CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Baju Biasa, Diri Tegak Je Pun Boleh Berghairah Kalau Dah Bernafsu - Beby Acha

5-7-2022 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1501| Komen: 5

Description: Penyanyi Beby Acha menafikan bergelek ketika membuat persembahan untuk menarik penonton berasa ghairah.Beby Acha, 31, berkata, dia terlalu bergelek ataupun tidak ketika menyanyi, kalau orang yang meno ...
Penyanyi Beby Acha menafikan bergelek ketika membuat persembahan untuk menarik penonton berasa ghairah.

Beby Acha, 31, berkata, dia terlalu bergelek ataupun tidak ketika menyanyi, kalau orang yang menonton itu sudah bernafsu dan cepat berasa ghairah, memang tak boleh nak buat apa.



IG Beby Acha

"Macam saya, tidaklah terlalu bergelek ketika menari di pentas. Hanya buat gelek yang 'simple', sedap mata memandang dan tidak begitu 'over'. Tapi, ada saja yang cakap, itu dah nampak mengghairahkan.

"Pada saya, soal menari gelek mengghairahkan ini bergantung kepada pandangan penonton itu juga. Kadang-kadang, memang kita tak gelek pun, pakai baju biasa saja dan hanya berdiri tegak, tapi ada juga yang cakap dah nampak ghairah. Ini semua 'pandangan mata' masing-masing," katanya.


Terdahulu, Beby Acha sudah merakamkan tiga lagu dangdut nyanyiannya iaitu Anje Baby, Mama Bonita dan Jerung Merah yang berjaya menarik perhatian penonton.

Malah, muzik video lagu Jerung Merah juga pernah didakwa berbaur lucah.

Kini muncul lagi dengan single terbaharu Uda Dan Dara, Beby Acha cuba mempelbagaikan genre muziknya dengan mencuba irama pop.

Katanya, apatah lagi single itu turut dipilih menjadi lagu OST drama Ada Apa Dengan Saka di TV9.

"Walaupun saya suka menyanyi lagu bergenre dangdut, namun saya juga sentiasa bersedia menyanyikan lagu genre lain. Bagi saya, sebagai penyanyi harus berani mencuba dan versatil.

"Apapun, saya sudah membuat yang terbaik untuk single Uda Dan Dara ini. Harapan saya agar ia mendapat perhatian baik pendengar," katanya yang juga adik Allahyarham Achik Spin dan kakak kepada Tajul.


IG Beby Acha

Mengakui perjalanan karier muziknya masih jauh, Beby Acha berkata sekarang dia mahu memberi fokus kepada karier dulu berbanding berkahwin.

Katanya, masih banyak yang diimpikan belum tercapai berikutan dia bermula dalam industri pada usia agak lewat.

"Saya baharu beberapa tahun aktif menyanyi. Malah, impian nak ada satu album sendiri pun belum tercapai lagi. Jadi, buat masa sekarang saya belum terfikir mahu berumah tangga," katanya yang sudah ada insan istimewa di hati, namun dirahsiakan identitinya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-7-2022 01:17 AM
Nafsu manusia ni pelik2.. Tengok pagar pon boleh teransang, apatah lagi klu tgk orang bergelek..
Quote KamikuP 6-7-2022 02:06 PM
Org yg nama beby beby ni mmg spesis birah ke cuolls?
Quote makadek 6-7-2022 02:08 PM
Birah mana plak cukup la ade barbi shima try hard sendurina
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 02:10 PM
tukar je nama jadi beby denyut

Quote greantea 6-7-2022 02:19 PM
kalo ketat melekat bukan namanya baju biasa. jadi logik la org berghairah. sdgkan y pakai purdah pon org leh imejin mcm2.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049515 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top