Baru-baru ni, tular kisah mengenai seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Jalan Besar Singapura. Wanita itu dan rakannya telah mendakwan bahawa mereka telah digigit oleh pepijat ketika menginap di hotel itu.
Wanita yang dikenali sebagai Sophia Boo itu telah memuatnaik insiden yang menimpa dirinya di akaun Facebook. Menurut wanita ini, dia dan rakannya telah menempah hotel tersebut melalui AirBnB selama dua malam.
Pada malam pertama, wanita ini telah terjaga dari tidur selepas dia tidak boleh berhenti menggaru badannya kerana terlalu gatal. Pada keesokan hari, wanita ini dan rakannya telah menemui dua ekor pepijat.
Situasi menjadi semakin parah apabila bintik-bintik merah mula naik pada badan mereka dan akhirnya mereka telah membuat aduan kepada pihak hotel tersebut. Menurut wanita itu, pada mulanya pihak hotel itu meminta maaf di atas kejadian yang menimpa mereka dan membuat tawaran untuk menukarkan mereka ke bilik lain dan memanggil pest control untuk memeriksa dan membunuh pepijat yang terdapat di dalam bilik itu.
Selain itu, pihak hotel itu juga menawarkan khidmat basuh baju kepada mereka. Namun selepas ditukar ke bilik baru, mereka berdua sekali lagi menemui pepijat di atas katil.
Wanita itu juga mendedahkan bahawa pihak hotel tidak memberikan full refund kepada mereka selepas insiden itu berlaku. Mereka juga tidak mengesyorkan orang lain untuk menginap di hotel itu untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. -CARI