CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suara Saya Tak Sesuai Dengan Search - Akim

12-8-2022 10:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2344| Komen: 12|Original author: Tatod

Description: Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Akim Ahmad, meluahkan rasa gembira mengenai pemilihan bakat dari Indonesia, Denden Gonjales sebagai vokalis menyertai kumpulan Search bersama Noordin dan K ...
Sumber IG


Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Akim Ahmad, meluahkan rasa gembira mengenai pemilihan bakat dari Indonesia, Denden Gonjales sebagai vokalis menyertai kumpulan Search bersama Noordin dan Kid.

Memetik laporan Harian Metro, Akim menyifatkan 'range' suaranya bukan dalam kategori tenor sedangkan lagu-lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Search semuanya memerlukan penyanyi menarik nada tinggi.

"Range suara saya barritone dan saya kena berusaha keras sebab saya tak biasa untuk bermain di range tenor. Jadi, saya buat keputusan untuk undur diri bukan atas paksaan atau tak suka tapi kerana saya sendiri rasakan ada orang lebih sesuai berdiri di tempat itu.



"Alhamdulillah, mereka dah jumpa penyanyi yang saya rasa sesuai dengan lagu Search," katanya.

Akim bagaimanapun gembira kerana sempat beraksi bersama Search dalam persembahan di Waronk Avenue, Melaka pada April tahun lalu.

"Saya giat berlatih untuk konsert itu. Ketika berlatih hari pertama hingga ketihga memang okey. Semasa persembahan, suara sudah tiada. Maksudnya range itu saya tak biasa. Saya gunakan suara yang bukan kebiasaan saya. Jadi, tekak saya bermasalah. Lepas saja konsert saya terus tiada suara.


"Apapun, saya gembira dapat satu pengalaman berharga dengan mereka. Search memang rockstar dan saya dapat aura itu. Tak dinafikan Search satu kumpulan yang boleh menggegarkan Asia," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 12-8-2022 10:02 AM
Bagus akim ni. Matang komen dia dan sgt berilmu.
Quote LadyCarefree 12-8-2022 10:31 AM
Dendeng tu memang sesuai ganti amy eksyen tu
Quote ezacbee 12-8-2022 11:25 AM
Buruk orang tua bermasam muka.

Nasib baik akim tak cam tu..
Quote reporter_kalut 12-8-2022 12:25 PM
Bkn tak sesuai tapi tak layak.. Ini yang ramai peminat ketegaq search yg ckp..
Quote Belibis 12-8-2022 12:55 PM
Ko tak join search pun dah popular kim.lagu2 ko pun banyak yang letop.
Quote Nenasketum 12-8-2022 01:05 PM
Kim, sora ko different category kot. Uncle2 Ses suka buli orang. Arwah Yazid yang berpuluh tahun main dengan depa pun depa buat macam sampah sarap
Quote uori 12-8-2022 01:22 PM
dia nih kalau tak salah kacak jugalah tapi dah kenapa sekarang kepam sangat?
Quote DeLuna85 12-8-2022 01:25 PM
Bagus dia ni. Dia tau tempat dia di mana. Tak paksa diri. Tak la syok sendiri.
Quote dekmieDandy 15-8-2022 10:38 AM
yang sesuai suara bagi aku hazama kot

tapi dia dah ada band sendiri pulak
Quote AnnaSendin 15-8-2022 04:45 PM
Whatabout black mentor?
Quote ketupatnasi 15-8-2022 07:59 PM
Iyo.. Bagus tayah join orang tua bergaduh dek. Burokk!!
Quote domok 15-8-2022 08:32 PM
Bagus la akim ni... Sedar diri & level bakat kat mana.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073804 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top