CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Biru' Muka Doktor, Wanita Mengandung Luar Rahim Degil Nak Jumpa Bidan

30-6-2022 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1790| Komen: 7

Description: PETALING JAYA – Seorang pesakit mengambil keputusan mahu berjumpa bidan untuk mengurut kononnya membetulkan rahim, selepas dia disahkan kandungan luar rahim.
PETALING JAYA – Seorang pesakit mengambil keputusan mahu berjumpa bidan untuk mengurut kononnya membetulkan rahim, selepas dia disahkan kandungan luar rahim.

Kisah itu dikongsikan seorang pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi akaun Twitter yang menceritakan, wanita berusia 20-an itu pada awalnya ke bahagian kecemasan serta mengadu sakit perut.

“Pada mula ingat keracunan makanan dan bila dibuat ujian kehamilan rupanya positif. Barulah dia sedar dia tak datang haid lebih sebulan. Ingatkan biasa sebab haid memang tak menentu,” katanya pada hantaran tersebut.

Bagaimanapun, sewaktu menjalani ultrasound, rahim wanita itu kosong dan apabila beralih ke sebelah kanan, ada ‘bengkak’ di kawasan tiub fallopian dan ‘free fluid’ di rongga badan.

Foto: Twitter Dr. Samhan


“Kandungan luar rahim dan kemungkinan besar darah dari kandungan luar rahim telah pecah. Tekanan darah si ibu masih stabil. Hasil pemeriksaan doktor sakit puan disahkan mengandung luar rahim dan perlu menjalani pembedahan segera,” ujarnya.

Dr. Ahmad Samhan berkata, pesakit itu memberitahu suaminya masih dalam perjalanan dari Johor serta tiada keluarganya bersama.

Ujarnya lagi, ibu pesakit itu menyuruhnya pulang serta berjumpa dengan bidan untuk mengurut kononnya membetulkan rahim supaya kandungan boleh masuk ke dalam rahim.

“Terus ‘biru’ muka doktor sakit puan dengan keputusan dibuat pesakit. Dalam 30 minit kemudian, denyut nadi semakin naik, tekanan darah semakin turun dan muka semakin pucat. Dia rasa nak pitam,jantung berdenyut laju serta perut terasa perit,” ujarnya.

Katanya, pesakit itu kemudian bersetuju melakukan pembedahan dan hasilnya, dia hilang darah hampir empat liter serta dapat diselamatkan namun, kandungan dan tiub fallopion di sebelah kanan terpaksa dibuang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 30-6-2022 01:01 PM
artikel ni pening sedikit, yang ini reaksi doc tu ka bila tahu pesakit ambik jalan tradisional....

Dalam 30 minit kemudian, denyut nadi semakin naik, tekanan darah semakin turun dan muka semakin pucat. Dia rasa nak pitam,jantung berdenyut laju serta perut terasa perit,” ujarnya.


Quote asfaz 30-6-2022 01:12 PM
Haiyooo beraninya nak urut . Kandungan luar rahim tu.
Quote cikatilia 30-6-2022 02:09 PM
kakak aku dulu pernah jadi mcm gini... sakit woo...
benda pecah dlm perut.. kena buang sebelah tiub... kena pantang semua and lepas tu kalau nak ada anak lagi chance dah tinggal 50% aje

berani ya nak ke bomoh jua.. mmg menundang
Quote Artemesiaa 30-6-2022 02:16 PM
Nasib dia ikut nasihat doktor kalau tak boleh mengancam nyawanya
Quote azimodin 30-6-2022 02:45 PM
Bahaya wei.. aku hampir mati disebabkan benda ni, sampai rahim pon rosak. Lepas ni kalau nak mengandung pon susah.. bukan sebab tiub dah tinggal sebelah, sebab rahim pon cacat. Naik ambulance muka dah biru, tangan kaki dah sejuk.. sebelum tolak ot doktor siap bgtau lagi kalau terpaksa dorang akan buang terus rahim.
Quote Suchi 30-6-2022 02:49 PM
cikatilia replied at 30-6-2022 02:09 PM
kakak aku dulu pernah jadi mcm gini... sakit woo...
benda pecah dlm perut.. kena buang sebelah tiub. ...

Iols tinggal sebelah tiub fallopio gak, lepas 5 bulan kena opret tu iols pregnant lagi.
Mcm tak sangka gak sbb ramai kata nnt lagi susah nak pregnant lagi bagai.
Tp doc pun ada ckp jgn risau sbb tiap bulan bukan ovari yg sama je kuarkan telur tu. Mcm iols dah takde belah kanan kot ke kiri, lupa plak belah mana yg kena potong tu.

Katalah belah kiri kena potong, mestilah belah situ telur takleh nak bergerak dh takde tiub kn.
Macam Sariyanti dia pun penah kena ectopic pregnancy gak masa baru kawen ngn Jep tu. So kena potong gak sebelah tp lepas tu elok je lekat lagi dah tu berderet plak kn huhu.
Quote Chah21 1-7-2022 12:08 AM
Dun worry kan sis.. senior i 6 org dh anknya,kawen 7 tahun.. sebelah tube jgk ada

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045281 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top