CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Suka 'Show Off' Jenama Mewah Cenderung Untuk Curang

30-6-2022 07:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1589| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Gambar Hiasan (Sumber Google)Berdasarkan satu kaji selidik baharu yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lelaki yang gemar menunjuk-nunjuk jenama produk yang dipakai oleh mereka cenderung untuk ...
Gambar Hiasan (Sumber Google)


Berdasarkan satu kaji selidik baharu yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lelaki yang gemar menunjuk-nunjuk jenama produk yang dipakai oleh mereka cenderung untuk tidak setia dan sering curang terhadap pasangan.

Memetik laporan MailOnline, pakar psikologi, Daniel Kruger menyimpulkan lelaki yang memilih sesebuah produk dengan jenama yang lebih terserlah adalah golongan yang mudah bertukar pasangan dan sukar untuk memberikan komitmen dalam sesebuah hubungan.

Lelaki golongan itu sengaja mempamerkan logo jenama yang jelas pada pandangan orang lain terutama wanita kerana membuatkan mereka kelihatan lebih menarik.

Gambar Hiasan (Sumber Google)

"Produk mewah menampilkan logo jelas serta besar meningkatkan rasa persaingan sosial dan tarikan kepada jantina yang berlainan, manakala logo kecil meningkatkan persepsi menjadi lebih dipercayai dan boleh dipercayai," kata Kruger.

Kajian yang dijalankan itu membabitkan 376 pelajar kolej sebagai responden ditunjukkan baju polo jenama Ralph Lauren dengan logo ikoniknya di sebelah kiri.

Ada dua jenis kemeja-T yang ditunjukkan, satu dengan logo kecil dan satu lagi dengan logo ekuestrian yang lebih besar dan menonjol.

Mereka kemudian diminat membayangkan seorang lelaki sama ada yang memakai baju polo dengan logo kecil atau besar.

Gambar Hiasan (Sumber Google)

Responden kemudian diminta untuk menjawab beberapa soalan membabitkan pelbagai aspek mengenai tanggapan mereka mengenai lelaki dalam imej tersebut dan memberikan skor pada skala 0 hingga 100.

Hasilnya, responde menilai lelaki yang memakai polo dengan logo jenama besar lebih berminat dalam hubungan jangka pendek dan cenderung untuk curang serta kurang berminat memberikan komitmen kepada pasangan.

"Kecenderungan memilih hubungan jangka pendek boleh diterjemahkan oleh sesetengah individu sebagai mudah curang. Kami tidak menghuraikan perkara ini secara mendalam tetapi cukup konsisten dengan melihat pada corak umum yang wujud daripada hasil kajian," kata Kruger.

Gambar Hiasan (Sumber Google)

Tapi, ini kajian kat luar negara, di Malaysia lain agaknya kan? -CARI








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 1-7-2022 09:33 AM
Ring ring Mas Khandar.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050702 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top