2022 06:36 PM
sepatutnya..klinik dan spital..kena 'buka' temujanji amik sampel darah dan temujanji dgn doktor...pa ...

Baik ko sruh swastakan je KKM. Bila2 masa ko boleh dtg
Quote Skuau 15-8-2022 07:24 PM
Edited by Skuau at 15-8-2022 07:25 PM
caprut replied at 15-8-2022 06:47 PM
Baik ko sruh swastakan je KKM. Bila2 masa ko boleh dtg


payah la camni...penyakit mana kenai 'cuti 1/2 ari,ahad,public holiday'..bagai....
Quote cheezel 15-8-2022 08:08 PM
Kkm memang bingai. Penuh sek sek kito je dlm tu
Quote Prickford 15-8-2022 08:30 PM
Bayangkan nurse kerajaan sendiri cakap dorang prefer dapatkan rawatan di swasta dari kerajaan. Kelembapan hospital kerajaan pon nurse kerajaan sendiri tak tau pasai apa
Quote Perawankota 16-8-2022 03:33 AM
Aku pon pernah kena diletaknya appointment aku time Hari Raya.. Dah tak pasal kena pi tukar..
Quote jiji85 16-8-2022 06:26 AM
pernah je masa pregnant dulu aku dpt date ph..aku inform la nurse tu so dia double check date.dia x aware sbb kalender dia pakai bkn jenis almanac jd date ph tu kalender dia mcm x highlite.so dia cancel bagi date baru.human error kot asal x sampai salah bedah ke injek i stll ok je.
Quote shida81 16-8-2022 06:33 AM
Mase arwah mk ak dulu pun pernah.. Ak perasan bile nk amik cuti htr dia g appointment... Tgk2 ari sabtu.. G tipon klinik kesihatan tu la tny betul ke appointment ari sabtu.. Bukak ke.. Common sense nya ada ke doc nk kj ari sabtu ...  Misi tu ckp sorry pastu bising2 nurse mn yg bg date salah..  N bg date ari yg betul....  Dh la date tu esok ari pas ak tipon.. Terpaksa le ak el
Quote Minami2013 16-8-2022 07:16 AM
Hospital biase nye nk cari parking pun seksa. Kalo i pun nk marah jugak.
Quote nurul_akmar 17-8-2022 08:51 AM
geram ye kalau jd mcm ni.. sesiapa yg kena pon mesti geram jugak.. nk pergi KK susah tau.. mmg kena amek cuti.. bila jd mcm ni, lg la geram...

tp netizen bukan boleh dgr kita mengadu.. bila jd mcm ni, selalu dorg sound, kalau nk senang p swasta. smpi bila la jd mcm ni kalau xde org tegur

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.076789 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top