CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mata Elyana Tak Berapa Jelas, Pendengaran Rosak, Memori Hilang, Sakit Saraf, Sendi

6-8-2022 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22224| Komen: 262

Description: Akibat bertarung melawan kanser selain rawatan kemoterapi sejak 12 tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu ia mula memberi kesan sampingan terhadap dirinya seperti mengalami masalah pendengaran dan pe ...
Akibat bertarung melawan kanser selain rawatan kemoterapi sejak 12 tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu ia mula memberi kesan sampingan terhadap dirinya seperti mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.


Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dalam kalangan pesakit kanser sepertinya apatah lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan selain pengambilan ubat-ubatan.

“Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang.

“Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan,” katanya.


Foto: IG

Elyana berkongsi perkara tersebut menerusi IG story miliknya dan ia dilihat seperti menjawab persoalan seorang individu yang mendakwa dirinya lupa diri selepas disahkan bebas kanser pada Disember tahun lalu.

Penyanyi lagu Kalis Rindu ini mendedahkan menghidap kanser limfoma sejak 2010 ketika tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Pada Rabu lalu, Elyana memuat naik beberapa hantaran perbualan dengan individu yang cuba memberi nasihat namun dilihat sebagai menghina dirinya.

Perkara tersebut dilihat berlarutan apabila Elyana masih menerima jawapan balas pihak terbabit.

“Ingatkan diam dah. Baru nak maafkan. Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk beri lampu hijau mencaci, maki orang. Akhirnya dia kata kita yang tidak boleh terima nasihat.

“Zaman sekarang nasihat datang dengan pakej muslihat ke? Sehinggakan nilai nasihat itu semakin hilang,” ujarnya.

Menerusi komen individu berkenaan, dia menganggap penyanyi itu leka dengan kesihatan yang dimiliki kini.

“Melampau betul kau ini. Dah sihat macam ini pula perangai kau. Tidak boleh kena tegur. kau tengah suka penyakit dah hilang, mana perasan apa yang kau buat sekarang.

“Orang beri nasihat, kau mencabar pula. Kalau tak boleh kena tegur jangan post apa-apa. Melampau kau ini,” dakwanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 6-8-2022 09:56 AM
Kalau kita ade sakit ape2 eloknye takyah bercerita dgn org....cukup keluarga dan org yg mengubat kita je tahu...
Quote AWEKSAMURAI 6-8-2022 12:56 PM
Tengok dok melompat kat Tik Tok si Puteri janda Enang yg kena cerai talak 3 live tu okey je
Quote AWEKSAMURAI 6-8-2022 12:57 PM
kotakominami replied at 6-8-2022 09:56 AM
Kalau kita ade sakit ape2 eloknye takyah bercerita dgn org....cukup keluarga dan org yg mengubat kit ...

Ko pun content kan?? Sekarang kan trend tunjuk penderitaan sapa paling terpaling derita kat Tik Tok n medsoc
Quote makadek 6-8-2022 02:00 PM
Muakkkkkkkk terpaling sakit .....
Quote CikYaYaYa 6-8-2022 03:48 PM
Better xyah duk citer kat orang laa ko sakit sebab kadang2 orang bukan bagi semangat pon. Buat makin bertambah sakit kepala adalah. Apa pon semogaa cepat sembuh. iols tabikk laa dengan elyana nie sebab diaa kuat.
Quote supernaturalee 6-8-2022 05:04 PM
I get it u sick
Cuma psl kanser tu dh free pun

It's time to make a new song
Bkn update org ni org ni ngate psl efek ubat ms treatment sblm ni

Ade tok laki kn
Share dgn die sdh
Quote Diamondmoney 6-8-2022 05:15 PM
Ada skali aku scroll tiktok ada doc kanser kata dia minta sorg retis ni segala surat2 yg mengatakan retis ni ada kanser. Sampai skrg retis tu buat tak tau. Sb retis tu gebang ada kanser. Tp smpai skrg hidup sihat.

