CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Stres Sekolah Haramkan Uniform Tak Berjenama

14-8-2022 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1770| Komen: 8

Description: Sebilangan ibu bapa di Britain yang bergelut untuk menyara keluarga, bimbang tidak mampu membeli pakaian seragam apabila penggal persekolahan bermula kerana beberapa buah sekolah mengharamkan pakaian ...
Sebilangan ibu bapa di Britain yang bergelut untuk menyara keluarga, bimbang tidak mampu membeli pakaian seragam apabila penggal persekolahan bermula kerana beberapa buah sekolah mengharamkan pakaian tidak berjenama, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. 


Ketika krisis kos sara hidup terus menghantui rakyat Britain, ramai ibu bapa turut diberitahu bahawa anak-anak mereka perlu memakai pakaian seragam sekolah yang berjenama.


Gambar hiasan

Ini menyebabkan mereka terpaksa membeli pakaian mahal dengan semakin ramai ibu bapa meminta bantuan daripada badan amal pakaian sekolah, lapor akhbar Mirror.

Ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah, Jenny Rosenbaum membuat petisyen supaya pihak sekolah membenarkan pakaian dari pasar raya.

“Mana lebih penting antara kanak-kanak dapat bersekolah dan mendapat pendidikan berbanding pemakaian seragam yang mahal?

“Tindakan itu adalah seperti di sekolah swasta,” katanya kepada akhbar tersebut.

Pada November tahun lalu, Jabatan Pendidikan (DfE) mengarahkan pihak sekolah untuk mengehadkan bilangan barangan berjenama untuk membantu menguruskan kos.

Tinjauan oleh Persatuan Kanak-kanak sebelum ini mendahkan bahawa ibu bapa membelanjakan £337 (RM1,818) secara purata untuk seorang anak di sekolah menengah dan £315 (RM1,699) untuk anak di sekolah rendah. 

“Kami menyediakan panduan baharu untuk pihak sekolah membantu menjadikan seragam sekolah sebagai barangan mampu milik dan memastikan nilai wang terbaik dibelanjakan oleh keluarga.

“Ini memerlukan sekolah mengekalkan penggunaan barangan berjenama pada tahap minimum dan mengehadkan penggunaannya kepada barangan kos rendah atau tahan lama,” kata seorang jurucakap DfE.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 14-8-2022 03:05 PM
Adoi sekolah nye pun bg la subsidi klu nk suruh pakai baju mahal
Quote Decaffeinated 14-8-2022 03:28 PM
Biasa yang ada uniform ni sekolah private and prestigious.

Sekolah2 biasa pakai baju biasa tapi tak kurang melawa gak.

Quote Potpouri 14-8-2022 03:55 PM
Biar betul..sekolah private kot. Sekolah biasa beli kt Asda je pun
Quote monreyes 14-8-2022 04:09 PM
zaman skolah dulu baju skolah blh tempah..skrg batang hidung tukang jahit pun x nampak..bangla je
Quote cmf_almondpecan 14-8-2022 04:18 PM
Decaffeinated replied at 14-8-2022 03:28 PM
Biasa yang ada uniform ni sekolah private and prestigious.

Sekolah2 biasa pakai baju biasa tapi tak ...

Ya. Sebab tu mak dalam artikel tu kata sekolah ni is acting like a pseudo-private school menurut article asalnya. So maknanya sekolah ni state school and not a public (meaning, private school in the UK) school.
Quote nononcrux 15-8-2022 11:43 AM
sekolah private kan.. britain kan kayo
Quote jiji85 16-8-2022 06:31 AM
dah mampu hantar anak ke private school berapa sen sangat utk uniform tu.lain la kalau skolah rakyat marhaen kesian juga aku.
Quote jalfa 16-8-2022 06:38 AM
Kat britain lantaklah..kalo kat malaysia mmg nangis.anak aku semedang je hilang .kalo yg berjenama.mesti nangis bucu bas kalo hilang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050226 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top