CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Nak Beli Seluar Dalam Pun Berkira, Sekarang Iqbal Beli Banglo RM5 Juta Di Kawasan Elit

2-7-2022 02:05 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6310| Komen: 71|Original author: LilRose

Description: Lali dengan kecaman netizen, terbaru, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli dikecam menjalankan perniagaan haram pula selepas membeli sebuah banglo berharga RM5 juta di Bangsar, Kuala Lumpur.
Kredit foto: IG


Lali dengan kecaman netizen, terbaru, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli dikecam menjalankan perniagaan haram pula selepas membeli sebuah banglo berharga RM5 juta di Bangsar, Kuala Lumpur.

Berkongsi tangkap layar laporan mStar di Instastory, Iqbal menjelaskan kejayaannya hari ini adalah usahanya yang dilakukan diam-diam selama ini.


Kredit foto: IG


Terdahulu, Iqbal berkata kepada mStar bahawa dia bakal berpindah ke kediaman barunya itu selepas sebulan melakukan urusan jual beli daripada pemilik asal.
 
"Sekarang ini rasanya lebih mudah tinggal di tengah-tengah bandar. Rumah ini bukan sahaja untuk tempat tinggal tetapi boleh dijadikan pejabat untuk saya bekerja.



Kredit foto: IG

"Dapat rumah baharu mestilah saya juga mahu perabot baharu. Perabot lama ada yang akan saya bagi kepada orang lain dan jual semula dengan harga lebih murah.

"Selain siapkan bilik untuk anak, saya juga akan buat rumah untuk kucing-kucing saya nanti. Rasanya jumlah keseluruhan untuk pindah rumah ini tidak kurang daripada RM7 juta," katanya kepada mStar.

Iqbal juga berharap kediaman baru ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain seperti mengadakan majlis agama dengan menjemput anak pelajar tahfiz atau anak yatim.


Kredit foto: IG

Walaupun baru sahaja diubah suai oleh pemilik sebelum ini, Iqbal tetap mahu melakukan sedikit kerja-kerja pengubahsuaian dan mengubah hiasan dalamannya mengikut citarasa sendiri

Iqbal sebelum itu berkongsi kepada Kosmo! Onlinemengenai tip menjaga seluar dalam.

“Minta maaf saya nak jawab soalan ini dengan serius. Saya beli banyak supaya boleh tukar dua hingga tiga helai sehari.


Kredit foto: IG

“Dahulu sewaktu tidak mampu, saya sangat berkira dan fikir ‘sudahlah mahal, bukannya orang nampak’. Sedangkan seluar dalam lebih penting daripada pakaian lain.

“Jaga kebersihan, jangan pakai yang sudah koyak. Seolah-olah kita tak jaga kebersihan,” kongsinya.

Kalau Datuk Seri Vida ada beberapa perabot untuk koleksi tudungnya, mungkinkah Iqbal bakal menyediakan perabot khas untuk seluar dalamnya pula? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 2-7-2022 02:17 PM
apa nama produk die?
Quote dino 2-7-2022 02:20 PM
dok kwsn elit tp bengap wat apa
cer mingle dgb geng elit tu mesti depa krik2 tgk ko sembang
Quote Diamje 2-7-2022 02:22 PM
Sis percaya die ni mmg byk duit walau produk tu tk nmpak. Sbb ramai founder timbang kilo yg jual produk dalam negeri shaja (mostly pntai timur) mmg kaya. Diorg ni ada peminat produk diorg sndri.. jd kalau mcm iqbal ni die keje dgn tok vida..dn ada produk sndri..logik la die byk duit.
Quote shinyoung 2-7-2022 02:34 PM
Asl sembang je berjuta..hebat founder2 ni kalah elon musk
Quote tukul 2-7-2022 02:41 PM
Bkn thread sebelah founder x mampu bayo range rover sampai kena dapatkan court order nak suruh pulangkan kereta.... hahaha
Quote sora13 2-7-2022 02:49 PM
Macam mana dia ni tiba2 boleh jadi kaya ya. Masa kecoh2 dia nak kahwin DSV dulu dia dok menyewa kat Alam Sari tu, duit utilities pun tak mampu bayar, lepas tu ada hati nak minta balik deposit. Siap ngaku tu rumah dia padahal menyewa je.
Quote hzln 2-7-2022 02:55 PM
Sembang bukan main
Sekali rekod dgn lhdn pun takdak
Quote prizadane 2-7-2022 02:56 PM
Masalahnya yang kat Mont Kiara tu nak beli ke sewa? Dah kenapa owner choosy nak pembeli baru ada kriteria tertentu? Kosser ah…
Quote dejure 2-7-2022 03:04 PM
Aku kalau setakat tunjuk gambar sign2 ni sorrylah mmg takkan percaya.kau tunjuk dulu segala geran rumah ni nama kau baru aku caya.cukup2lah nak memperbodohkan org.sama la juga dgn si km kepam tu.setakat tunjuk kunci aje mmg susah aku nak caya.sekali sewa aje..
Quote ketupatnasi 2-7-2022 03:06 PM
shinyoung replied at 2-7-2022 02:34 PM
Asl sembang je berjuta..hebat founder2 ni kalah elon musk

Heshe pun jual segala estate dok dalam rumah kotak jahhhh
Quote miss_perfect 2-7-2022 03:50 PM
Sebenarnya dia ni meniaga apa?
Quote ezacbee 2-7-2022 03:58 PM
miss_perfect replied at 2-7-2022 03:50 PM
Sebenarnya dia ni meniaga apa?

Perfume IBA. Slalu dengar kat radio klasik. Dengar suara dia cepat2 aku tukar ch radio.


Quote ezacbee 2-7-2022 04:00 PM
Kebanyakan founder ni penyewa je. Ada komen2 suh tunjuk geran semua. Haremmm tak layan.
Quote ezacbee 2-7-2022 04:01 PM
Kebanyakan founder ni penyewa je. Ada komen2 suh tunjuk geran semua. Haremmm tak layan.
Quote KucingBiru 2-7-2022 04:08 PM
dejure replied at 2-7-2022 03:04 PM
Aku kalau setakat tunjuk gambar sign2 ni sorrylah mmg takkan percaya.kau tunjuk dulu segala geran ru ...

Laa KM kepam tu rumah sewa ke? Dah tu apsal dia membongak pasal satisfy kerja ID bagai?
Quote DianaSaksen 2-7-2022 04:09 PM
Kaya macam Robert kuok ke c Iqbal ni ?
Quote Belibis 2-7-2022 04:10 PM
shinyoung replied at 2-7-2022 02:34 PM
Asl sembang je berjuta..hebat founder2 ni kalah elon musk

Elon mask selamba berjean dan tshirt jer jumpa joko mask.
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 04:16 PM
dino replied at 2-7-2022 02:20 PM
dok kwsn elit tp bengap wat apa
cer mingle dgb geng elit tu mesti depa krik2 tgk ko sembang

apa barbie dia citer spendar ni dino??
elok la digelar ikbal spendar




Quote dino 2-7-2022 04:44 PM
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 04:16 PM
apa barbie dia citer spendar ni dino??
elok la digelar ikbal spendar

nak kata artis pun bkn.. ensem? bygkan ensem tp lembam?

yg heran knp bg die limelight ni haha
nak kata bg inspirasi mmg yilek haha

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.307173 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top