CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Lelaki Dipenjara 4 Tahun Kerana Larikan Anjing Lady Gaga

5-8-2022 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 215| Komen: 1

Description: Mahkamah di California menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang didakwa terbabit rompakan bersenjata membabitkan anjing baka French Bulldog milik penyanyi ...
Mahkamah di California menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang didakwa terbabit rompakan bersenjata membabitkan anjing baka French Bulldog milik penyanyi terkenal, Lady Gaga.


Jaylin Keyshawn White mengaku menjadi salah seorang suspek yang menembak penjaga anjing milik Gaga, Ryan Fischer.

Dalam insiden itu, Fischer ditembak menggunakan pistol separuh automatik.


IG Lady Gaga

Ketika perbicaraan mahkamah di sini pada Rabu, White, 20, mengaku bersalah atas rompakan tahap dua dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun.


Rakaman di tempat kejadian menunjukkan sebuah kereta berhenti berhampiran Fischer, sebelum dua individu keluar dari kenderaan itu.

Salah seorangnya menuntut Fischer menyerahkan anjing sebelum berlaku pergelutan, di mana bunyi tembakan kedengaran.

Kedua-dua suspek itu kemudian menangkap anjing diberi mama Koji dan Gustav, sebelum meninggalkan Fischer yang menjerit meminta tolong.

Koji dan Gustav sudah selamat dipulangkan selepas seorang wanita membawa dua anjing berkenaan ke sebuah balai polis.

Terdahulu, Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua anjing yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembakan dan rompakan berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 5-8-2022 06:59 PM
xpasal2 dik kau masuk penjara

Lihat semua komen(1)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.077397 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top