CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rody Kristal Rasa Ada Yang Tak Kena Berambut Pendek

6-7-2022 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1855| Komen: 6

Description: Rody Kristal yang kini berambut pendek menegaskan tidak akan kekal dengan imej itu kerana lagi selesa berambut panjang.Rody, 36, atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkata, dia terpaksa menjalan ...
Rody Kristal yang kini berambut pendek menegaskan tidak akan kekal dengan imej itu kerana lagi selesa berambut panjang.

Rody, 36, atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkata, dia terpaksa menjalani rawatan menanam rambut pada awal Februari lalu disebabkan masalah rambut rosak teruk yang dialaminya.


Kredit foto: IG Rody

"Saya tampil dengan rambut pendek sekarang kerana mengalami masalah rambut rosak yang memerlukan saya menjalani proses menanam semula rambut yang memakan belanja RM6,000.

"Rawatan tanam semula rambut ini terpaksa saya buat sebagai langkah terakhir untuk mengatasi masalah rambut rosak teruk dialami selama ini. Lagi pula, saya tak boleh terus biarkan rambut ini rosak tanpa membuat rawatan," katanya.


Kata pemain gitar utama kumpulan Kristal itu, jiwa pemuzik rock yang sebati dalam dirinya tidak memungkinkan dia kekal dengan imej rambut pendek itu.



Katanya, dia rindu dengan rambut lamanya dan nekad akan membiarkan ia panjang semula seperti dulu.

"Saya memang lebih selesa lagi dengan imej rambut panjang. Apabila, tampil dengan rambut pendek begini, saya dah tak seperti imej anggota Kristal yang lain dengan rambut panjang mereka. Rasa macam ada tak kenalah dan kurang.


Kredit foto: IG Rody

"Jadi, saya akan biarkan rambut ini panjang semula dan takkan sesekali memotongnya lagi," kata bapa dua anak ini meskipun dia kelihatan agak muda dengan imej rambut pendek itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 6-7-2022 09:49 AM
lahh ke sbb rambut pjg sbrnya bermasalah? ada lebih baik pendek kan jer rambut. alaaa dah tua2 ni xyh ler rambut pjg2 mengurai..
Quote mizruncing 6-7-2022 12:34 PM
aah nampak pelik dia rambut pendek
Quote CariMalay 6-7-2022 04:10 PM
Apa yang nampak muda bila rambut pendek? Aku tengok nampak tua je
Quote anony-mous 6-7-2022 08:03 PM
CariMalay replied at 6-7-2022 04:10 PM
Apa yang nampak muda bila rambut pendek? Aku tengok nampak tua je

I pon nmpk heols tua 10thn dari masa berambut pnjang.
Quote Suchi 6-7-2022 08:07 PM
Rambut dia dr dulu ada masalah kan? Rambut ni kena potong selalu baru lebih sihat.
Mcm pokok la selalu trim tumbuh lagi merimbun.
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 11:08 PM
tanam rambut???

mengubah ciptaan Allah

ish ish ish

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.139670 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top