CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Cari Publisti Murahan, Kekal Misteri- Rahsia Flop Poppy Kekal 30 Tahun

7-8-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1559| Komen: 14

Description: Lebih 30 tahun bertahan dalam industri seni, nama kumpulan Flop Poppy masih lagi antara menjadi sebutan ramai meskipun hari ini semakin ramai band baharu turut sama berkongsi arena memperjuangkan kary ...
Lebih 30 tahun bertahan dalam industri seni, nama kumpulan Flop Poppy masih lagi antara menjadi sebutan ramai meskipun hari ini semakin ramai band baharu turut sama berkongsi arena memperjuangkan karya mereka.


Mengekalkan nama bersih sebagai anak seni antara cara kumpulan ini untuk kekal relevan dan dalam masa mereka juga tidak mahu mencari publisiti murahan dengan kontroversi buruk kerana itu boleh menjatuhkan reputasi dalam kerjaya.

Bercakap tentang perjalanan mereka, kata Andy selaku vokalis, tidak semua kisah artis perlu dikongsi kepada umum dan ada perkara yang harus disimpan supaya ia kekal misteri.

Foto:IG

“Sepanjang berada dalam industri kami hanya fikirkan kerja dan tidak ada masa untuk lakukan perkara merepek seperti kontroversi semata-mata mahu publisiti murahan. Kalau namanya pemuzik, lebih baik fokus kepada bidang ini sahaja.

“Kerja juga sebagai satu ibadah, jadi janganlah songsangkan ibadah yang kita lakukan ini.

“Kami banyak belajar dari artis-artis lama untuk sentiasa kekal misteri. Kita tahu dalam industri ini apa sahaja yang kita lakukan akan jadi sensasi, namun ada perkara yang perlu disimpan supaya orang sentiasa tertanya-tanya,” katanya kepada mStar.


Flop Poppy mula ditubuhkan sekitar 1989 sebagai kumpulan underground dan tampil dengan album pertama berjudul The Circle of Friends pada 1991.

Selain Andy kumpulan ini dianggotai oleh Mijie selaku pemain gitar, Megat (gitar), Wandy (bes) dan Bakri (dram).

Sementara itu Andi juga sedar perkembangan semasa sekarang ini yang lebih terdedah akibat media sosial yang memudahkan orang ramai bercakap apa sahaja.

Akui terganggu apabila menerima kata-kata yang tidak elok, Andi bagaimanapun tidak mahu ambil pusing hal tersebut dan turut menasihati agar netizen lebih fokus kepada bidang kerja mereka.



“Ada ketika memanglah terganggu dengan perkembangan media sosial sekarang ini. Namun kalau dilayan, kita pula akan jadi seperti mereka. jadi lebih baik hanya buat kerja sendiri, kalau pakar dalam bidang muzik kongsikan tentang ilmu yang ada.

“Keyboard warrior ini akan tulis apa sahaja dan suka mengacau. Kalau nak dengar kata-kata mereka memang susah sebab apa yang dilalui oleh setiap orang adalah berbeza,” jelasnya.

Flop Poppy bakal mengadakan konsert mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Ogos ini dan ia merupakan lokasi pertama persembahan jelajah Masih Tour Flop Poppy.

Atas permintaan ramai peminat, Andi berharap konsert ini dapat mengembalikan nostalgia mereka yang selama ini telah banyak menyokong perjalanan seni Flop Poppy.


“Ramai peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami. Jadi dengan konsert ini kami harap dapat mengembalikan nostalgia mereka. Konsert ini juga diadakan atas permintaan ramai.

“Tahun ini kami fokus dahulu untuk selesaikan sesi jelajah dan akan perancangan lagu baharu akan dibuat tahun hadapan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .HannahMontana. 7-8-2022 11:00 AM
????????????????????????????????????           
Quote chinta89 7-8-2022 11:04 AM
wahhhh hampir kuingat diorang dh berpecah. rupanya masih utuh.
Quote belilies 7-8-2022 11:08 AM
Bukan andy flop poppy aritu curang ke? Bukan nak kata publisiti murahan. Tapi itulah.
Quote ezacbee 7-8-2022 11:45 AM
Ait tau2 ada konsert... tertinggal ketapi.

