CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aizat Amdan Tayang Bakal Isteri, Nak Kahwin 14 Ogos

3-8-2022 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8621| Komen: 52

Description: Aizat Amdan berkongsi khabar gembira bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hatinya iaitu Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos depan.
Aizat Amdan berkongsi khabar gembira bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hatinya iaitu Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos depan.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 33, memberitahu hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas Elyssa, 34, meluahkan keyakinan untuk menjadikan dia sebagai suami.

Foto: mStar Online

"Sekian lama orang asyik bertanya tentang jodoh. Akhirnya sekarang saya boleh kongsi tentang perkahwinan.

"Sebenarnya saya sendiri pun tidak yakin untuk berkahwin. Tetapi dia yang membuat saya percaya untuk kami melangkah ke fasa seterusnya.


"Disebabkan dia yakin untuk jadikan saya sebagai suami, maka kami buat keputusan untuk berkahwin," katanya.



Aizat ditemui ketika pelancaran lagu baharu berjudul Hanya Kita Dua di Pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Lagu ciptaan bersama Mel Ramlan itu juga menjadi hadiah istimewa Aizat untuk bakal isteri tercinta.

Berkongsi mengenai persiapan menjelang hari bahagia, Aizat berkata segalanya berjalan lancar dan majlis pernikahan serta resepsi akan berlangsung di Puchong, Selangor.


Pasangan ini mula berkenalan sekitar tiga tahun lalu dan keputusan untuk berkahwin atas persetujuan bersama.

"Kami tak pernah pun berbual soal kahwin. Kemudian ada satu hari kami bercakap mana hala tuju hubungan ini.

"Ketika itulah baru serius untuk berkahwin dan saya berjumpa keluarga Elyssa... itu lebih utama.

"Dia banyak beri idea dan semangat dalam kerja. Saya sukakan wanita yang ada ciri-ciri itu," ujarnya.


Elyssa yang sebelum ini bertugas sebagai kakitangan kerajaan kini bekerja sepenuhnya sebagai pengurus kerjaya seni Aizat.

Bercakap mengenai lagu baharunya, Aizat berkata ia sudah dicipta sejak dua tahun lalu dan sekarang adalah masa terbaik untuk dilancarkan.



"Selalunya lagu-lagu perkahwinan lebih berentak perlahan, tetapi kali ini saya tampil dengan lagu rancak.

"Ia bagaikan satu cara untuk meraikan hubungan kami," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 3-8-2022 05:36 PM
Tahniahhhhhhhhh
Quote rosedemon 3-8-2022 06:11 PM
hm okayyyyyyyyy. xsepadan buat whatevahhh
Quote nakkomenjugak 3-8-2022 06:13 PM
Okay lettewww
jenis2 gegadis rebel
suka ko laaa jat oii
Quote ezacbee 3-8-2022 06:14 PM
Tahniah! harap2 lagu kawen sedap laa..

Orang gomen rupanya..
Quote lattehazelnut 3-8-2022 06:17 PM
rosedemon replied at 3-8-2022 06:11 PM
hm okayyyyyyyyy. xsepadan buat whatevahhh

Habis tu sape yg sepadan dgn aizat
Quote lee_sakura 3-8-2022 06:37 PM
tahniah moga bahagia hingga ke syurga
Quote codenamedream 3-8-2022 06:44 PM
lattehazelnut replied at 3-8-2022 06:17 PM
Habis tu sape yg sepadan dgn aizat

Anna jobling
Quote fadz84 3-8-2022 06:52 PM
Edited by fadz84 at 3-8-2022 06:53 PM

Pompuan ni yg ckp hati terbuka nk buat Aizat suami lps imamkan solat dia tu kan? Tahniah btw..
Quote miamiot 3-8-2022 07:09 PM
Muka dia mcm wartawan senior tv3 yg ddk kat London tu ... Haliza Hashim ...sedara mara ke
Quote Nenasketum 3-8-2022 07:11 PM
Dia ni weight macam yo yo ek. Tahniah yerk, anak musti comey
Quote Rogue98 3-8-2022 07:12 PM
Cantik gak...congrats Aizat...
Quote jalfa 3-8-2022 07:14 PM
So x jadi la aizat medunia kat us
Quote sleepandream 3-8-2022 07:22 PM
dolu bukan ke kata aizat nak ikut jejak yuna... menyanyi kt sana pulak...
Quote I.K.A888990 3-8-2022 07:42 PM
tahniah la dik
Quote Mary_jane 3-8-2022 08:13 PM
Melebar balik Aizat ni. Moga dipermudahkan majlis kawen nya nanti.
Quote ReginaGeorge 3-8-2022 08:15 PM
Disebabkan dia yakin untuk jadikan saya sebagai suami, maka kami buat keputusan untuk berkahwin.

OK, GOOD LUCK
Quote wallflower 3-8-2022 08:16 PM
Ingatkan grungee tadi
Quote .HannahMontana. 3-8-2022 08:18 PM
syukurlahhh ada juga tempat dia nak cucuk nanti
Quote slyfynx 3-8-2022 08:25 PM
Tetibe teringat tweet Liyana Jasmay

Hopefully he will win, amin. Miss he


circa 2010 rasenye

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053619 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top