CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cukup Empat Anak, Adira Nekad Nak Tutup 'Kilang'

3-8-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1670| Komen: 3

Description: Sedang sarat mengandung tujuh bulan, penyanyi Adira Suhaimi mahu 'tutup kilang' selepas memiliki empat cahaya mata.
Sedang sarat mengandung tujuh bulan, penyanyi Adira Suhaimi mahu 'tutup kilang' selepas memiliki empat cahaya mata.

Dijangka melahirkan anak keempat hujung September atau Oktober depan, penyanyi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta itu berasakan cukuplah jika dikurniakan dua pasang cahaya mata.

Foto: IG

"Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.

"Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.

"Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan.



"Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah...

"Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya," katanya kepada BH Online.



Pendedahan kehamilan itu turut menjawab teka-teki bertebaran, sejak bulan lalu menerusi video dimuat naik yang menampakkan 'baby bump' ketika bersama tiga anaknya.

Memilih tidak terlalu aktif, Adira bersyukur, pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.


"Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan.

"Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG).

"Kali ini, saya aktif dan agak lasak," katanya.


Dalam pada itu, mengulas jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia itu belum bersedia mendedahkan.

"Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata.

"Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada," katanya.


Kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 3-8-2022 02:56 PM
Awal2 lagi reporter ni dah spill the tea mentioned cukuplah dgn dua pasang anak...
Hujung2 artikel Adira tak nak dedahkan jantina anak dlm kandungan
Quote rosedemon 3-8-2022 06:08 PM
kesahhhhh ko nk tutp kilang ke bukak kilang ke
Quote reporter_kalut 3-8-2022 08:43 PM
Cerita mcm ni pun nak bgtau ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044409 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top