CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

80 Sen Sekilo Caj Hantar Ayam, Bantu Peniaga Angkat Barangan Pun Kena Caj!

1-7-2022 08:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1409| Komen: 9

Description: Peniaga yang mengenakan caj tambahan 'memotong' ayam perlu mempamerkannya pada tanda harga sebagai sebagai caj perkhidmatan.
Peniaga yang mengenakan caj tambahan 'memotong' ayam perlu mempamerkannya pada tanda harga sebagai sebagai caj perkhidmatan.

Walaupun perkhidmatan itu tidak menyalahi sebarang peraturan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), namun pelanggan mempunyai hak untuk menolak perkhidmatan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Muhamad Radzi Johari, setakat ini pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak memaparkan tanda harga sahaja dan bukan caj tambahan memotong ayam.


Gambar hiasan/The Sun Daily

“Pihak peniaga perlulah meletakkan tanda harga yang jelas, maknanya kalau katakan dia (peniaga) mengambil kos untuk memotong (ayam), maka tanda harga bagi kos tersebut perlulah dipamerkan dengan jelas supaya ia menjadi satu option (pilihan) kepada pengguna sama ada sanggup untuk membayar kos tersebut bagi tujuan pemotongan ataupun membeli pada sekadar harga yang telah ditetapkan sahaja,” katannya.

Muhamad Radzi berkata demikian kepada media selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan sempena penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam (PHMATA) di sebuah pasar raya di sini, pada Jumaat.

Beliau turut memaklumkan, hasil pemeriksaan dan pemantauan PHMATA, semua barangan didapati dijual mengikut harga maksimum yang ditetapkan.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan pembekal di Pulau Pinang mengenakan caj tambahan antara 60 sen hingga 80 sen bagi setiap sekilogram ayam yang dihantar.

Caj tambahan itu dikenakan bermula hari ini, susulan penetapan harga siling runcit ayam standard bagi Semenanjung Malaysia pada RM9.40 sekilogram.

Peniaga ayam di Pasar Awam Pulau Tikus, Abd Rahim Abdul Rahman berkata, harga ayam yang dikenakan pembekal tidak masuk akal dan tanpa mengikut harga yang ditetapkan.

"Pembekal ikut harga mereka sendiri dengan mengenakan caj penghantaran antara 60 sen hingga 80 sen malah bantu peniaga angkat barangan pun mereka caj.

"Kalau peniaga juga kenakan caj potong ayam bagi menampung kos itu, berapa pula harga yang kami boleh jual kepada pelanggan," katanya ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Ayam Pulau Pinang Azizul Rahman berkata, peningkatan harga berkenaan hanya menimbulkan keresahan dan tekanan kepada peniaga.

"Kami mencadangkan supaya kerajaan memberi semula hak penyembelihan ayam di negeri ini kepada peniaga.

"Jika diberi hak penyembelihan ayam kepada peniaga, kita percaya akan dapat jual ayam pada harga lebih rendah," katanya.


Sumber: AWANI/Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 1-7-2022 08:32 PM
Pulau Tikus tu yang tak menahan tu
Quote Decaffeinated 1-7-2022 11:36 PM
Kesian pula peniaga kecil ni.

Aku percaya ja masalah ni bermula pada pangkal rantaian. Selebihnya compunding effect.

Quote Mulotkoyak 2-7-2022 09:56 AM
Tlg kurangkan ramtaian sub. Insyallah harga murah. Ini x lepas penternak, pembida,  pengumpul, peraih pengangkutan, pembawa, pentroli br ke pasaraya dan penjual. Byk sgt sub sub unit tuh. Mane x mhl.
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 10:08 AM
habis tu.. angkat barang free2 ikhlas tak payah bayar apa2 ke??



Quote orkid_amani 2-7-2022 10:13 AM
kakikuDibibirmu replied at 1-7-2022 08:32 PM
Pulau Tikus tu yang tak menahan tu {: ...

Haa mmg ada nama pulau tikus kat Penang sis.between gurney & street quay..
Quote Perawankota 3-7-2022 01:45 AM
Ingat LG masa bulan 7,8 Lepas PKP march 2020.. Aku pi lah penang. bila dpt tau area pulau Tikus ni ada kes covid, terus rasa seram sejuk nak lalu belah2 sana..
Tapi skang orang dah buat tak kisah, wlupon kes covid masih byk..
Quote supernaturalee 3-7-2022 01:53 AM
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 10:08 AM
habis tu.. angkat barang free2 ikhlas tak payah bayar apa2 ke??

Pahala menanti



Quote SonicSiLandak 3-7-2022 09:04 AM

alhamdulillah


Quote epullipan 4-7-2022 09:18 AM
benda selagi boleh sauk untung kasi sauk banyak2

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061137 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top