CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Tunggu Masa Nak Kahwin Lagi Walau Setiap Hari Menangis Ingat Siti Sarah

4-8-2022 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5182| Komen: 33

Description: Hampir setahun pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib Sepahtu berkata sehingga kini dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama arwah.
Hampir setahun pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib Sepahtu berkata sehingga kini dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama arwah.


Bagi mengisi kerinduan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, berkata, dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak bagi mengalih perhatiannya.

Foto: IG

"Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan arwah Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia.

"Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini.


"Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Shuib berkata sepanjang setahun pemergian isterinya dia dapat merasakan seperti arwah masih hidup, lebih-lebih lagi apabila melihat video dan foto kenangan yang dirakam.

Bagaimanapun dia enggan terus melayan perasaan kerana menyedari anak-anak memerlukan dirinya sebagai kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu.


"Yang perit tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik arwah kongsi video-video lama... rasa rindu tapi dia dah tak ada.

"Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu.



"Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya," katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin lagi, Shuib berkata dia tidak menolak sebarang kemungkinan itu memandangkan anak-anak masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.



"Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya... tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai jodoh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai.

"Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak.


"Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini... bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak," ujarnya.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.


Arwah Siti Sarah meninggalkan dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, setahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 4-8-2022 03:46 PM
Dasar... Kawin je le soeb oii..
Quote Manjahati 4-8-2022 03:49 PM
X habis habis lg…move on jer lah
Quote rbmy 4-8-2022 03:59 PM
reporter_kalut replied at 4-8-2022 03:46 PM
Dasar... Kawin je le soeb oii..

dia hint dulu supaya netizen tak kecam.

Quote ReginaGeorge 4-8-2022 04:00 PM
Siapa admin ig arwah
Quote Mizlyn 4-8-2022 04:00 PM
Cepattt laaa kawinnnnn soibbbb.. Jgn menangis lagii.. Burukkkss
Quote reporter_kalut 4-8-2022 04:01 PM
rbmy replied at 4-8-2022 03:59 PM
dia hint dulu supaya netizen tak kecam.

Dah byk kali bg hint dah tu..
Quote rbmy 4-8-2022 04:19 PM
reporter_kalut replied at 4-8-2022 04:01 PM
Dah byk kali bg hint dah tu..

asal dia teringin dia hint. asal hint dia teringin hahahahhahaha
Quote reporter_kalut 4-8-2022 04:21 PM
rbmy replied at 4-8-2022 04:19 PM
asal dia teringin dia hint. asal hint dia teringin hahahahhahaha

Dia ingat kita tak nampak tu..
Quote royaldanish 4-8-2022 04:25 PM
kawen ngan tok bida ka?
Quote reporter_kalut 4-8-2022 04:26 PM
royaldanish replied at 4-8-2022 04:25 PM
kawen ngan tok bida ka?

Huntung jugak tu.. Papa dan anak2 pasti disayangi..
Quote jalfa 4-8-2022 04:32 PM
Kesian soieb muda lagi kan..barang nak kena asah selalu biasa ada bini tetibe tak de...kawan laki aku baru 6 bulan laki mati dah kawen lain dah...tu pompuan dekkk...ini lelaki memang wajib carikla...kalo tok vida pon ok sebab dua dua kaya sekufu...mesti comel anak gabungan dna depa
Quote guesswho09 4-8-2022 04:37 PM
Khairul abdullah elok je jaga anak2
Masih belum ada pengganti jgk lagi
Quote elzy 4-8-2022 04:39 PM
Hurrrmmmm macamlah netizen dok mengharap hang kawen.. Ikut sukahati kau la Soeb..
Asyik meratap sana sini jaja cerita, lama-lama meluat..
Quote puteribunga 4-8-2022 04:45 PM
kawin je la soeb... takde sapa yang kisah pun...bising
Quote Miss.Rara 4-8-2022 05:06 PM
untung laaa duda atau janda mudah benoooo dapat jodoh baru..

yang single betahun tak jugak jumpa sorang pun jodoh...

huhuhuhu...
Quote AbukRokok 4-8-2022 05:07 PM
hari hari mcm ni penat la sial
chauchinchowcharkuetiaw
Quote epal_putih 4-8-2022 05:10 PM
Menyampah dh dgn  citer ib nk kawen
Kut munggg la
Quote orkid_amani 4-8-2022 05:21 PM
guesswho09 replied at 4-8-2022 04:37 PM
Khairul abdullah elok je jaga anak2
Masih belum ada pengganti jgk lagi

Tuu la..rasanya ank dia pun dah masuk kindergarten pun..masa dia launching buku diari super daddy tu kn ramai gila mak2 yg mencari buku tu. diorang beli utk bagi moral support utk dia..
Quote matseh 4-8-2022 05:22 PM
Buat apa kawin, cari la GF ramai2.
Komitmen ni leceh la..duit banyak. Tak nak kawin pun ramai yg nak

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076343 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top