CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama Sepi, Indah Ruhaila Kembali Dengan Lagu 'All My Heart'

15-8-2022 01:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 901| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Hampir setahun tanpa sebarang naskhah baharu, penyanyi, Indah Ruhaila, tampil dengan lagu berjudul All My Heart dengan genre berbeza berbanding lagu yang diyanyikannya sebelum ini.
Sumber IG


Hampir setahun tanpa sebarang naskhah baharu, penyanyi, Indah Ruhaila, tampil dengan lagu berjudul All My Heart dengan genre berbeza berbanding lagu yang diyanyikannya sebelum ini.

Wanita berusia 35 tahun itu meletakkan harapan yang tinggi agar lagu hasil sentuhan Ajai dan lirik ditulis oleh Strawberry itu mampu menarik perhatian penggemar muzik tanah air.

"Selama ini orang kenak Indah Ruhaila dengan lagu-lagu bersifat 'dark' namun kali ini sedikit berbeza. Lagu All My Heart bersifat 'easy listening' dan mudah diterima walaupun kali pertama mendengarnya.



"Saya berharap lagu ini mampu memberkan sesuatu yang baharu dan segar kepada peminat," katanya dalam sesi temu bual bersama mStar.

Diberikan dua pilihan demo, Indah bagaimanapun mengakui lebih tertarik dengan lagu All My Heart meskipun pilihan kedua juga tidak kurang hebatnya.

Mengulas kerjasamanya dengan Ajai, kata Indah, dia dapat belajar banyak ilmu daripada komposer terkenal itu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043333 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top