Anggota asal semua hilang kecuali andy. Group ni popular zaman lagu cinta. Dulu cute je semua, sekarang kertu dah.
Quote anilanil 7-8-2022 12:25 PM
Hmm..kalo dengar je flop poppy mesti teringat kes nikah bini no2 so called hijabista model & anak jantan dia yg nikah dgn rentua. Bukan ke tu publisiti murahan? Lagu pon one hit wonder.
Quote Nizleen86 7-8-2022 04:18 PM
Cintaku nyanyikan laguuu iniiii
Quote ReginaGeorge 7-8-2022 05:20 PM
Dia macam ni pak cik.. Daripada tenggelam sebab takda publisiti, kenalah ada sikit2 pak cik. Untuk teruskan kelangsungan hidup.Yelah, kumpulan tak berpecah. Tapi tenggelam dia sampai tak jumpa bertahun2. Rupanya masih ada lagi Kalau dah lama tenggelam, timbul kejap je.. kira tak berapa nak relevan la tu pak cik. Kena join gv la macam ni. Bagi timbul lama sikit
Quote Goodluckdontcry 7-8-2022 05:46 PM
Edited by Goodluckdontcry at 7-8-2022 06:00 PM

Ceh ko pokcik Andy..poyo je..

Dulu zaman belajar..adalah weekend den Dan teman2 den g kl sentral nk beli benda..tgk ramai org rupanya Ada promosi filem Sepi kut yg ramai2 Artis berlakon tmsk fasha Sandhya.eizlan Yusuf etc2..

Kitaorg intai2 tgk2 Dari jauh jela mcm burung unta.. kehkehkeh xkuasa nk himpit2.. lgpun kitaorg bkn batak retis.. gittew..

Tetibe de sorg mamat pakai ala2 hip hop..dgn sneaker yg warna warni..bertopi mcm die pakai ni jugak..pakai t-shirt dgn sweater licin kat luar..biar panas asal bergaya kekdahnya..dgn Bini Dan Anak 1 dlm stroller..

Dahla die yg dtg duk tepi kitaorg..pastu pndg kitaorg atas bawah dgn muka kerek nk mampus..maklumlah Kami semua pakai selipar jepun/ selipar jamban jer..mgkin xstandard diela yg berpakaian boom boom bang bang

Ko ingt ko sorg Ada Mata.. kitaorg pun tgk die juga atas bawah..den lgla dgn muka kerek triple smbl dlm Ati, ko pehal mamat..sape2 tah mamat ni??

Pastu xsmp 10 minit kitaorg blah..baik g mencekik KFC Dr duk situ..ms tgh makanla kwn den ckp..bkn Tu Andy flopp poppy ke?

Ooo ye ke..awat below par jer.... sorryla den xminat dgn group ni..eksen je lebih..lagu nan hadoo..samalah dgn perangai KO pakcik..

P/s gitu karangan SPM den dgn tajuk..saya Dan Artis..
Quote Perawankota 8-8-2022 05:00 AM
Pernah jumpa mamat ni kt area Chow Kit dekat2 tgh malam jugak tgh jalan kaki dgn sorg perempuan, Dua2 backpacking. Lama gila dah, aku pon x ingat tahun bila. Masa tu nak pi carik nasi lemak tetek tu. Tiba2 nampak dorg tgh jalan kaki..
Quote Acikgomen 8-8-2022 08:56 AM
Perawankota replied at 8-8-2022 05:00 AM
Pernah jumpa mamat ni kt area Chow Kit dekat2 tgh malam jugak tgh jalan kaki dgn sorg perempuan, Dua ...

Bini tua dia nama baby
Bini muda hijabista model tuh acik tatau nama ape
Yg mana satu chuols nampak
Quote shernazz 8-8-2022 10:13 AM
Goodluckdontcry replied at 7-8-2022 05:46 PM
Ceh ko pokcik Andy..poyo je..

Dulu zaman belajar..adalah weekend den Dan teman2 den g kl sentral nk ...

Bila uols cite pasa.filem sepi
Iols teringat zaman study pergi cineleisure
Tibe2 ada promosi filem cinta..
Rahim razali tanya iols.masa.toilet..
Awuuuu...sora dia macho.uols....

Sorry off topic..tibe2 teringat zaman tgk wayang kat cineleisure
Quote pembacagosip 8-8-2022 11:53 AM
anak dia ramai kan...tapi teringat cerita dia sambut anak kat rumah kira mcm terberanak la. cerita ngn bini 1. yg kedua i x tahu pun ngn sape dia nikoh sbb dah sendu kan....
Quote Perawankota 9-8-2022 03:05 AM
Acikgomen replied at 8-8-2022 08:56 AM
Bini tua dia nama baby
Bini muda hijabista model tuh acik tatau nama ape
Yg mana satu chuols  ...

Woww.. Tak pasti tapi Rasa2 muda lagi.. Kurus2..
Quote Acikgomen 9-8-2022 06:37 AM
Goodluckdontcry replied at 7-8-2022 05:46 PM
Ceh ko pokcik Andy..poyo je..

Dulu zaman belajar..adalah weekend den Dan teman2 den g kl sentral nk ...

Makan kepci kat kl sentral tu ke
Anak acik penah pi tinggai tumbler acik kat kepci tu sbb takut ketapi nak jalan
Dah la beratuih haku abeh duit beli bekas ayaq tuh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061172 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top