CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tutup Dengan Tudung, Saya Tak Pakai Baju Ketat' - Uyaina Tak Sengaja Tayang Baby Bump

5-8-2022 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4466| Komen: 17

Description: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad terkilan apabila menjadi sasaran sesetengah individu yang mendakwa dirinya sengaja mendedahkan aurat dengan menayang 'baby bump' dalam perkongsian di media sosial. ...
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad terkilan apabila menjadi sasaran sesetengah individu yang mendakwa dirinya sengaja mendedahkan aurat dengan menayang 'baby bump' dalam perkongsian di media sosial.


Uyaina yang kini hamil lapan bulan berkata, dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya tidak mampu menutup kehamilannya itu. 


IG Uyaina

"Isu jangan tunjuk 'baby bump' banyak kali saya kena, tapi masalahnya kalau kehamilan dah masuk bulan ketujuh dan ke atas bagaimana nak sorok.. Saya bukan sengaja nak tayang bentuk kehamilan di media sosial. 

"Saya tak pakai baju ketat, malah saya tutup dengan kain tudung. Tak tahu bagaimana lagi saya nak puaskan hati orang yang mengatakan tunjuk 'baby bump' ini adalah aurat sedangkan saya menutup dengan pakaian dan bukan sengaja nak menunjuk bentuk kehamilan ini. 

"Saya juga tak faham kenapa wujud segelintir wanita yang kurang senang dengan wanita lain. Banyak hal yang sengaja dibangkitkan seolah-olah semuanya tidak sempurna di mata mereka. 

"Saya ingin jelaskan media sosial adalah sebahagian daripada kerja saya sebagai anak seni. Muat naik gambar atau video adalah tugas saya, jadi kalau ternampak 'baby bump' itu adalah sesuatu yang tidak sengaja," katanya.



Terdahulu Uyaina tampil menjawab komen seorang pengguna akaun yang mengatakan 'baby bump' yang kelihatan pada video yang dimuat naiknya itu adalah aurat dan tidak boleh didedahkan selain memohon Tuhan mengampunkan dosanya. 

"Dalam Islam... 'baby bump' itu aurat. Tidak boleh didedah. Moga Allah ampunkan dosa beliau dan kita semua. Amin,"tulis seorang pengguna media sosial. 

Menurut Uyaina, dia bagaimanapun berharap pengguna media sosial berhenti menyekat kebahagiaan orang lain dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menguris perasaan. 

"Tak boleh ke tengok orang lain gembira. Jangan rosakkan emosi orang lain yang sedang melayari kebahagiaan.  

"Baru-baru ini juga saya ada melakukan 'maternity shoot' dan bayangkan betapa ramai yang tumpang gembira dan terinspirasi. Malah ramai juga yang menyesal apabila mereka tidak berkesempatan melakukannya kerana tiada kenangan untuk disimpan. 



"Jadi janganlah ada pihak yang tergamak nak bunuh kegembiraan orang yang bakal bergelar ibu dan bapa. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kepada kehidupan mendatang. 

"Saya ingat anda respek saya sebab itu anda ikuti saya di media sosial. Tapi kalau ada komen-komen negatif, saya akan padam komen itu dan sekat," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 5-8-2022 06:46 PM
Cantik maternity shoot sheols
Ala kdg yg kecam tu tah2 pakai baju pun nampak alur bra or spentot
Dah mmg kalau perut tu besor sgt ngandung triplet ke apa nak sorok lagu mana lgi. Pakai guni???
Quote TabletSusu 5-8-2022 07:16 PM
evlinne replied at 5-8-2022 10:46 AM
Cantik maternity shoot sheols
Ala kdg yg kecam tu tah2 pakai baju pun nampak alur bra or spentot
D ...

sejak2 ada ustaz cakap baby bump tu pun aurat, habis semua yg preknan kena kecam dgn mereka2 yg lebih ustaz/ustazah perangai. sibuk jaga aurat org. sibuk tgk aurat org
Quote che-cikL 5-8-2022 07:57 PM
Sajak tu siap tulis membawa legasi Raja... Padahal namanya je pun? Ke ada dalam family tree kerabat mana2?
Quote cikpisang 5-8-2022 08:00 PM
Perut dia ni mmg nmpk besar betul. Sbb dia ni kecik je org nya depan2. Mesti la susah nak cover kan. Netizen ni mcm2 haihh
Quote beatgirlX 5-8-2022 08:04 PM
Haishh..mmg preggy dah 7-9 bln mmg nampak besar...even pakai loose pun akan nampak...
Tah la natizen skg ni..
Quote evlinne 5-8-2022 08:13 PM
TabletSusu replied at 5-8-2022 07:16 PM
sejak2 ada ustaz cakap baby bump tu pun aurat, habis semua yg preknan kena kecam dgn mereka2 yg le ...

