CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tersentuh Hati Mummy," - Memey Suhaiza Terharu Melihat Interview Norman Dan Danish Hakim

30-6-2022 06:30 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1508| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini, Memey Suhaiza telah memuatnaik video baru di akaun Instagram miliknya yang memaparkan temubual Norman Hakim dan Danish Hakim menerusi rancangan Tangisan Di Baitullah yang diterbitkan ol ...
Sumber: Instagram Memey Suhaiza


Baru-baru ini, Memey Suhaiza telah memuatnaik video baru di akaun Instagram miliknya yang memaparkan temubual Norman Hakim dan Danish Hakim menerusi rancangan Tangisan Di Baitullah yang diterbitkan oleh TV Alhijrah. 

Menurut Memey, hatinya berasa sangat tersentuh apabila melihat temubual di antara Norman dan anaknya Danish. Memey juga berharap agar ukhuwah dan kasih sayang antara mereka sekeluarga sentiasa terjalin baik sehingga akhir hayat. Memey juga sempat memohon maaf kepada Danish di atas segala kekurangannya sebagai seorang ibu. 



Menerusi video itu, Danish berkata dia berasa sangat bersyukur apabila melihat Memey dan ibunya Abby berpelukan. Semasa menceritakan mengenai momen indah itu,  Danish kelihatan menahan sebak kerana sangat bersyukur apabila seluruh keluarganya bersatu.

Sumber: Google Image

Lembut dan sangat baik tutur kata Danish yang mengatakan bahawa Allah telah aturkan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Dalam setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya dan perancangan Allah itu lebih baik. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu melihat sesi temubual itu. Di samping itu, netizen juga mendoakan kesejahteraan keluarga Norman dan Memey dan tidak dilupakan kepada Abby sekeluarga. -CARI

Sumber: Instagram Memey Suhaiza


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takayama 1-7-2022 05:17 AM
xde org nak komen maka kaka komen lah, alhamdulillah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047196 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top