CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Willian Tinggalkan Corinthians Lepas Dapat Ugutan Bunuh

14-8-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 679| Komen: 0

Description: Bekas pemain sayap Chelsea dan Arsenal, Willian meninggalkan kelab Brazil, Corinthians selepas mendakwa menerima ugutan bunuh dalam media sosial.Willian membuat 45 penampilan sejak berpindah dari Arse ...
Bekas pemain sayap Chelsea dan Arsenal, Willian meninggalkan kelab Brazil, Corinthians selepas mendakwa menerima ugutan bunuh dalam media sosial.

Willian membuat 45 penampilan sejak berpindah dari Arsenal musim panas tahun lalu dan hanya menyumbat satu gol.


CNA

“Willian meminta kami untuk menamatkan kontraknya.

“Kami sedih kerana dia tidak dapat bersama pasukan lagi. Semua yang dirancangkan tidak berjalan seperti dimahukan,” kata Presiden Corinthians, Duilio Monteiro Alves.

Kemuncak kepada kemelut pemain berusia 34 tahun itu timbul setelah pasukannya tewas secara agregat 0-3 kepada seteru tradisi, Flamengo pada suku akhir Copa Libertadores bulan ini.


“Apabila Corinthians tewas dan kebetulan saya beraksi, keluarga saya sering menerima ugutan dan serangan di media sosial.

“Isteri dan anak-anak saya menjadi mangsa, terbaru mereka mengancam bapa dan kakak saya,” kata Willian yang kini dikaitkan dengan Fulham.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.100774 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top