CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Seminggu Ni Kami Banyak Diam” – Hafiz Mahamad Syukur Isteri Dah Mula Senyum

4-8-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3265| Komen: 8

Description: Pempengaruh, Hafiz Mahamad menyatakan rasa syukur dan gembiranya melihat keceriaan yang terpancar daripada isteri, Syafiqah Aina.
Pempengaruh, Hafiz Mahamad menyatakan rasa syukur dan gembiranya melihat keceriaan yang terpancar daripada isteri, Syafiqah Aina.

Baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada 26 Julai lalu, Hafiz berkongsi perkembangan mereka sekeluarga menerusi satu hantaran terkini di Instagram.


IG Hafiz

“Seminggu ni, memang saya & Aina banyak diam. Kurang berbual & saya kesian bila tengah malam dia kena pump susu, kadang sampai tertidur duduk.

“Saya nak ajak bergurau/bercakap pun takut, sebab setiap kali tgk muka “ini signal” tak kena ni hehe,” kongsinya jujur.




Hafiz pada masa sama turut berkongsi momen di mana dia dan isteri saling memohon maaf atas khilaf masing-masing.

“Masuk je bilik, saya terus minta maaf. Bagi dia masa sikit & terus dapat whatsapp “sayang minta maaf kalau terlalu emotional lately” ni. Alhamdulilah ini yang saya nak selama berkahwin, kita tak panjangkan cerita tu tapi kita cepat berbaik.

“Harini Alhamdulilah, dia dah start senyum & nampak segar balik. Kalini punya melahirkan, sangat mencabar. Hampir seminggu dah anak ke 2 saya lahir & setiap hari kena ke klinik/hospital sebab baby kuning & kakak yang sulung tu demam," tambahnya.

Dia juga mengakui dirinya menyedari keyakinan isterinya yang menurun selepas melahirkan anak.



“Macam-macam perkara dia akan rasa “rasa diri dah tak cantik, badan dah hancur & lain lain.” Kalau bab emosi, itu memang tak stabil.

“Ainaa, apa pun awak rasa. Abang nak awak tahu, sampai bila bila pun awak adalah wanita yg cantik. Bukan sweet talker ni, tapi ini hakikatnya,” tulisnya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 4-8-2022 11:49 PM
Alhamdulillah.. sesungguhnya diam itu lebih baik [em:4:]
Quote indenial 5-8-2022 09:10 AM
Bini kau pun stress dengan kau tahfiz oi
Quote margo20 5-8-2022 11:28 AM
kiki bini diam pun nak komen bini membebel lg lahh
Quote AKAZ85 8-8-2022 07:32 AM
Ntah2 bini diam makan hati.. Bukan boleh percaya sangat yang suka flex kebahagiaan dekat medsos ni
Quote johnantak 8-8-2022 08:47 AM
AKAZ85 replied at 8-8-2022 07:32 AM
Ntah2 bini diam makan hati.. Bukan boleh percaya sangat yang suka flex kebahagiaan dekat medsos ni

indeed




,
Quote vanillaninja 8-8-2022 10:09 AM
Serabutnya la baca caption panjang2 ni.
Quote sheetRock 8-8-2022 11:00 AM
pelik...

nape kat forum CARI... AINA dan TAHFIZ nih cam sendu je.... benang dia pun cam tak byk komen...

tapi kat IG.... bkn men lagi...

mereka nih KAYA, HEBAT, PEMURAH, CONTENT pun cam sentiasa ader... kadang siap kuar news lagi.... mcm2 lagi laaaaaaa....

mereka ni mmg bkn level2 forum CARI kah..

Quote uori 8-8-2022 01:24 PM
sheetRock replied at 8-8-2022 11:00 AM
pelik...

nape kat forum CARI... AINA dan TAHFIZ nih cam sendu je.... benang dia pun cam tak byk kom ...

nampaknya forumer lebih awal mengambil langkah untuk DIAM

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051360 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top