CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Tinggal Seorang Diri Dalam Rumah Daif, Mana Pergi 16 Orang Anak Tak Tolong Jaga?

30-6-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6311| Komen: 87

Description: REMBAU – Tiada siapa me­nyangka seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak kini terpaksa hidup bersendirian di sebuah rumah daif di Seremban.
REMBAU – Tiada siapa me­nyangka seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak kini terpaksa hidup bersendirian di sebuah rumah daif di Seremban.

Situasi menyayat hati itu disaksikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff dan sekumpulan pegawai kementerian yang melakukan program turun padang untuk menyantuni masyarakat setempat kelmarin.

Menurut Siti Zailah, pihaknya baharu sahaja menyantuni warga emas berusia lingkungan 70-an itu yang tinggal bersendirian di sebuah penempatan di Seremban.

Foto: Kosmo


Katanya, warga emas ber­kenaan mempunyai 16 orang anak hasil empat perkahwinan dan ada antaranya menjawat jawatan sebagai penjawat awam.


“Anak 16 orang, keadaan rumah yang sangat daif, agak tak selesa.

“Lebih 30 sukarelawan termasuk kakitangan agensi kerajaan serta pihak berkuasa datang mencuci rumahnya.

“Walau siapapun bapa kita, dia bapa kita. Tiada orang lain boleh ganti bapa kita. Saya sa­ngat tersentuh hati apabila dia ada 16 orang anak, tetapi terpaksa mengharapkan jiran dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui sempena Program Jelajah Skuad Waja Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Batang Nyamor di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Siti Zailah mengharapkan agar anak-anak di luar sana dapat menghargai dan bertanggungjawab kepada orang tua masing-masing.

“Macam warga emas ini, anak-anaknya ada datang, namun ha­nya sampai di pintu rumah sahaja dan tidak masuk ke dalam. JKM dah bantu melalui elaun warga emas sejak tahun 2017 lagi.

“Ini antara beberapa kes yang kita santuni bersama Skuad Waja dan kita ada lebih kurang 320,000 ahli Skuad Waja yang bersedia bergerak secara sukarela membantu golongan memerlukan,” katanya. -CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 30-6-2022 10:49 AM
Bini 4, anak 16.. Dah tua duduk sorang2..

Camne la perangai waktu muda ek..
Quote Lily_Elizabeth_ 30-6-2022 10:50 AM
Cam jemuan. Garang maybe. Kedekut maybe. Tak ajar agama maybe.

Hempph.
Satu kerja lak idup lama nak susahkan kerajaan tolong.
Quote JunkMail 30-6-2022 10:56 AM
Bini 4 kot.... Possiblity tak peduli pun anak dia 16 orang sejenis penderma je agaknya. Bz layan pompuan maybe?
Quote Carcosa 30-6-2022 10:57 AM
Halah halah NGO ponn. Kau kenal ke org tua tu??
Dlm 16 16 anak dia, takkan sekor pon takde rasa simpati kalau dia org tua yg baik?? Fikirkanlah.
Byk je kita baca berita2 yg kurang enak, psl Bapak2 drpd neraka jahannam ni.
Takpayah lah nak budget "Walau bagaimanapun dia, dia tetap ayah kita". Wtf sgt. Kalau dia perangai hamjad (takpayah tulis lah apa kan), takkan nak bela dia dlm kemewahan? Mampos situ sudah
Quote gigahertz 30-6-2022 11:06 AM
Carcosa: Halah halah NGO ponn. Kau kenal ke org tua tu??Dlm 16 16 anak dia, takkan sekor pon takde rasa simpati kalau dia org tua yg baik?? Fikirkanlah.Byk je  ...

I ada juga bapa i gini. kind of kahwin lain. mak i x habis edah dia kahwin lain.
u bayangkan hari ini cerai bulan depan nikah
sekali Allah nak tunjuk bini baru jenis dua personaliti.
mak i tahan dgn mak i 30 tahun. bini baru tahan 5 tahun jer
Quote kelip2_07 30-6-2022 11:08 AM
cer cek rekod dlu2 cmne lyn ank bini
Quote nurul_akmar 30-6-2022 11:08 AM
marilah kita dgr 2-2 belah pihak.
Quote shernazz 30-6-2022 11:10 AM
Harap anaknya bg statement nanti
Quote dua_chzy 30-6-2022 11:10 AM
Ini namanya cash. Setiap effect hada cause, and vice versa.
Quote kam3n 30-6-2022 11:13 AM
Anak bukan pelaburan masa depan.
Quote CaTtLeRaNcH 30-6-2022 11:15 AM
Klu mak bapak perangai tak semegah time muda2 dlu memg patut la jugak ditgglkan aku rasa dari bela karang anak jdi sewel dendam kat mk bpk  dikeratnya mak bapak 14 susah jugak baik biar je tggu JKM hangkut
Quote Mary_jane 30-6-2022 11:18 AM
Mesti atok ni ada sejarah silam yang dia tak reveal kat YB.
Quote ifanonline 30-6-2022 11:19 AM
nak kawin ramai boleh, tapi pastikan isteri2 dan anak2 are well managed...hanya org2 kaya shj boleh berbini ramai...people need to understand, family is an insitution that needs to be govern and managed properly...
Quote Prickford 30-6-2022 11:21 AM
Bila sembang anak itu rezeki. Tapi amanah utk jaga anak tak pikir. Reti nak crett jerrr...
Quote monreyes 30-6-2022 11:24 AM
masa sedap2 dgn bini no. 2, abaikan yang 1st, dan seterusnya...
last2 trus lost contact dgn anak bini...
malulah kalau nak cari semula...
biasanya gitu la kan....
Quote mojarean_X 30-6-2022 11:38 AM
walau sejahat mana ibu bapa tu still kita kena berbakti pd mereka. x semua orang dpt berbakti pd ibu bapa mereka...
Quote naina 30-6-2022 11:38 AM
Mesti ada cerita sebelah pihak ni..
Tak.mungkin la 16 anak tu semua takda sorang peduli
Ntah2 anak pun tak kenal bapak..dah kwen 4 mana sempat nak tilik anak sorang2.
Kesian..makan pakai keperluan cukup ke tak tu
Harap2 ada anak yang berbunyi
Quote glump 30-6-2022 11:47 AM
memang harap anak boleh tengok bapaknya.. tapi tu jangan harap ..siap2 saving je masuk umah org tua2 . bukan menghina tapi lebih terjaga dari tinggal sorang2 gini. risau2
Quote allshares 30-6-2022 11:50 AM
“Walau siapapun bapa kita, dia bapa kita. Tiada orang lain boleh ganti bapa kita."

Jadah punya nasehat. 1st thing 1st jaga anak tu amanah tuhan. Bkn status ko bapa ko boleh buat perangai sukahati tapi tua2 nk anak wajib jaga ko. Anak 16 org pun buat iols geleng kepala dah. Cukup ke keperluan setiap anak tu? Nk ank berbakti pada kt, jlnkan tanggungjwb betul2. N pls jgn mengharapkan balasan yah.

1 more thing Waktu masih ade kudrat tu kerja la simpan la duit jaga kesihatan se optimum mungkin. bertanggungjwb kita utk menjaga diri sendiri bkn org lain waipa ko da tua pun. Selagi ade kudrat sila jaga diri sendiri. Tak larat sok2 g la duduk rumah org tua (if ade fulus yg berbayar).

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053551 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top