CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Gigit Bayi Empat Bulan Sampai Mati, Meroyan Ke?

30-6-2022 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 697| Komen: 4

Description: BIMA: Seorang ibu muda di Nusa Tenggara Barat tergamak menggigit bayinya yang berusia empat bulan sehingga maut.
BIMA: Seorang ibu muda di Nusa Tenggara Barat tergamak menggigit bayinya yang berusia empat bulan sehingga maut.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Desa Rasabou di Bima kelmarin, pada pukul 3 petang waktu tempatan.


Ketua Polis Bolo, Hanafi mengesahkan insiden itu dan memaklumkan siasatan sedang berlangsung.

Gambar Hiasan

“Polis sudah menahan suspek dan siasatan rapi sedang berlangsung bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Dalam pada itu, bapa saudara suspek yang dikenali sebagai Nurdin menceritakan, dia pada mulanya tidak menyedari insiden yang berlaku sehingga mendapati ramai jiran berkumpul di rumah anak saudaranya.


Lantas, Nurdin segera naik ke atas dan mendapati bayi suspek berusia empat bulan mengalami kecederaan parah dan sudah tidak bernyawa.

“Saya berasa amat terkejut apabila dimaklumkan anak saudara saya menggigit bayinya hingga maut.

“Kami sekeluarga menyedari sikap suspek sedikit berbeza beberapa hari sebelum kejadian berlaku.

“Dia tidak boleh ditegur dan cepat marah. Malah, saya juga pernah diancam dengan parang dan mengugut untuk membakar rumah saya,” ujar Nurdin.

Sehubungan itu, lelaki tersebut tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia 25 tahun mempunyai masalah gangguan jiwa sehingga sanggup menggigit bayinya.

Berdasarkan pemeriksaan di hospital, terdapat banyak kesan luka dan lebam pada badan bayi tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xAthenax 30-6-2022 02:52 PM
Ibu dia vampire?
Quote CaTtLeRaNcH 30-6-2022 03:03 PM
Apa nak heran klu ada masalah mental atau meroyan, yg di tanah air ni tak gila pun ada je yg flush anak dlm jamban.
Quote orkidorkido 30-6-2022 03:08 PM
Pelik pelik betul la kisah dari nusantara ni
Quote Artemesiaa 30-6-2022 03:21 PM
Kes meroyan ler tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043109 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top