CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bila Saya Chat Lelaki, Terus Badan Saya Lebam," - Netizen Risau Gadis Tak Sedar Dirinya Mangsa Penderaan Domestik

30-6-2022 07:39 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1385| Komen: 0|Original author: Cinta Erina

Description: Untuk pengetahuan semua, kajian The Lancet pernah mendedahkan bahawa satu dalam setiap empat wanita di seluruh dunia pernah menjadi mangsa keganasan pasangan mereka sebelum usia mereka mencecah 50 tah ...
Sumber: Google Image 


Untuk pengetahuan semua, kajian The Lancet pernah mendedahkan bahawa satu dalam setiap empat wanita di seluruh dunia pernah menjadi mangsa keganasan pasangan mereka sebelum usia mereka mencecah 50 tahun namun tahap keganasan yang tinggi lebih banyak berlaku kepada wanita muda lingkungan umur 15 tahun hingga 19 tahun. 

Keganasan domestik yang dilakukan oleh pasangan wanita-wanita ini termasuklah penderaan fizikal dan seksual yang melibatkan suami dan teman lelaki. 

Sumber: Google Image

Di Malaysia juga kita seringkali mendengar kes di mana wanita dipukul sehingga cedera malah ada yang meragut nyawa wanita itu sendiri. Hal ini sangat merisaukan. 

Baru-baru ini, satu perkongsian telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Pedoqpop. Menerusi posting itu, kelihatan pengguna Twitter itu telah mendapat mesej mengenai luahan perasaan seorang wanita yang tidak dikenali identitinya. 


Menurut wanita itu, dia sedang dalam perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya dan semua hal berkenaan dengan perkahwinan akan ditanggung oleh kekasihnya. Keluarga kekasih wanita itu juga melayani dia dengan baik sekali. Namun, wanita itu tidak dapat menerima hakikat bahawa kekasihnya kuat cemburu dan tidak membenarkan dia untuk menghantar mesej kepada mana-mana lelaki walaupun pelanggannya sendiri. 

Tambah wanita itu, dia pernah dipukul sehingga lebam kerana menghantar mesej kepada rakan sekerjanya. Setiap kali lelaki itu memukulnya, pasti wanita itu akan dibawa ke klinik untuk dirawat dan seperti biasa kekasihnya akan meminta maaf sepert dia menyesal dengan perlakuannya itu. Wanita itu juga mahu meminta pendapat dari netizen. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata wanita itu seperti tidak sedar bahawa dia merupakan mangsa penderaan domestik dan meminta wanita itu untuk meninggalkan lelaki itu sebelum terlambat. -CARI

Sumber: Twitter Pedoqpop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042180 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top