Tu lah iols rass trend ni sejak orang duk ngata bby bump tu aurat
Dulu2 xde pulak camni
Perut klau nak masuk 5 bulan keatas mmg besarlah nk tutup camne lagi
Agak2 la netizen yg sebok duk kelek perut org ni

Yg bodoh selalunya jantan fetish perut ibu ngandung
Quote Acikgomen 5-8-2022 08:29 PM
evlinne replied at 5-8-2022 06:46 PM
Cantik maternity shoot sheols
Ala kdg yg kecam tu tah2 pakai baju pun nampak alur bra or spentot
D ...

Buat awning chuols
Sama mcm org montot bulat seketul, ko pakai lah seluaq tebai longgaq cemana pun, tehhhhtap la akan nampak bentuk montot tuh, kalo boleh hiris daging montot tu, dah hiris dah buat daging masak kicap
Quote slyfynx 5-8-2022 09:54 PM
Die ni ialah pemes sbb ape ye?
AKu just tau nama die sbb die peknen.
Pat puluh lapan ratus thread bukak spnjg pregnant.
Kasut tinggi la, sakit pinggang la
Quote bankerpencen 6-8-2022 12:04 AM
slyfynx replied at 5-8-2022 09:54 PM
Die ni ialah pemes sbb ape ye?
AKu just tau nama die sbb die peknen.
Pat puluh lapan ratus thread bu ...

Kan. Rasa macam lama pulak minah ni pregnant. Berkali-kali keluar pasal dia pregnant je
Quote rayna_raynes 6-8-2022 12:06 AM
TabletSusu replied at 5-8-2022 07:16 PM
sejak2 ada ustaz cakap baby bump tu pun aurat, habis semua yg preknan kena kecam dgn mereka2 yg le ...

Standardlah ustaz dan jantan2 taliban di tanah melayu ni. Kalau boleh nak perempuan malaysia ni berkelubung satu badan macam perempuan ereb. Dah berkelubung gitu, duduk dalam rumah jadi hamba laki jah. Kalau boleh yg mengandung disuruh ikat perut macam perempuan jepun zaman dulu supaya tak nampak lekuk lekuk femininity langsung. tapi deyols layan pornhub dengan group tele porn awek melayu vogel

Quote rayna_raynes 6-8-2022 12:07 AM
slyfynx replied at 5-8-2022 09:54 PM
Die ni ialah pemes sbb ape ye?
AKu just tau nama die sbb die peknen.
Pat puluh lapan ratus thread bu ...

Dia pelakon dan pengacara. siap femes di indo lagi sebab jadi pengacara reality show dan kena gosip dgn artis kat sana. Chuols yang tak folo perkembangan seni msia indonesia tp mewhoryus kan sheols pula

Quote eyansss 6-8-2022 02:26 AM
yahampun netizen ni pun...  aurat je yang dimemekakkan...
Quote fealefea 6-8-2022 02:36 PM
Tapi tudung die skrg dah makin ujung leher. Tetek pon da bengkak beso camtu. So jelass sgt perubahan tu.
Quote nw111 6-8-2022 03:12 PM
Ramai netizen bodo acah setajah online skrg..sebok ke hal orang..mostly bbnu...meluat..
Quote tasha 6-8-2022 03:48 PM
Uyaina ni muka biasa2 je tp aku suka tengok muka dia....
Quote CikYaYaYa 6-8-2022 04:12 PM
biasa laaa mulut netijen malaysiaa nie. Diotang emmang terrerr bab2 nilai aurat orang nie.. And ko pon kne laa pikiqq dulu sebelom up apa2 pic. Dah berani up beranii laa tanggun mulut2 puakaaa netijenn.. Lagi baikk ko buat xtau jelaa mcmm jahh bungkuss ikat tepii
Quote makadek 6-8-2022 05:00 PM
TabletSusu replied at 5-8-2022 07:16 PM
sejak2 ada ustaz cakap baby bump tu pun aurat, habis semua yg preknan kena kecam dgn mereka2 yg le ...

Kan dh benda terjojol sian betul laa jd pmpuan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057140 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top