Fokus
Fokus 30-6-2022 07:59 PM 1036 Views
DescriptionBaru-baru ini, tular video dari negara jiran yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai pbrwwsnp ...

ADVERTISEMENT


Sumber: Tiktok pbrwwsnpmgks


Baru-baru ini, tular video dari negara jiran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai pbrwwsnpmgks. Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk di tepi jalan. Apabila ditanya mengapa dia tidak ke sekolah, kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia telah berhenti sekolah untuk membantu ibunya berniaga demi mencari sesuap nasi. 

Kanak-kanak yang tidak dikenali namanya itu memberitahu bahawa ayahnya telah meninggal sewaktu dia berada di dalam kandungan ibunya. Kini dia telah berusia 10 tahun, maka dia ingin mengambil tanggungjawab untuk menolong ibunya. Dia juga akui bahawa dia ikhlas untuk membantu ibunya dan tiada sesiapa memaksanya untuk berhenti sekolah dan berniaga. 


Kanak-kanak ini juga berkata dia tidak bermain seperti kanak-kanak lain yang sebaya umurnya kerana mereka selalu mengejeknya tiada ayah. Dia juga selalu dibuli dimana rakan-rakan sebayanya selalu meminta wang daripadanya. 

Untuk pengetahuan semua, video itu telah mendapat sebanyak 26 juta tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan nasib yang dilalui oleh kanak-kanak itu. Disamping itu, ramai juga yang mendoakan semoga urusan kanak-kanak itu dan ibunya dipermudahkan dan semoga mereka memperoleh rezeki yang melimpah ruah. -CARI

Sumber: Tiktok pbrwwsnpmgks

Original author: Cinta Erina

Prev.:Lelaki Suka 'Show Off' Jenama Mewah Cenderung Untuk Curang

Next:Majikan Tersilap "Transfer", Pekerja Lari Selepas Dapat 286 Kali Ganda Dari Gaji Asal


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
che-cikL 1-7-2022 03:52 PM
berita caprut.jpg