CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mak Bapa Dia Anggap Aku Terhibur Anak Dia Terpaling Comel,"-Azhan Rani

1-7-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3215| Komen: 8

Description: Azhan Rani mengakui pernah berdepan gangguan bunyi bising ketika menonton wayang di pawagam.
Azhan Rani mengakui pernah berdepan gangguan bunyi bising ketika menonton wayang di pawagam.

Jelas Azhan dia cuba untuk menegur perbuatan kanak-kanak itu kepada ibu bapanya, namun dikhuatiri mengguris perasaan ibu bapa tersebut.


Foto: IG

“Pernah juga terjadi. Bukan ketika menonton wayang Mat Kilau, cerita lain, filem aksi Hollywood dulu.

“Melalak dalam panggung satu hal. Selepas itu main tendang-tendang kerusi aku dari belakang gelak-gelak. Emak bapa dia anggap aku terhibur anak dia terpaling comel.

“Nak tegur nanti sentap pula. Tak tegur nanti silap-silap bersalin dalam panggung wayang pun dia kata normal,” katanya sambil berseloroh.




Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik pelakon itu, Azhan Rani berkata demikian dengan merujuk artikel hiburan berhubung ada kanak-kanak menangis dalam panggung wayang ketika tayangan filem Mat Kilau.

Dalam hantaran sama Azhan Rani turut berjenaka bila mana dia bakal menonton filem Mat Kilau.



“Aku belum tengok Mat Kilau lagi. Jangan sampai orang lain tengok pakai tanjak. Aku tengok siap keris di pinggang,” katanya lagi.

Untuk rekod, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Isnin lalu sudah meraih kutipan melebihi RM12 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di pawagam. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 1-7-2022 12:23 PM
poyo lah engkau nih...boleh tahan kaki merempan jugak ye
Quote Perawankota 1-7-2022 08:41 PM
Ko bleach rambut mcmtu je, dah mcm kaler mat rempit ok
Quote LadyCarefree 1-7-2022 08:52 PM
Sejenis doktor perasan cantik bini doktor poyo perasan bapa terpaling biar anak twins lari2 dalam plane seolah2 anak2 dia cute bijak cerdas dan semua suka.
Quote Buritan 1-7-2022 09:09 PM
LadyCarefree replied at 1-7-2022 08:52 PM
Sejenis doktor perasan cantik bini doktor poyo perasan bapa terpaling biar anak twins lari2 dalam pl ...

Dokto sms laa tuu.. lantakkan ajo
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 09:12 PM
edoraixora replied at 1-7-2022 12:23 PM
poyo lah engkau nih...boleh tahan kaki merempan jugak ye

mmg poyo pun dora.. sejak2 berlakon jadi ustaz lorong

kira dia dah level rosyam la

puihhhhhhhhhhhhhhhhh


Quote dekmieDandy 4-7-2022 09:55 AM
tengah tengok mat kilau semalam, ada budak row depan aku tu gi bantai bukak ipad tengok cerita ejen ali

tahan jelar yerk, lama tak tengok wayang gamaknya, lupa ada kid friendly hall

pastu row belakang ada yang bawak baby. peliknyelar perangai parent kat malaysia ni
Quote mamaazim 4-7-2022 11:41 AM
iye malam tadi pun cam tu.. ada 2 orang budak tu dr row tengah mula2 pegi row atas paling kiri lepas tu pegi ko row kanan paling atas pulak.. so supect diorg ni gi family ramai2 tp tak duduk sekali.. org dah lah nak fefeing.. lepas tu ada yg bukak hp masa tengah wayang tu pas tu dengarlah org dalam tepon tu pot pet pot pet.. tak faham ku dengan orang2 kita ni..
Quote wickedwisdom 4-7-2022 11:49 AM
common sense takde sesetengah parents ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052704 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top