CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perut Buncit, Badan Hun Haqeem Jadi Gempal

5-8-2022 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6326| Komen: 35

Description: Melakonkan watak sebagai Kadir yang mempunyai saiz badan gempal antara cabaran terbesar dihadapi pelakon Hun Haqeem ketika menjayakan drama berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang ditayangkan di aplikas ...
Melakonkan watak sebagai Kadir yang mempunyai saiz badan gempal antara cabaran terbesar dihadapi pelakon Hun Haqeem ketika menjayakan drama berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang ditayangkan di aplikasi sooka ini.


Hun, 24, berkata, bagi menjayakan karakter itu, dia perlu memakai sut khas bagi memberi ilusi badan gempal yang bukan sahaja tebal tetapi panas.

Foto: IG

"Drama ini sangat mencabar kerana saya perlu mainkan dua watak berbeza. Tidak hanya itu, saya juga perlu pakai sut yang tebal dan berat.

"Dalam sehari saya kena tukar lima atau enam kali pakaian untuk dua watak tersebut.


"Bayangkan dalam keadaan cuaca panas dan pakaian yang tebal, ia bukan sesuatu yang mudah. Badan saya berpeluh tetapi itulah yang membuatkan watak saya nampak lebih real dan sut itu membantu saya menjiwai watak diberikan," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Hun ditemui ketika majlis pelancaran drama tersebut sekaligus meraikan sambutan ulang tahun pertama aplikasi sooka yang berlangsung di RexKL baru-baru ini.

Dalam pada itu, apa membuatkan Hun sanggup mengharungi pelbagai cabaran menjayakan watak Kadir adalah kerana percaya dengan kredibiliti hasil kerja dua pengarahnya, Wan Hasliza dan Wan Alak.

Hun berkata, gabungan kedua-dua pengarah itu membuatkan dia tidak berfikir panjang menerima tawaran berlakon dalam Hantu Raya Pergi Perang kerana ia bukan sekadar drama bergenre komedi seram tetapi banyak mesej baik disampaikan.



"Rasanya sesiapa sahaja yang pernah bekerjasama dengan mereka (Wan Haliza dan Wan Alak) akan cakap perkara sama. Saya amat percaya dengan kredibiliti mereka. Apabila membaca skrip saya sudah jatuh cinta dan akan terus terima kalau diberi tawaran.

“Mungkin komedi yang saya bawakan ada sedikit persamaan dalam drama sebelum ini. Namun jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan berbeza. Setiap watak yang dibawakan oleh semua pelakon memainkan peranan tersendiri,” jelasnya.



Drama lapan episod terbitan KL Motion ini memaparkan kisah masyarakat yang masih mempunyai kepercayaan kuat terhadap legenda hantu dan cerita rakyat Malaysia.

Ia merupakan kandungan eksklusif pelan sooka di bawah VIP Entertainment dan mula ditayangkan pada 24 Jun lalu.

Sementara itu, Ketua Program sooka, Emarina Kamal berkata, penghasilan drama ini juga merupakan satu eksperimen untuk menilai selera semasa penonton di Malaysia sebelum mereka tampil dengan lebih banyak kandungan berkualiti pada masa hadapan.



“Ini juga merupakan satu eksperimen untuk melihat kesukaan penonton supaya kami boleh tampil dengan pelbagai kandungan di masa akan datang.

“Saya sendiri tidak sangka drama ini sangat baik dan berkualiti. Ia juga satu karya yang berbeza dan mampu memberi kelainan untuk penonton,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 5-8-2022 11:32 AM
gambar yang pakai baju pink gemok tu macam ex kawan aku
cin* bukit tapi pitih banyak. sampai skang masih contact walaupun dah ex
untuk sesi geli2 each time mamat tu mai kl
Quote shernazz 5-8-2022 11:33 AM
Gambo baju pink.tu iols.ingatkan fendi balas raja.lawak.tu..
Quote nawtylulu 5-8-2022 11:37 AM
aiyooo blh laaaa.. nsb hesmes..
Quote prince_marhaen 5-8-2022 11:44 AM
...still terbayang aksi susu pekat heols... LOL!
Quote brown_pupil 5-8-2022 02:07 PM
memang mcm ni la badan heols masa gemuk dulu..

tak cenggitu hun?
Quote mamajawie 5-8-2022 02:55 PM
prince_marhaen replied at 5-8-2022 11:44 AM
...still terbayang aksi susu pekat heols... LOL!

lorhhh ade vid leak gak ke si hunk ni?

Quote prince_marhaen 5-8-2022 03:03 PM
mamajawie replied at 5-8-2022 02:55 PM
lorhhh ade vid leak gak ke si hunk ni?

lahhhhh lepas ngetoppp drama kampung people lah mama...sana sini orang share.. hihiihihi
Quote KBW2 5-8-2022 03:04 PM
another farid kamil, sentiasa nampak busuk kepam tak mandi. At least farid tinggi.
Quote mamajawie 5-8-2022 03:06 PM
prince_marhaen replied at 5-8-2022 03:03 PM
lahhhhh lepas ngetoppp drama kampung people lah mama...sana sini orang share.. hihiihihi

yeke?alamak iollss terlepas ktm la..mohon share link please..wakakkakaka

Quote lattehazelnut 5-8-2022 03:45 PM
KBW2 replied at 5-8-2022 03:04 PM
another farid kamil, sentiasa nampak busuk kepam tak mandi. At least farid tinggi.

Comel je i rasa..
Habis tu kau nak mekap tebal mcm duda kpop tu ke.
Quote KBW2 5-8-2022 03:52 PM
lattehazelnut replied at 5-8-2022 03:45 PM
Comel je i rasa..
Habis tu kau nak mekap tebal mcm duda kpop tu ke.

Dalam dunia ada dua jenis lelaki jah kah? Yang kepam tak mandi dan jenis Kpop pakai mekap?
Quote KamikuP 5-8-2022 03:58 PM
mamajawie: yeke?alamak iollss terlepas ktm la..mohon share link please..wakakkakaka

Aiyo mama kat twidderjaya dah lama bergentayangan susu pekat si hun ni mama... ekekeke

Quote sleepandream 5-8-2022 05:23 PM
badan heols memang jenis senang bambam pun khen....
ke sebab heols pendek?
Quote dekmieDandy 5-8-2022 06:04 PM
tak hensem la rambut panjang

cuba buat rambut pendek sikit
Quote I.K.A888990 5-8-2022 07:20 PM
nasib la dia ni herlok sikit nk tgk
bole la nnt layan citer ni
Quote dudaberhias 5-8-2022 07:29 PM
prince_marhaen replied at 5-8-2022 11:44 AM
...still terbayang aksi susu pekat heols... LOL!

khen... pekat likat gittewww... persis santan kelapa kara walaupun gendut... adik heshe pun confirm lah sama kan pekat likat... cumanya di mana akan tumpahnya small dick kalau bukan sesama adik beradik...
Quote Mina2215 5-8-2022 08:49 PM
Alololoh comel nye gendut tuu
Quote Reira77 6-8-2022 12:19 AM
Teringat sheols macam kena bahan dengan abil time datang untuk melodi sebab dia pendek. Redha je muka heols.
Quote ibugarang 6-8-2022 01:27 AM
Reira77 replied at 6-8-2022 12:19 AM
Teringat sheols macam kena bahan dengan abil time datang untuk melodi sebab dia pendek. Redha je muk ...

Mmg pendek ke heols ni? Start tengok dia dlm kg people tu..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.194449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top