Video yang dikongsi dua hari lalu di Instagramnya memaparkan anak keduanya sedang tidur sambil memakai selimut dari jenama terkemuka iaitu Fendi dan puting susu pula berjenama Boss. Cuba teka berapa harganya?
Memang agak mahal tapi tak membazir ke pakai barangan mahal-mahal ni?
Menjawab persoalan ini, dalam perkongsian terdahulu, Anzalna memberitahu dia tidak pernah membeli barangan tiruan untuk anaknya dan tidak kesal berhabis untuk membeli barangan yang berkualiti kerana baginya, anak-anak adalah pembawa rezeki.
Tambahnya lagi, lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama dari membeli barangan tiruan.
"No fake Stuff! Kesian anak kalau orang tau. Buat malu saja. Lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama," tulisnya.
Benar kata Anzalna dan apa salahnya jika dia memang mampu kan! Lagi pun kalau kita pakai barangan berjenama, kualitinya sudah tentu jauh lebih bagus.
Apa pun, ukurlah baju dibadan sendiri. - CARI