Sapa agaknya retis tu. Kalau aku jmpa balik tiktok tu aku share sini
Quote apikwaeh 6-8-2022 05:18 PM
supernaturalee replied at 6-8-2022 05:04 PM
I get it u sick
Cuma psl kanser tu dh free pun


Setuju. Jgn dilayan komen negative.
Org sihat pun boleh sakit
Ni iols tgk baru je up gambar freehair kat ig. Off comment
Komen negative pun sheols layan up kat igs
Cerita je lah kat suami, family..
Quote Diamondmoney 6-8-2022 05:19 PM
https://vt.tiktok.com/ZSR6tvTp6/?k=1

Gigih kan aku
Quote Black_Punk 6-8-2022 05:23 PM
Kanser hilang, tudung pun hilang gais.. terbaru dia upload pic kat ig kepala dh togel
Quote .HannahMontana. 6-8-2022 05:24 PM
kubur kirim salam
Quote minnie_mouse 6-8-2022 06:11 PM
Diamondmoney replied at 6-8-2022 05:19 PM
https://vt.tiktok.com/ZSR6tvTp6/?k=1

Gigih kan aku

Ni founder group Cancer Survivors (Malaysia).. Bagus jugak dia mintak laporan tu semua.. Tkyah la retis2 sendu dok buat drama ayaq mata ja..
Quote mamajawie 6-8-2022 06:45 PM
Black_Punk: Kanser hilang, tudung pun hila ...


Oh, patut la dan2 ig kena hack pastu terus private..rupanya kepala togel..penunggang penyakit ke ni? Huhu
Quote namieamuro 6-8-2022 08:54 PM
kt ig elyana yg free hair tu. gamba trobek ke atau latest pnye? sheols off comment disitu
Quote adikfatin 6-8-2022 10:56 PM
Tah la aku pun rasa mcm menipu je sebab nampak muka dia sihat dan rajin untuk tgk duniawi mcm sosmed. Nak husnuzzon tu mcm hmm xboleh. Yer la kata dh free kanser tp tgk la dok tagih simpati cara kata ada org dengki dgn dia la itu inilah. Maybe ni cara dia nak kutip free sumbangan kot. Cuma dia kurus tu ye lah nampak, cuma dia terlalu daring share itu ini. Org kalau dah dpt penyakit ni fikir mati je pastu xdak masa nak fikir ada kengkawan dengki itu ini
Quote awenda507 6-8-2022 11:01 PM
Black_Punk replied at 6-8-2022 05:23 PM
Kanser hilang, tudung pun hilang gais.. terbaru dia upload pic kat ig kepala dh togel

Ye ke? Alahai sygnye klu dah terbang tudung. Ade ternmpk dia pakai shawl pun da nampak rambut2. Dh gaya2 ashira sblm tudung terbang.
Quote Cumikucingku 7-8-2022 12:20 AM
Kan elok mcm arwah kak deeb..
Rahsiakan kanser sampai dia pergi...
Hanya org terdekat je tau...


Yg retis sekor ni pulak sebok jadikan sakit tu sebagai content soc med... pastu merempan dgn netijen...
Quote chekacheku 7-8-2022 12:51 AM
Rsnya dia xbtudung sgt..just aooreciate sape tah yg bg dia tdg ms dia tgh berkimo2 tu..
Quote she 7-8-2022 01:41 AM
Kenapa macik tak percaya dia sakit

Sebab 5 tahun lepas
Ada kawan sekolah macik mengaku dia kanser paru2 stage 4
Dia umum dalam group sekolah (kami dah tua2 batch 88)

Pastu semua pakat simpati
Bagi sumbangan
Buat baca yassin bagai
Dia tunjuk surat hospital Penang
Konon dia minta keluar sebab tak tahan kimo
Kira surat tu dia bertanggungjawab sendiri kalau jadi apa2 di luar hospital
Siap ada gambar xray
Gambar dia tengah pakai baju spital lah
Kira complete penceritaan dia

Nak dijadikan cerita tak lama lepas tu dia kata dia sembuh
Terkejut semua orang
Yelah setahun lepas dia umum
Masih survive siap baik

Nak dijadikan cerita
Ada member ni pergi check rekod kesihatan dia
Ternyata dia takde kanser pun
Gambar2 bukti perubatan tu semua adalah operasi ambil air sum sum dia sebab kakak dia leukimia dan dah arwah
So bila kakak dia arwah
Dia dah takde bukti semasa nak update
Jadi dia cakap dah sembuh

Motif dia buat macam tu sebab dia nak duit bantuan dari kawan
Dia suka dapat perhatian special
Nak makan pun kawan2 orderkan thru Grab

Sekarang dah kena pulau dek semua batch
Waima dah minta maaf
Tapi elok lah mati betul2

Sebab tu macik kurang percaya kalau org cakap dia kanser
Unless dia mmg warded dan ada pakar sahkan

Lihat semua komen(262)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058972 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top