CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penangan Drama Melur Untuk Firdaus, Peminat Indonesia Serbu Meerqeen & Anna Jobling Di Airport

15-8-2022 11:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18236| Komen: 205|Original author: Tatod

Description: Lain macam betul penangan drama Melur Untuk Firdaus apabila ketibaan pasangan teraju utama naskhah berkenaan, Meerqeen dan Anna Jobling di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta Jakarta disambut ...
Sumber IG


Lain macam betul penangan drama Melur Untuk Firdaus apabila ketibaan pasangan teraju utama naskhah berkenaan, Meerqeen dan Anna Jobling di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta Jakarta disambut meriah oleh peminatnya di Indonesia.

Menerusi laporan Kosmo! Online, Anna dalam satu kenyataan mengakui tidak menyangka kehadirannya di negara diraihkan sedemikian rupa hinggakan peminat sanggup bersesak semata-mata untuk menemui mereka.


"Memang saya terima banyak mesek di IG mahu bertemu di lapangan terbang namun tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan banyak beri hadiah hari jadi.

"Saya terharu dengan sambutan yang diberikan mereka. Terima kasih untuk semua kasih sayang ini," katanya.

Sumber IG

Difahamkan, kedua-dua pelakon itu 'terbang' ke Jakarta bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV sekali gus untuk sesi bertemu peminat di sana.

Sementara itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam mengakui mengalami sedikit gangguan keresahan apabila dikerumuni oleh peminat secara tiba-tiba.


"Drama Melur Untuk Firdaus memang berjaya menaikkan nama dan memberi impak besar dalam karier lakonan kami.

"Terima kasih buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan menunggu kehadiran kami di sini," katanya.


Untuk rekod, drama lakonan mereka tidak hanya mendapat tempat dalam kalangan peminat karya tempatan tetapi juga mencetuskan fenomena tersendiri di Indonesia, Singapura dan Filipina.

Keserasian yang ditonjolkan oleh Meerqeen dan Anna menerusi drama itu juga menyebabkan ramai peminat mula memasang impian untuk melihat aktor dan aktres itu menjadi pasangan kekasih sebenar. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-8-2022 11:57 AM
gambar si meerqeen dengan ana untuk iklan CK very the vass yachhh..tapi awat la meerqeen ni botakkan kepala dia..bayar nazar sebab da terkenal ke tu?
Quote Kancilkering 15-8-2022 12:01 PM
satu drama dh macam org gle minat padahal cerita ntah apa apa… tahniah lah dpt perhatian org seberang…..

anyway marqeen ni hensem walaupun cam HA sket…..
Quote lotionmilo 15-8-2022 12:08 PM
mamajawie replied at 15-8-2022 11:57 AM
gambar si meerqeen dengan ana untuk iklan CK very the vass yachhh..tapi awat la meerqeen ni botakkan ...

Character dia dalam nenek bongkok 3 kena botak
Quote lotionmilo 15-8-2022 12:10 PM
Baguslah depa menghargai peminat.tak sombong
Quote mamajawie 15-8-2022 12:13 PM
lotionmilo replied at 15-8-2022 12:08 PM
Character dia dalam nenek bongkok 3 kena botak

oh..dia ada drama terbaru ke?baru tau ingatkan bayar nazar gituuu

Quote LadyCarefree 15-8-2022 12:17 PM
Xhensem xlawa pon. Ni tiru cara si amel dn ediserap kah? Dedua pompan ghuper keling. Bukan racist atau kutuk keling yaaaaaa tapi rupa them both keling.
Quote nakkomenjugak 15-8-2022 12:28 PM
mujur iol telah divaksin berkurun lamanya dan tak terjangkit oleh cerita2 7 petang.
7 petang lagi ke cite2 ni? ke dah tukar waktu siaran?
Quote lotionmilo 15-8-2022 12:29 PM
mamajawie replied at 15-8-2022 12:13 PM
oh..dia ada drama terbaru ke?baru tau ingatkan bayar nazar gituuu

Yaaa.tahun depan baru tayang kat viu
Quote aleesyasofia 15-8-2022 12:33 PM
nakkomenjugak: mujur iol telah divaksin berku ...


Drama ni waktu malam ler chuolss..  9 mlm
Quote melinda_kerr 15-8-2022 01:17 PM
cantiknya Anna tu.. muka boleh pg jauh..kenapa xmasuk miss universe je
Quote GegarVaganja 15-8-2022 01:20 PM
Betul la. Baru perasan. Meerqeen ni muka zii jia versi upgraded software.

Quote jalfa 15-8-2022 01:25 PM
Cerita cam tu pon depa suka..teruk benor taste
Quote bukannonones 15-8-2022 01:47 PM
melinda_kerr replied at 15-8-2022 01:17 PM
cantiknya Anna tu.. muka boleh pg jauh..kenapa xmasuk miss universe je

Aduhai. Masuk dewi remaja pon tak mng. Blh mng miss universe ke
Quote Jajuli 15-8-2022 01:55 PM
LadyCarefree: Xhensem xlawa pon. Ni tiru car ...
samalah aku tenggok pun MCM tu, drama yg baru ni muka goodlook tapi hero Amar Baharin pula
Quote mawarkhayalan99 15-8-2022 03:04 PM
iols je ke yg x penah tengok cite theyols ni. dah lama iols x layan drama2 tibi tigasuku
Quote pauliza 15-8-2022 03:11 PM
Iols x tgk drama ni tapi dasyat jgk penangan drama ni sampaikan ada kt fb , drama melur untuk firdaus ada subtitle tagalog utk org filipina .Kalau org indonesia tgk drama kita xlah pelik sangat tapi kalau sampai filipina pun tgk tu ,kira dahsyat
Quote ekselen 15-8-2022 03:16 PM
Best ke citer deyols ni...tak plak rasa nk tgk sementelah tgk citer kol 7 or kol 9 sblm2 ni cam vavi terbang jah mesej citernya... Last ada tgk Risik pada hati tu still ok lg...tu pun tgk kt astro go jek..marathon terus mls nk tgk episod by episod...
Quote mdmy 15-8-2022 03:30 PM
pauliza replied at 15-8-2022 03:11 PM
Iols x tgk drama ni tapi dasyat jgk penangan drama ni sampaikan ada kt fb , drama melur untuk firdau ...

ini namanya rezeki. Citer tu kat sini kena kecam tapi trending kat Indo, Filipin, Brunei. Tapi adalah fans sana tanya2 kenapa macam akward sangat, lakon laki bini pun ada gap. Maybe rezeki nak ngetop kan Indo kot. Fans tunggu mcm tunggu retis Korea. Sikit lagi adalah offer tu sebab kesana pun atas invitation TV Station

Quote SalenaGomez 15-8-2022 03:36 PM
mdmy replied at 15-8-2022 03:30 PM
ini namanya rezeki. Citer tu kat sini kena kecam tapi trending kat Indo, Filipin, Brunei. Tapi ada ...

Indon kalau minat artis, mmg hard dan terus

Sebab tu sana media depa lagi dasyat dr malaysia…

Tp market sana luas, kalau femes, mmg boleh kaya

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063893 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top