CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Nak Tunggu Bilal 'Macam Boleh Cakap Sikit' Sebelum Berhijrah Ke Tanah Arab

29-6-2022 07:01 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 13711| Komen: 253|Original author: LilRose

Description: Mahu tunggu anak sudah boleh bercakap.
Kredit foto: IG


Mahu tunggu anak sudah boleh bercakap.

Itu kata Noor Neelofa apabila mengulas lanjut mengenai hasratnya berhijrah ke tanah Arab bagi mengikuti pengajian di sana.

Usahawan selebriti berusia 33 tahun itu bagaimanapun menjelaskan hasratnya itu masih dalam perancangan.Jelasnya, dia dan suami, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz merancang berhijrah ke sana apabila Muhammad Bilal yang kini berusia lima bulan sudah boleh bertutur.


Kredit foto: IG


“Sebenarnya masa awal perkahwinan, saya dan suami ada berborak mengenai soal menyambung pengajian, nak belajar Bahasa Arab, mendalami hadis dan sebagainya. Kemudian bila sudah ada anak, kami cuba ‘explore’ apa lagi pilihan yang ada.

“InsyaAllah kalau semuanya okay, kita akan ambil pengajian pendek terlebih dulu. Tengok pada kesesuaian juga. Tidak boleh dipastikan lagi sama ada (sambung pengajian) di Madinah ke, Mesir ke atau mana-mana lokasi yang lebih sesuai pada ketika itu.


Kredit foto: IG

“Saya nak tunggu Bilal macam boleh cakap sikit sebab nanti dia boleh ‘tangkap’ bahasa tempatan di sana.

“Mungkin saya boleh cakap… awal atau pertengahan tahun hadapan ke. Sudah tentulah saya akan bawa bersama Bilal,” katanya dipetik dari Media Hiburan.

Akuinya, meskipun tempoh pengajian tidak makan masa lama, mempelajari bahasa asing adalah antara impiannya sejak dulu.



"Paling lama mungkin setahun sahaja. Mungkin lebih pendek juga. Kami sudah pun ada perancangan dalam soal pengurusan bisnes.

“Saya sudah lama teringin untuk belajar Bahasa Arab. Antara perkara yang saya lakukan adalah belajar bahasa. Suami ada ajar sikit-sikit, tapi tidaklah terlalu ditil,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis pelancaran Naelofar X Disney Alice in Wonderland di IOI Mall Putrajaya.



Takut Bilal dah tak reti bercakap bahasa Melayu je balik dari tanah Arab nanti. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 29-6-2022 07:20 PM
Edited by fadz84 at 29-6-2022 07:22 PM

Tu diaaaa.. update status penghijrahan pasangan terpaling ke bumi arab
Bini jahh ni nk buat apa sebenarnya dlm hidup dia.. huhu
Quote Moyangkucing 29-6-2022 07:24 PM
Hijrah setahun jer... Nak belajar apa setahun tu? Degree, master atau sijil jer..
Hmm... Nampaknya lambat lagi la nak berhijrah...
Quote NengGos 29-6-2022 07:26 PM
maka lambat lagi la nampak gayanya.. hahahaha
Quote Piramida 29-6-2022 07:39 PM
"Paling lama mungkin setahun sahaja. Mungkin lebih pendek juga."

Kejap nya... Pergi lah lama2.... Tak kembali pun tak apa.

Kesian.. Cerita semua basi dah bodoh.
Quote serinegara 29-6-2022 07:40 PM
Bila banyak benar bunyi, tapi hasilnya takde, maknanya takkan berhijrah pasal nak ambil kursus bagai.
Gebang je lebih.


Quote WeAiNe 29-6-2022 07:41 PM
serius ke dia eja detail = ditil?

Quote Piramida 29-6-2022 07:42 PM
fadz84 replied at 29-6-2022 07:20 PM
Tu diaaaa.. update status penghijrahan pasangan terpaling ke bumi arab
Bini jahh ni nk buat apa s ...

Knowing her propa... Dari dulu she mcm x pasti nak apa.. . Semua benda sekerat sekerat... Bakalan je memanjang.
Dia ikut musim, ikut angin, ikut trend, ikut kepala angin. At the end zero.
Quote fadz84 29-6-2022 07:44 PM
serinegara replied at 29-6-2022 07:40 PM
Bila banyak benar bunyi, tapi hasilnya takde, maknanya takkan berhijrah pasal nak ambil kursus bagai ...

Ntah2 mcm kursus lakonan kat NYC dulu tu jek.. 2,3 bulan.. sembang xnk kalah..
Quote princessmiang 29-6-2022 07:46 PM
Ade kitorang kesah????????????????????????

Ana antuma antunna ana nahnuuuuuuu
Quote JunkMail 29-6-2022 07:46 PM
Sebenarnya dek lopa..nak belajar bahasa arab tak perlu pun pergi sampai tanah arab.. tanah Melayu pun masih boleh belajar bahasa arab
Quote gekkou 29-6-2022 07:58 PM
setahun je?
bukan hijrah namanya tu
meols study pun 3 tahun kat nz sinun ha
kira hijrah ke cmn?
Quote NonaNaga 29-6-2022 08:00 PM
Suaminya tu mmg fasih ke Arab...smpi belajar sesekit ngan setad...English ke laut walaupun ada TESL
Quote stingerbumpy 29-6-2022 08:03 PM
princessmiang replied at 29-6-2022 07:46 PM
Ade kitorang kesah????????????????????????

Ana antuma antunna ana nahnuuuuuuu

You wouldnt even have lifted an eyelid  and danced your fingers on  the keyboard to this tred, if you really  dont bother...kheunz?


HARBAM




Kahakhakahkahkahkahkahkah






Quote stingerbumpy 29-6-2022 08:10 PM
Piramida replied at 29-6-2022 07:42 PM
Knowing her propa... Dari dulu she mcm x pasti nak apa.. . Semua benda sekerat sekerat... Bakalan  ...

surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Laki takda didik ko bab ini kewww?

Ko mintak cerai sudah la darinya..


Wakahkahkahkah
Quote SherryZass 29-6-2022 08:10 PM
Lambat lagi lah weolls nak tengok jahlop sekeluarga berhijrah Kenapa kena tunggu billie pandai bercakap, billie ke yg nak sambung belajar tu?
Quote tuntasha 29-6-2022 08:12 PM
Aduhailopak bila announce nk ke yerab ingat nya da ready anytime sekali tunggu Billy bercakap dulu.Apooooo…
Quote Bumbu 29-6-2022 08:12 PM
Bakal terrrrrpaling lancar bahasa ereb
Quote epal_putih 29-6-2022 08:14 PM
Hhahhaha
Patut dah nak masuk.pintu kapal terbang tu barula warwarkan
Neh gebangg jah lebih
Quote stingerbumpy 29-6-2022 08:21 PM
serinegara replied at 29-6-2022 07:40 PM
Bila banyak benar bunyi, tapi hasilnya takde, maknanya takkan berhijrah pasal nak ambil kursus bagai ...

Niat pada kebaikheun(menimba ilmu) dah dapat satu ganjaran pahala....even before you get to do it.....kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww...

Laki takda didik ko akan bab ini keww?

#tanyajer

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.182232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top