CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Taylor Swift Dikecam Peminat Jadi Penyumbang Terbesar Pencemaran CO2

3-8-2022 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 361| Komen: 0

Description: Penyanyi terkenal Taylor Swift dinamakan sebagai penyumbang terbesar pencemaran karbon dioksida (CO2) dalam kalangan selebriti pada tahun ini.Penarafan itu dibuat menerusi satu kajian baharu yang mend ...
Penyanyi terkenal Taylor Swift dinamakan sebagai penyumbang terbesar pencemaran karbon dioksida (CO2) dalam kalangan selebriti pada tahun ini.

Penarafan itu dibuat menerusi satu kajian baharu yang mendapati jet peribadi milik Swift sudah melakukan sebanyak 170 penerbangan sejak Januari lalu.


Getty Image

Kajian oleh firma pemasaran digital, Britain Yard adalah berdasarkan analisis penerbangan pesawat peribadi yang dikesan oleh penjejak penerbangan automatik Celebrity Jets.

Lapor Daily Mail, kajian itu mendapati jet peribadi Swift mencatatkan pelepasan CO2 paling banyak dalam tempoh berkenaan.



Daily Mail

Dalam senarai itu, Swift menewaskan legenda tinju, Floyd Mayweather dengan menduduki tempat teratas.

Selain itu, artis lain seperti penyanyi Jay Z, Blake Shelton, pengarah Steven Spielberg, Kim Kardashian, Mark Wahlberg dan Oprah Winfrey turut berada dalam senarai 10 penyumbang terbesar CO2 dalam kalangan selebriti.


Daily Mail

Sementara itu, jurucakap Swift menafikan laporan tersebut selepas dikecam para peminat dengan mendakwa penyanyi itu sering membenarkan orang lain membawa jet Falcon 7X miliknya untuk melancong di seluruh dunia.

“Jet peribadi Swift dipinjamkan secara berkala kepada individu lain,” katanya kepada Rolling Stone.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

| Komen di Forum

Komen Terbaru

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074580 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top